Skip to main content

Selamat Hari Polis Ke-209




Fenomena ekuinoks nampaknya masih berterusan. Cuaca di luar nampak macam biasa, tapi try keluar jam 11 lebih pagi, pun dah terasa panas berbahang. Perit terasa cahaya matahari terkena kulit walhal masa tu ada dalam kereta on the way untuk lunch. Lunch di bakar-bakar bersama husband. Tercapai juga hajat nak bawak dia ke mari. Hari tu lupa nak snap gambar untuk rekod, now sesiapa nak try bakar-bakar bolehlah mengira bajet anda sebelum bawa ahli keluarga. Seperti pergi first time hari tu, pilihan utama ialah grill kambing. Uik memang sedap, udangnya pun sedap, udang harimau. Cuma kena sabar dengan asap berkepol-kepol sampai baju memang bau asap grill. Waktu siang lebih murah dari waktu malam. Malam dengarnya selalu penuh. Kami pelanggan pertama datang situ tadi. Hehe. Semangat tu nak melantak. 


Dua hari sudah, hari polis ke 209. Sempatlah wish kat facebook. Actually ramai kawan dan kenalan yang bekerja sebagai polis, arwah ayah pun polis, abam pun polis ;-) Semoga polis-polis di Malaysia terus berkhidmat dengan gigih dan terus berusaha perbaiki imej PDRM. Saya sayang kamu semua. Heh!


Bila cuaca panas melampau macam ni, pelbagai strategi kita ambik nak bagi rasa selesa. Saya pulak bila cuaca panas melampau macam ni, nafsu nak makan buah tu lebih dari  kebiasaan, especially air kelapa. Tapi tak sempat nak carik air kelapa, jadi cariklah buah-buahan kat supermarket. Tembikai, orange, lemon (wajib ada), and epal. Ingat nak beli jus sekali, tapi sebab dah angkut buah, rasa membazir pulak nak beli jus. 


Baru nak menjala hasil tangkapan :-) Lemon is a must! 
Epal di Jaya Store ni banyak jenis and pilihan. Dari yang biasa sehingga yang jarang jumpa. Ada tu RM6.99 sebijik. Tapi pengalaman membeli epal macam tu sebelum ini memang rasanya lain and lebih sedap. 

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…