Skip to main content

Spesis kucing idaman



Baru-baru ini ternampak iklan di facebook ada orang nak jual kucing baka Caracal. Kucing ini  agak baru dalam kategori kucing belaan terutamanya di Malaysia. Harga? Huhu, memang harga tercekik tak ingat. Harga anak kucing Caracal ialah sekitar RM150K. Haa gempak tak gempak?? Taraf jutawan jer boleh beli and bela kucing Caracal ini. Mengikut info saya baca, Caracal adalah baka kacuk antara desert Lynx dengan Abbysinian. Memang rare lah dan jarang nampak orang bela baka ini. 

Kalau tanya saya, memang diluar kemampuan. Kalau mampu pun, bukan pilihan kot sebab temperament factor (RUJUK SINI). Bagi penggemar kucing, mereka pasti tahu bahawa setiap kucing ada temperament tersendiri yang mencirikan baka tersebut, kira macam characteristics dia yang paling stand out. Memilih kucing untuk dibela sebenarnya satu urusan yang serius. Kita tak boleh main ikut sedap mata dan ikut hati sahaja. Kena disesuaikan dengan banyak aspek seperti temperament kucing, persekitaran rumah kita, risiko kesihatan kucing tersebut, kos jagaan dan sebagainya. Paling penting, kucing yang hendak dibela perlulah sepadan dengan diri pembela. Misalnya, ada orang suka kucing yang periang, aktif dan happening, jadi dia kena cari kucing yang ada ciri-ciri tersebut. Kalau dia dapat kucing yang mempunyai karakter yang lain, nanti mungkin kucing tersebut akhirnya dibuang, diserah kepada orang lain. Macam tu jugak sebaliknya, kalau pembela mahukan kucing yang manja, pendiam dan lembut, sudah pasti dia akan menghadapi kesukaran atau stres jika mendapat kucing yang jenis vocal dan aktif sepanjang masa. 

Bercakap pasal kucing, saya ada baka kegemaran sendiri. Misalnya:

Kucing Parsi
Macam Lily kesayangan

Maine Coon


British Short hair


Siberian 


Yang pasti kucing adalah makhluk istimewa. Kucing ini mungkin salah satu sebab Allah ciptakan dia ialah untuk menjadi teman dan hiburan manusia. Keletah kucing sangat menghiburkan dan peneman yang baik. Lagi-lagi anak kucing. Apapun, jika sudah memelihara kucing, jagalah dengan penuh tanggungjawab. Bukan bila bosan senang-senang nak buang tepi jalan, makan tidak dijaga, dibiar berkeliaran, dan sakit tidak dirawat. Jaga kucing ini melibatkan komitmen dan wang. Sebaik-baiknya ialah mengambil kucing di pusat jagaan/buangan. Sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan nyawa kucing tersebut dari dibunuh begitu sahaja. Sayang makhluk Allah juga ada pahala dan kebaikannya.

Bundle of joy 





Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…