Posted on Tuesday, February 05, 2013

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu...



Amah jadi jutawan di Arab Saudi, miliki kekayaan suami

JAKARTA 4 Feb. - Bagaikan bermimpi, daripada seorang amah, nasib seorang wanita Indonesia yang mencari rezeki di Arab Saudi kini berubah menjadi jutawan.
Semuanya berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan sebanyak 110 juta Riyal (RM90 juta) peninggalan arwah suaminya yang sebelum itu merupakan majikannya.
Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Almadinah melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, Ali Ayami.
Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, amah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah.
Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi amah itu dimuatkan dalam akhbar Almadinah edisi 13 Disember lalu.
Agensi berita Indonesia, Antara yang memetik laporan akhbar berkenaan berkata, pada mulanya wanita itu menerima 20 juta Riyal (RM16.5 juta) sebaik-baik suaminya meninggal dunia.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Komen: 

Rezeki kurniaan Allah SWT tiada siapa boleh menahan/menjangka. Siapa sangka, dari seorang amah biasa dapat kahwin jutawan dan akhirnya bukan sahaja bersuamikan jutawan, tetapi jadi jutawan on her own. Mewarisi harta RM90 juta tuuuu..bukan sedikit, convert ngan Rupiah Indonesia...macam2 boleh dibuatnyer. Mungkin ini balasan kebaikan dia kot, jujur dan amanah dalam bekerja so segala penat lelah is paid off. Barangkali juga dia isteri yang baik, sbb tu suami dia tak meragui untuk amah ini mewarisi hartanya yang banyak...who knows...

Perjalanan kehidupan manusia memang sukar dijangkakan. Baik diawalannya belum pasti hingga ke penghujungnya dan begitulah sebaliknya. Apa yang penting, mengusahakan yang terbaik, dengan setiap peluang dan ruang yang kita ada pada saat itu. Insya Allah baiklah juga yang kita dapat. Sebab itu jangan memandang rendah orang lain, kerana perjalanan kehidupan kita sendiri, walau sesenang/sekaya manapun, belum pasti akan berkekalan sampai bila2. Tuhan boleh saja menarik nikmat kesenangan dalam sekelip mata. Di saat kesenangan, tengok2lah yang susah sekeliling kita, di saat kita susah, jangan terus berputus asa, selagi hayat masih ada, we dont know for sure what the future hold for us...

Jika kesenangan yang kita perolehi hari ni, murahkan mulut dan hati berkata Alhamdulillah. Jika kesusahan dan kesukaran yang kita tempuhi saat ini, bersabar dan berusahalah..langit tak selalunya mendung...
Read More

0 Responses to Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu...