Skip to main content

Rakyat Malaysia Tidak Produktif?




PETALING JAYA: Bekerja dalam jangka masa yang panjang tidak semestinya akan meningkatkan produktiviti.
"Malah pekerja yang memilih untuk terus berada di pejabat dan membuat tuntutan kerja lebih masa menunjukkan mereka tidak boleh menguruskan masa dengan berkesan," kata Persekutuan Majikan Malaysia.
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata: "Waktu bekerja yang panjang tidak menjadikan anda seorang pekerja yang baik. Ia juga tidak bermakna bahawa anda boleh menjadi lebih produktif dan melaksanakan kerja yang berkualiti. Anda seharusnya mengamalkan kehidupan yang sihat dan seimbang."
Selain itu beliau percaya bahawa sesetengah pekerja akan terus berada di pejabat kerana rakan sekerja mereka berbuat demikian.
"Mereka tidak mahu dilihat serong kerana rakan mereka masih bekerja," katanya.
Menurut Shamsuddin, bekerja lebih masa boleh menambah kepada kos operasi apabila majikan perlu membayar lebih untuk elektrik selain bayaran lebih masa.
Bagi menggalakkan keseimbangan antara kehidupan dan kerja di kalangan kakitangan, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd melaksanakan sistem waktu bekerja fleksibel dan membolehkan beberapa pekerja untuk bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet dan telefon pintar dan gajet lain.
Malah bank berkenaan turut mempunyai hari tertentu dalam seminggu apabila pekerja digalakkan untuk pulang awal, kata wakilnya, Irene Tan.
Beliau menambah bahawa rakyat Malaysia secara amnya adalah rajin bekerja.
"Adalah keutamaan agar kakitangan kami mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat. Sistem kerja yang fleksibel kami membolehkan ramai daripada mereka untuk memenuhi tanggungjawab peribadi mereka dan pada masa yang sama melaksanakan kerja dengan berkualiti," katanya.
Sumber: mstar online
_________________________
Alamak, miss pulak baca topik menarik the star semalam. Cuba perasan pagi ni di radio sinar fm bincang pasal isu ini, betulkah rakyat malaysia tidak produktif? walaupun kerja lebih masa dan mintak OT tapi dari segi kewangan, sebenarnya tidak memberikan impak yang besar???
Ada betulnya jugak. Tolak campur darab bahagi - gi toilet, borak bilik informasi, makan 1 jam, surfing internet, facebook, download youtube, membalas email bla-bla-bla..wah..
Datuk Fadzilah Kamsah kater, kalau 6 jam itu menurut ulama (9-5pm) boleh dikira halalan toyyiba..tapi kalu banyak mengulor, maknanya dapat rezeki tak halal sebab tak gunakan waktu tu sepenuhnya bekerja seperti diamanahkan.

Peringatan tuk diri sendiri jugak..huhu..tak berkat rezeki mengulor sepanjang waktu. Ni pun kira mengolor gak ker, tulis blog time keje? I better stop! 


Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…