Skip to main content

Bukit Taman Harmoni Kajang: Edisi Siasat

Salam u oll,

Patutnyer azam hari ni nak buat bab dalam buku, tapi ke lain pulak jadik plan. Otak ni time cuti payah tul, bila nak buat keje, mulalah otak ni fikir cara nak 'monteng'. Ader2nyer dihasutnya saya tuk buat macam2 keje yang takde dalam 'to do list'. Aish, tak baik tau..actually saper yang menghasut nie..otak ke setan?? Hua3.
 
Okay, dalam 2 entri terkini saya bercerita tentang umah saya beli kan? Nop, i dont expect pun you to read. You baca ni pun sebab accidently termasuk blog ni, tul tak??. BTW, kalu rajin sila baca. Takder revision kat entry ni. Hee..sorry.
 
Dijadikan cerita...kan 3-4 hari nie headlines suratkhabar and news on tv are all about landslide kat Bukit Setiawangsa. Saya pun mengikuti kes ini dengan penuh minat. Kebetulan saya pun ambik gambar2 umah saya dalam progres tu kan. Tetiba saya terfikir pasal bukit tempat rumah saya beli tu. Saya tengok balik. First time dulu beli, saya memang tahu bukit tu, nampak landai dan tak merbahaya pun. Tapi kes landslide terbaru ni, makes me concern and on alert. Bukit tu yang dulu buat saya rasa best sebab area yang indah, berangin dan ada ong kata orang cina sebab belakang bukit tetiba menjadi satu mimpi yang tak berapa nak indah..sekarang ni.
 
So keje saya membelek2 gambar2 saya ambik and close up aper patut, still tak puas hati lagi. Saya nak tahu jugak jarak umah dengan bukit tu. Ini gambar2 yang mencetuskan rasa alert saya tentang ketinggian dan kelandaian bukitnyer.
 
Barisan rumah saya sebelah kiri. Bukit nun di belakang telah menjadi suspek utama.
 
Nampak sangat dekat dan tinggi jugak bukit nih. Ni blakang rumah saya

Nampak dan rasa macam dekat, tapi tak boleh pastikan secara jelas. Nak masuk kawasan tu balik pun tak boleh. Saya bandingkan pula dengan gambar baris rumah yang lebih depan daripada rumah saya seperti berikut:

Ni rumah paling hampir dengan bukit. Sila ingat bintang kuning ini.

Tengok layout plan dibawah ini. Star kuning dalam layout ini adalah rumah yang saya tandakan kuning dalam gambar di atas. So umah saya belakang lagi iaitu star pink. Tapi masih tak puas hati lagi. Bukit tu masih nampak dekat. Manerler tau bukit tu mengulur ke depan sedikit kan kat baris umah saya. Saya try google map (satelit) tapi outdated punyer map. Aish. Ni yang payah main tengok2 gambar ni. Nak buat real inspection maner boleh masuk dah.


Bintang pink adalah barisan rumah saya. Bukit di sebelah kiri barisan rumah star kuning.
Tak puas hati saya. Maka hari ni saya melakukan sedikit siasatan demi memuaskan hati. Selagi saya tak tahu jarak bukit tu dengan rumah, selagi tu lah saya bimbang. Mau tak bimbang, komitmen beli rumah bukan benda yang mudah2 diubah sesuka hati. Lagi2 umah tu utk didiami, mestilah nak pastikan ia mencapai spesifikasi keselamatan minimum. Cewah, ayat, sila jangan muntah. Nak masuk dah tak boleh tapi saya tahu ada port baik boleh tengok view umah ni dari jauh. Dari depan taman Nadayu 92. Maka saya pun zoooom!

Pondok ni saya gunakan utk ukur jarak dengan bukit. Pondok ini nampak hampir dengan bukit.
Gambar dari depan Nadayu 92
So, gambar atas ini saya ambik dari depan taman Nadayu 92. So baris umah saya sebenarnya tidaklah dekat pun dengan bukit tu. Baris rumah paling hampir dengan bukit tu adalah yang saya tandakan dengan star kuning dalam gambar sebelumnya. Nasib baik ader landmark pondok tu, so bolehlah saya tengok dari jauh dan lihat jaraknya. Bila dah tengok2 ni, saya lega sedikit sebab rumah saya berada dalam jarak yang selesa dengan lereng bukit.
 
Bukit yang saya risaukan itu tidaklah curam sangat, tapi yelah, dah selalu sangat landslides merata2 tempat, maka risau tu tetap ada. Saya harap pemaju sedia ada menggunakan teknologi dan peraturan terkini dalam memastikan cerun tebing berada dalam keadaan yang selamat bagi rumah2 yang bakal didiami orang awam. Saya tak pasti orang lain, tapi kalau saya, umah paling tepi tu saya seriau.
 
Apapun, ini sekadar pandangan dan tanggapan peribadi saya yang tak akademik dan ilmiah pun. Untuk kepastian baik  tanya tul2 pemaju masing-masing tentang pelan keselamatan cerun yang hampir dengan rumah masing-masing. Pandangan saya ini mungkin tidak berasas dan pandangan seorang yang sedang paranoid terhadap cerun2 tinggi dan lereng2 bukit.
 
Note: Maafkan saya bukit, tak pasal2 awak jadi suspek ketakutan saya. Harap awak dapat melindungi siapa juga yang berteduh dan berlindung di sekeliling awak. Amin.



Comments

Anonymous said…
nanti berjiran lah kita

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…