Tahun Baru 2017

Image result for alhamdulillah

Uik..!!!
Eh almost a month jugak saya tinggalkan blog ini dan berkelana di mana-mana :-) 
Sekadar coretan sepi sendiri..
Sekadar melepas rasa hati
Sekadar suka suki kongsi..
Walau tidak semua..

Selamat tahun baru 2017!!!
Awal tahun 2017 baru sahaja menjelma, bulan Januari pun belum pun habis lagi..
Tapi banyak juga yang telah berlaku..

Kematian CM Sarawak iaitu Tok Nan yang sangat mengejutkan. Memang terkejut tak sangka. Walau saya lama bermastautin di Selangor ini dan mungkin inilah jadi tempat tinggal saya utk jangka masa yg lama, still, Sarawak adalah tanah tumpah darahku. Keluarga masih ramai di sana, masih ada adik beradik dan ibu, anak-anak saudara, ipar duai, saudara mara. Hopefully, pengganti baru arwah Tok Nan akan dapat menggalas tanggungjawab baru ini menjaga Sarawak sebaik mungkin. Saya tidak mengharapkan CM baru Abg Joe akan jadi klon seperti arwah Tok Nan, setiap mereka ada individualiti sendiri, it just, jagalah kebajikan negeri Sarawak dengan sepenuh hati. 

Di hari yg mulia hari Jumaat ini kita sedekahkan Al Fatihah kepada Tok Nan, terima kasih CM, walaupun hanya 2 tahun, tapi cukup untuk kami membaca kesungguhan dirimu dan kecintaanmu terhadap rakyat Sarawak. Al-Fatihah. 

Berita lainnya...
Alhamdulillah, dengan izin Allah yg maha mulia, pemurah, pengasih penyayang..in sha allah mudah-mudahan tahun ini Allah izinkan saya memiliki zuriat sendiri. Tengah mengalami alahan yg agak teruk sekarang ini dan mood tidak tentu pasal, selera ke laut. Memang kali ini alahnya lain benar. Saya hanya doakan Allah beri saya kekuatan melalui tempoh alah ini dengan sebaik mungkin. Jika ikut rasa badan, hendak melepek kat sofa/katil seharian. Tapi apakan daya, betapa banyaknya kerja menanti...

Doakan saya dan kandungan sihat sejahtera. Allah sebaik2 pelindung. 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Masuk Rumah Baru

Ada apa dengan Clinique

Tips beli peti ais