Permata Yang Hilang






Pagi ini tiba-tiba husband send sms gambar kubur anak kami Ahmad Daffa. Husband singgah menziarah kuburnya. Husband kata tiba-tiba teringat dan rindu pada Ahmad Daffa. Sebak teringat kenangan mengandungkan dia. Sebentar cuma dia menghuni rahim ini, tapi cukup membahagiakan. Perginya pun dalam keadaan tidak menyusahkan saya. Lancar dan dipermudahkan. Ketika kehilangan  dia, saya rasa 'KOSONG' - 'KOSONG'. Tiada perkataan yang dapat mengungkapkan kehilangan itu. Semoga engkau anakku, menjadi penerang jalan ibu bapa mu di akhirat, jadi pemberi syafaat dan penyelamat. Engkau adalah permata yang kami sayang. Sedih kehilanganmu tapi kami redha bahawa Allah sebaik-baik perancang. Pergimu menghadap Allah dalam keadaan suci bersih tanpa dosa. Sedih, tapi aku berlapang dada. Engkau pergi dalam sebaik-baik keadaan. 

Saya sedih, bila saya mendengar remark orang mempertikai suami isteri yang sedang bergelut dengan masalah anak, tiada anak, masalah kesuburan dan yang berkaitannya. Saya yang telah mengalami 2 kali mengandung dan keguguran, sangat memahami keinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Janganlah kita memperlekeh atau mempersoal zuriat orang lain, hanya kerana anda bunting pelamin, kahwin 3 tahun anak dah 4 orang berderet-deret. Cukup anda syukuri sahaja rezeki yang Allah bagi itu, dan mendoakan suami isteri yang sedang berusaha memiliki zuriat agar tabah menghadapi ujian hidup mereka dan semoga perjuangan mereka akan membuahkan hasil. Orang yang subur, mudah mengandung mungkin tidak merasa emosi wanita-wanita yang sentiasa menanti berita gembira kehamilan mereka setiap bulan. Setiap bulan itu juga, datang jer period, hancur balik impian. Kemudian, mereka mengharap lagi bulan seterusnya penuh pengharapan. Dan begitulah cyclenya. Ada yang berbelas-belas tahun menghadapi situasi itu setiap bulan. Bayangkan kesedihan.

Itu belum lagi yang melalui pelbagai proses rawatan kesuburan yang namanya sendiri pun saya susah ingat, yang saya ingat ialah seperti IUI dan IVF. Saya rajin jugak lihat blog dan forum mereka yang sedang TTC (try to conceive). Mereka berhabisan berpuluh ribu ringgit, ada yang terpaksa mengulang proses tersebut beberapa kali tanpa kejayaan, tu belum lagi sakit menanggung pelbagai prosedur dan ubatan yang semuanya mempunyai side effects, demi untuk memiliki zuriat! Dari slim melim jadi gedemuks, yang gone through different operations prior to treatments utk buang cysts, endo, dan pelbagai lagi penyakit yang menghalang kesuburan. Kalau rasa mulut tu ringan nak tanya "eh kau ni bila lagi nak pregnant? orang lain anak berderet kau masih berdua, tak sunyi ker?", cuba selami hati mereka dulu, cuba bayangkan anda di tempat mereka. Jangan main sedap cakap. Kita tak tahu berapa banyak dah duit dihabiskan utk menjalani rawatan, berapa banyak masa diluangkan utk bertemu doktor dan pelbagai pakar kesuburan, air mata toksah kira, dan pelbagai lagi usaha lain yang mereka sanggup lakukan. Kita tak nampak jer usaha mereka. Tak bererti mereka tidak berusaha. 

Saya rajin jugak melihat blog-blog dan forum ttg TTC ni sebab ia satu muhasabah kepada diri saya sendiri juga. Bahawa, saya pernah mengandung, pernah ada zuriat walaupun pendek sahaja peluang itu. Ada lagi yang menghadapi ujian lebih besar tapi mereka tidak kenal putus asa dan sentiasa optimistik. Ia sekurang-kurangnya mengekalkan momentum optimistik yg ada dalam diri sendiri, bahawa, kita ini hidup bertuhan. Apa jua, berbalik kepada kehendak yang Esa. Betapa soal zuriat ini adalah 100% dengan keizinanNya. Ia adalah sebahagian rezeki yang Allah tetapkan bagi setiap hambanya. Ada yang sihat kedua-dua pasangan, tiada masalah kesuburan, tapi tetapi tidak dikurniakan anak. Ini semua menyedarkan saya tentang apa tu 'GOD WILLING'. Allah kata belum, maka belumlah. Ada juga yang saya baca, keadaan is isteri adalah 100% ideal utk mengandungkan zuriat yg telah disenyawakan di luar rahim setelah menjalani rawatan kesuburan. Mengikut perkiraan ilmu kedoktoran, keadaan rahim wanita tersebut, memang tiada masalah utk hamil, dgn ketebalan rahim yg ideal, telur yang cukup matang, bergred tinggi dan kualiti sperma yang terbaik. Semua keadaan dah ideal, tapi, tak juga mengandung. See? Dalam keadaan begini, naluri hati kita merasakan, bahawa kecanggihan teknologi tidak dapat mengatasi kehendak Allah. Seorang kenalan pernah berkongsi pengalamannya menjalani rawatan, dia menghadapi keadaan spt yg saya jelaskan di atas, tiada masalah kesuburan, dua-dua pasangan okay, dalam keadaan tip top, menjalani IVF tapi masih gagal. Even, doktor yg bukan beragama Islam itu sendiri mengakui, bahawa ini semua GOD WILLING. Kerdilnya kita ini berbanding kekuasaan Allah. Jadi janganlah kita pertikaikan kekuatan sebuah doa. Mustajabnya sebuah doa dalam membantu kita memperolehi apa jua yg diingini. 

Sebab itu, bila saya baca viral kes Jamal apa ntah tuh yang memperli dato CT mengenai 'air yang tidak subur' itu saya rasa geram. Geram dengan keceluparan mulut seorang makhluk Allah yang lupa pada ketentuan Allah. Mentang-mentang ada anak. Jangan sombong. Anak juga boleh jadi ujian atau rahmat utk kedua ibu bapanya. Belumlah pasti anak-anak ini nanti meletakkan kita ke syurga atau neraka. Jadi jangan bongkak sombong. 

Semoga suami isteri yang sedang berjuang mendapatkan zuriat akan dimakbulkan doa anda satu masa nanti. Sementelah itu,jalani hidup ini seadanya, sepositif yg mungkin, nikmati hari-hari yg ada dengan membahagiakan pasangan kita. Jangan kerana terlalu memikirkan yg tiada, kita melupakan nikmat lain dihadapan mata. Itu juga rezeki, memiliki pasangan adalah rezeki dan satu nikmat dari Allah. Sementara nak tunggu baby tu, kita enjoy dulu!!!

As for myself, tiada istilah putus asa. Saya percaya doa, saya percaya aturan ALlah, saya percaya Allah maha mengetahui, bijaksana, sebaik-baik perancang, maha pemurah. Saya optimistik Allah itu baik. Allah the greatest!!

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Masuk Rumah Baru

Ada apa dengan Clinique

Persediaan masuk rumah baru