Skip to main content

rumah kawanku

Dah takder idea nak mengepos agaknyer..mari2..cerita pasal kawan saya pulak.

Eh eh eh..

Bukan mengumpat tapi berkongsi kegembiraan dia yang bakal mendapat rah baru sikit masa lagi. Sepatutnya siap july 2013 tapi siap awal.  bestnyer!!

Saya pulak rumah 75% siap. Sepatutnya siap oktober 2013. Harap2 boleh siap cepat jugak. Sekarang ni saya dengan rajin tengah kumpul duit nak buat renovation rumah cikit2..nak pasang wardrobes..kitchen cabinet..pasang kaca partition bilik air..plaster siling..grill..kipas..aircon..semua mak neneklah. So setiap kali nafsu membuak2 nak shopping x hingat..saya selalu pesan pada diri..dengan 300-400 belanja baju ni..saya dah boleh beli carpet rumah..huhuhu..yelah masuk rumah baru maunyer tak banyak kos..nasib baik benda2 basic dh ader..benda2 besar jer xder.

Rumah kawan saya ni lokasinya kat hill park kajang/semenyih. Borderlah kajang semenyih bangi. Rumah ni dier beli rm360 ribu. Okaylah harga tu..susah nk carik harga mcm tu sekarang. Yg penting dekat dgn tempat kerja.Jom kita layan...

P/s: apersal rumh teres malaysia ni samer jer dalam dier ek. Sungguhlah bosan. Byk dh rumah saya tengok..termasuk rumah saya sendiri layout plan samer jer..arkitek malaysia dah takder idea ker? Depan rumah jer lain2..masuk dalam..duhhhh..!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Anonymous said…
ape different rumah ni dgn zenia... n nape u pilih zenia... he he he sajer tanye..
Cengkih78 said…
Sbb area kot..jln nk g hill park lalu kwsn kilang..n lbh dekat dgn semenyih n zenia lbh hampir bangi. :-)
Anonymous said…
salam....jangan lupa pasang alarm kat rumah. kawasan taman harmoni ne kerap berlaku pecah rumah siang dan malam hari, sebab tu taman harmoni mengaji pihak keselamatan. bukan nak takutkan tuan-tuan dan puan puan semua..sekadar berpesan. Dapatkan no phon balai polis yg terdekat..balai bandar teknologi kajang, atau berurusan dgn unit keselamatan taman harmoni.
cik pinkee said…
hai,last week sy pegi tgk kawasan zenia x..phhewww kedalam giler kawasan dia...jln nak masuk tu mak ai...jln berlubang lubang kan...tp saya memang suke reka bentuk rumah zenia X tu...hubby x berkenan location rumah yg agak jauh sebab dia selalu balik lewat malam...takut jugak nak lalu kawasan pokok2 rendang tu...tahniah atas pemilikan rumah puan..

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…