Skip to main content

my life here in melbourne


Hi, it has been a while..got so many things to do, to handle, to think about..i dont have time and very lazy even to take a glimpse of my blog. my life as usual..but busier than ever. the good thing is that - i am coming home  for good and i am about to finish my phd. now how good is that?

sbnrnya so many things i wanted to share here, ms berlalu terlalu pantas, tak sempat nak coretkan aper2 di blog ini. dlm tempoh nie terlalu byk perkara berlaku. bila terlalu byk kejadian, jadi tak tau nak tulis mana satu. nie pun tgh relax jap dari buat writing for publications, jam 3 pagi! penyakit lama ku berulang lagi..aper lagi penyakit burung hantu ler, nie sure lepas subuh baru lelap, and bangun time zohor nak masuk asar. that's not good at all. nie semua gara2 world cup nieh..my sleeping pattern pun dah bertukar sama. 

proses house hunting pun dah selesai. dpt umah yg dekat dgn ofis. rupernya susah jugak cari umah yg benar2 memuaskan hati dari segala aspek, but i managed to find a house yg very near to campus, although a bit more expensive..but..that's the best so far. tambah tolak bahagi darab..so jadilah warga bandar baru bangi lagi sekali tak lama lagi. kihkih. ramai jgk yg cari rumah kat bangi, cari umah pun dkt websites..tepon2 jap jer orang lain dah cekup. memang persaingan sengit ler. 

bagi yg msh baru dlm house hunting via internet nie..websites yg baik utk carik rumah sewa ialah di www.mudah.com.my and www.caribilik.com.my 

sementelah menanti my supervisor semak my draft, my next task is to do some writing for publications. setelah bersara sekejap hampir 4 thn lamanya, maka kena prepare jugak nak mengajar balik, publication oh publication and research! thinking about work..urrgh..dgr citer senior, aku pasti berada di ambang burnout jika tak betul caranya. tapi balik nie dgn penuh semangat tuk memulakan kerja. 

balik pulak time ramadhan, eloklah sangat. rasa happy coz kali nie dpt sambut bulan ramadhan di msia. pastinya (insya allah) akan ku jejaki lagi masjid putrajaya spt 4 thn yg lepas. betapa lamanya berpuasa dan bersolat jemaah dlm suasana yg ramai macam tu.

my life here in melbourne is about to finish..and buka pulak lembaran baru di msia. insya allah and i really hope segalanya baik2 seadanya. yg pasti, sy akan rindukan melbourne ini, yg pernah menjadi tempat tinggal dan mengenal hidup di overseas.


Comments

wa.......sis dh nak balik Malaysia ek..?best2.. :)

welcome back to Malaysia..nnti ade rezeki, kita jumpa k..

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…