Posted on Sunday, August 23, 2009

Sebenar Bahagia

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak mata,tangan, kaki atau anggota2 lahir.Rasa bahagia itu tempatnya di hati.Kalau hati senang,dalam miskin pun boleh rasa bahagia.Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun,kaya raya macammana pun,dan sebesar mana pun pangkat tetap tidak akan hidup bahagia.
Itu bukti yang cukup jelas yang sudah cukup menjadi pengalaman hidup semua orang.Kerana itu,untuk mencapai kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat,apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu2 manusia dengan iman dengan taqwa.Bukan dengan duit,pangkat,ilmu tinggi kemewahan, pembangunan,kemajuan dan kemodenan.

Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinannya.Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kayapemurah dengan hartanya dan rasa terhiburdapat menyumbangkan kepada masyarakat dan menderma kepada orang fakir miskin.Iman dan taqwa juga boleh membuatkan orang2 yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya seta terhibur kalau dapat berhikmat untuk rakyat.
Iman dan taqwa membuatkan anak2 terhibur untuk taat kepada ibu dan ayah,isteri suka dan terhibur untuk taat kepada suami,pengikut terhibur untuk taat kepada pemimpin,anak murid terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru,si gadis jadi malu serta terhibur tinggal dirumah dan pemuda terhibur untuk memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.

Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini,barulah duit banyak akan membawa bahagia.barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan,kemajuan dan pembangunan akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna..

sumber: virtualfriends.net Read More

0 Responses to Sebenar Bahagia