Posted on Monday, August 24, 2009

Amalan 10 malam terakhir



Kata`Aisyah "Nabi saw apabila masuk 10 malam terakhir akan mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya daripada tidur"

Malam yang paling baik sepanjang tahun ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Ini kerana diharapkan berlaku di dalamnya malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Masuknya 10 terakhir Ramadhan ialah dengan tenggelamnya matahari hari ke 20 Ramadhan dan berakhir dengan tenggelamnya matahari sebelum bermula hari raya.

Tiga perlakuan nabi pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah mengikat kain, menghidupkan malam dan menggerakan isterinya daripada tidur. Menghidupkan malam bererti baginda menghidupkan 10 malam terakhir sepenuhnya dengan ibadah.

Sabit dalam hadis yang sahih bahawa baginda tidak menghidupkan malam sepenuhnya hingga ke subuh pada malam -malam biasa. Justeru hadis ini hanya merujuk kepada 10 malam akhir.

Menggerakkan isteri daripada tidur menunjukkan bahawa baginda tidak mewajibkan para isteri dan keluarga untuk berjaga sepanjang malam. Itu adalah kemampuan baginda. Tapi mereka dibiarkan tidur terlebih dahulu, kemudian dikejutkan daripada tidur untuk sama-sama menghidupkan malam.

Menurut Nawawi dalam Syarh Muslim, para ulama berbeza pendapat tentang maksud mengikat kain. Satu pendapat: ia adalah tanda kesungguhan dalam beribadah melebihi kebiasaan nabi saw pada malam-malam lainnya. Kata sebahagian ulama: ia kinayah kepada tidak berlakunya jima` dengan isteri kerana kesibukan beribadah diwaktu malam. Read More

0 Responses to Amalan 10 malam terakhir