
Weekend anda bagaimana? Sy berkesempatan menjejaki Pompeii di Melbourne Museum baru2 ini. Appointment dah buat last week tapi atas sebab nak jumpa supervisor last week so ditangguhkan dulu. So, semalam sempatlah menunaikan hajat utk melihat Pompeii. I bet u all familiar with Pompeii?? Pompeii mungkin agak asing, tapi pasti gambar di bawah ini ada pernah melihatnya barangkali?? Inilah yg membuatkan saya mengenali Pompeii dan sedikit sebanyak sejarahnya. Dan, tak sia2 sy dan housemate bersejuk2an di luar museum seawal 9 pagi (museum buka pukul 10 pg) sampai sy terdemam2 dibuatnya. kami dah booked ticket online kerana tak blh masuk serentak. kena tour ikut group. kami booking tuk group kul 10 pagi. so dlm tempoh 1 jam kami disajikan dgn latarbelakang Pompeii, tamadun, budaya, gaya hidup, dll. dlm pada tu melihat artifak2 arkeologi yg dipamerkan. intipatinya sudah pasti saat letusan gunung Vesuvius yg melenyapkan tamadun empayar Roman itu sekelip mata. yg tinggal, pastinya sisa2 kemusnahan dan...gambaran akhir mangsa2 ledakan yg tidak sempat melarikan diri.


Bagaimana peristiwa tragis Pompeii diketahui? Menurut buku Pompeii yg saya beli, sejarah Pompeii diketahui berdasarkan tulisan sejarah dari kisah Pliny the Younger, survivor Pompeii yg sempat menyelamatkan diri. beliau berusia 18 thn ketika kejadian. fakta ini seterusnya dikembangkan berdasarkan kajian arkeologi semasa. gunung Vesurius sebelum 79AD tidak pernah meletus selama 700 tahun. jadi boleh dibayangkan kekuatan letusannya pd subuh Ogos itu. dikatakan, tlh berlaku bbrp gegaran gempa sblm terjadinya perisitwa hitam itu tapi tidak ramai mengetahui akan perkaitan gempa itu dgn letusan gunung berapi yg bakal berlaku. pengetahuan mrk tentang volcano msh lagi dianggap cetek. yg membunuh kebanyakan msykt Pompeii adalah batu2 yg terhasil dari gempa bumi dan juga debu2 yg begitu tebal (pyroclastic) juga gas2 beracun. batu2 ini menghempap rumah dan memusnahkan kebanyakan bangunan. dikatakan, debu letusan itu setinggi bangunan 2 tingkat, menyukarkan mereka yg terperangkap utk melarikan diri. mereka lemas dgn kepanasan dan kebanjiran debu yg menggelapkan siang di Pompei selama bberapa hari lamanya.


alangkah banyaknya taman2 dan mata2 air yg mereka tinggalkan. ladang2 gandum dan bangunan2 yg megah sekali. dan barang2 mewah yg mereka senangi. begitulah akhirnya, kami wariskan kekayaan itu kepada bangsa lain. langit dan bumi tidak akan meratapi nasib mereka itu. lagi pula mrk tidak diberi tangguh utk bertaubat. ad-dhukan ayat 25-29.
No comments:
Post a Comment