(8) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. / (11). Surah Jumua Ayat 8-11
Tempat utk berkongsi cerita-cerita kehidupan seharian juga tempat utk bertemu kawan-kawan. Namapun Bla-bla corner, mcm2 blh cakap, mcm warung kopi maya, corner tuk kita citer-citer :)
Tuesday, June 30, 2009
Muhasabah
(8) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. / (11). Surah Jumua Ayat 8-11
Sunday, June 28, 2009
Transformers: revenge of the fallen

Baru selesai menonton transformers: revenge of the fallen. Not bad. penuh aksi berlawan dan suspen. Sesiapa yg selalu menonton filem arahan Micheal Bay, pasti boleh agak corak filem2 dia yg semua jenis aksi penuh tangkas dan cepat. first transformers released in 2007. setelah 2 thn, ni sequel terbaru transformers.
aksi berlawan kali nie rasanya lebih banyak. spt selalu filem sequel, ending yg tak complete. Deception pd saat akhir berundur dari bumi setelah merasakan pertempuran mereka utk menawan dunia ditentang habis2an oleh transformers, autobots yg tlh berkerjasama sekian lama dgn manusia utk melindungi bumi. sy menjangkakan, akan ada sequel akan dtg. kalu 2 thn lagi..hmm, gayanya sy akan menghabiskan sequel ini di Malaysia pulak.
nielah first time tgk movie kat highpoint org beratur nak tgk filem. nampaknya panggung pun penuh gara2 filem transformers. hot seat semua org dah booking. dpt duduk tepi ajer, tapi okaylah dari dpt seat dpn sekali. boleh teleng leher walaupun tak makan leher ayam. pada yg berminat filem aksi dan futuristik, citer nie seronok utk dilihat. tapi dinasihatkan, utk mengelak kekeliruan, sila lihat sequel first dulu bagi mengelakkan confused and blur ngan jalan cerita. kalu malas nak tgk, sila baca ttg latarbelakang cerita transformers first dulu.
website rasmi transformers pun very interactive. utk lebih lanjut sila ke
www.transformersmovie.com
Hujung minggu bersama buku

"ulat bukukah" aku nie??
Wednesday, June 24, 2009
Mata hati

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan mata selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembus hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat perintah Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya lagi bukan lagi kebenaran
Hati tempatnya jatuh pandangan Allah
Jasad lahir tempat tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
Note: Manusia selalu mengukur sesama insan dgn rupa parasnya, kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada padanya. Tapi nilai sebenar seseorang pada Allah terletak pada sekeping hatinya. Nafsu dan kejahilan kitalah yang menjadikan kita gagal menilai setepatnya. Moga kita berterusan sama2 mensucikan hati selalu dan moga hati kita blh sama2 dibersihkan sehingga dunia ini hanya di tangan kita, tapi bukan dihati kita.
Muhasabah

Tuesday, June 23, 2009
Siapa boss dlm rumahtangga?

Reader Digest latest issue buat survey 'who is the boss in your family?' Results spt berikut:
Negara yg votes lelaki sbg 'boss' dlm famili ialah:
India 69%
Brazil 67%
Malaysia 67%
France 64%
Singapore 61%
China 56%
Philippines 55%
Spain 55%
Italy 48%
Russia 48%
Germany 42%
Negara yg votes perempuan sbg 'boss' dlm famili ialah:
US 52%
Netherlands 52%
Canada 48%
UK 47%
Australia 46%
komen: India paling tinggi vote tuk lelaki. tak pelik sbb kalu kita melihat dari latarbelakang cultures and values yg menganggap lelaki setara 'tuhan'. pernah dgr amalan 'sathi?' tak ingat exact ejaan tapi lbh kurang. sblm British dtg, msykt India mengamalkan sathi nie. meaning that, apabila suami mati, maka si isteri perlu ikut mati bersama. dia akan dibakar juga walaupun dia tak mau. lepas British dtg, amalan ini dihapuskan.
US - paling tinggi vote utk wanita. ada ulasan mengatakan ini disebabkan wanita semakin ramai keluar bekerja dan mendominasi ekonomi rumahtangga atau menjadi ibu tunggal.
menarik: 10% wanita di Aus mengundi 'anak2' sebagai 'boss' dlm keluarga. Huhhh..
Muhasabah

Sunday, June 21, 2009
Bananaberry smoothie

Just wanna share my experience, weekend 'mission to accomplish' - my bananaberry smoothie. Fruits and salads just my favourites. I slalu spent $3.99 hanya utk nak penuhi keinginan 'tekak' nak minum smoothie. convert RM pastinya mahal. tak mampu nak minum hari2 aper tah lagi kena gi shopping mall dpn umah just tuk minum smoothie. so what i did yesterday? i gi market, i beli 4 biji pisang, sekotak kecil strawberry, yoghurt and susu utk buat my own smoothie.
ingredients:
good blender machine - blender biasa okay jugak, tapi lagi best yg blh blender ais sekali. (dipakai bukan dimakan)
natural yoghurt (ada kat supermarket besar; pernah nampak di kat msia time teman my friend dari Iran carik yoghurt). plain yoghurt, no perisa2.
fresh strawberry (estimated 4-5 dah cukup)
pisang (estimated 2)
susu segar
air gula (letak gula pasir bersama sedikit air dan didihkan sebentar or sehingga gula larut)
note: susu segar dan yoghurt anggaran sendiri. siapa suka thick maka letaklah yoghurt byk sikit and vice versa. susu i letak coz senang dan blender and nak rasa creamy susu dlm my smoothie.
blendkan pisang, yoghurt, strawberry and susu bersama sehingga larut. mskkan air gula utk menambah rasa. dah ready. mmg siok..
sekali habis minum - equivalent to - mkn 2 biji pisang, 5 biji strawberry, susu dan yoghurt. berkhasiat dan sedap. i recommend this smoothie utk dicuba di rumah.
nanti i try buat vegetables juice pulak and upload here. selamat mencuba.
HIDUP SIHAT
Saturday, June 20, 2009
Gud morning
Wednesday, June 17, 2009
Congrats Alice

Tuesday, June 16, 2009
Jangan berleter..

Katanya, ambil pengajaran buat isteri2 sekalian
Seorg pemuda yg dah lanjut usia sekitar 40an yg takut untuk�beristeri tapi atas desakkan keluarga dan kawan kawan maka dijodohkannya dgn seorg janda yg telah diceraikan oleh suaminya kerana�tidak tahan dgn sikap buruknya itu... ... pemuda ini tidak tahu latar belakang janda itu... ... .
Berkawinlah pemuda ini dgn sijanda ini dgn penuh meriah... ... pasangan ini dikatakan bahagia pada mulanya,namun peranggai si-isteri sedikit demi sedikit berubah dan perangai lamanya berualang kembali... ...
Nasib pemuda ini malang sekali,akhirnya dia tidak pulang kerumah dan menumpang tidur disurau... ..atas nasihat kawan kawannya akhirnya dia balik kerumah pada ptg esoknya... ..
Sampai dirumah dia dimaki hamun oleh isteri,oleh kerana tidak tahan akhirnya dihumban isterinya kedlm perigi besar dibelakang rumahnya... ... ..
Selepas solat Isyak dia teringgat akan isterinya dan rasa bersalah mula timbul dlm hatinya,bimbang dia kalau kalau isterinya mati... ... akhirnya diambilnya tali dan dilepaskan dlm perigi yg gelap itu sambil memanggil nama isterinya... namun tiada jawapan... setelah penat dikembali kerumahnya dan dtg semula selapas tengah malam... ...
Dihulurnya lagi tali itu sambil memanggil nama isterinya,,,tiba tiba�dia terasa seperti tali ditarik org lalu dia menarik tali itu keatas ... ... apabila tali itu ditarik keatas ternampak akan pemuda itu satu lembaga yg besar dan mengerunkan... ..lalu bertanya pemuda itu� "siapa kamu,kamu bukan isteri aku ?" Lalu lembaga itu menjawap " aku Jin penunggu perigi ini, nasib baik kamu dtg menghulur tali dapat aku keluar dari perigi ini,tak tahan aku duduk dlm sana kerana isteri kamu kuat berletir... ... ."�
( Betullah kata org tua tua ,isteri yg kuat berletir jin pun takut )
sumber: virtualfriends.net
Sunday, June 14, 2009
Pilih kaya atau miskin??

"Adapun manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dimuliakan dan diberi kesenangan, maka ia berkata 'tuhanku memuliakanku.'
"Adapun bila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka ia berkata 'tuhanku menghinakanku.' Al-Fajr 15-16
Tidak sedemikian. kerana setiap kekayaan itu didatangi dgn ujian yg sangat berat. jika salah perkiraan, maka dosanya berlipat ganda. golongan kaya sesungguhnya memegang tanggungjawab dan ujian yg lebih berat di sisi Allah. kerana kekayaan dan kegunaannya akan dipertanggungjawabkan di bahu yg mendapatkannya - sejauh mana dia memanfaatkan ia bagi hal yg lebih hak.
'sekali kali tidak demikian, sebenarnya kau tidak memuliakan anak yatim.'
'dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin.'
'dan kamu memakan harta pusaka dgn cara mencampur baurkannya dgn yg halal dan batil
dan kamu mencintai harta benda dgn kecintaan yg berlebih2an.' Al-Fajar 17-20
teringat cerita seorang teman ttg abgnya - businessman berjaya, punya company besar, cwgn overseas, business sentiasa rancak. tetapi, selalu risau dan bimbang - akan harta yg dikumpulkan, takut kehabisan dan ditimpa kerugian. ya, pernah dgr kata-kata - org yg kaya ilmu akan dijaga ilmunya, org yg kaya harta akan menjaga hartanya. dek kerana kesibukan menjaga harta - terabai tanggungjawab sbg hamba.
tiada yg tidak baik pd kekayaan sbnrnya kerana ia kalu betul caranya - ia blh menjadi sumber ibadah - sedekah, derma, mendirikan masjid, mendirikan sekolah etc. kekayaan blh menjadikan seseorang lupa diri sedang kemiskinan blh menjadikan seseorang itu kufur (eg menjual diri utk dan melakukan kerja2 haram).
ada satu cerita, seorang lelaki miskin yg hidupnya berempat. tapi dia selalu tenang dan redha. katanya, dia sungguh2 menolak kekayaan itu kerana org paling kaya akan lebih berat hitungan di akhirat nanti dan lebih lama 'bicara' nya dgn Allah.
sekadar peringatan dan muhasabah diri kita bersama
anda pilih yg mana?
Lunch at Glenroy
Dapat jemputan agak lewat, tak sempat nak masak aper2 tuk buah tangan ke majlis makan2 umah Kak Aida. sempat la singgah membeli buah sbg buah tangan. takkan dtg tgn kosong?? budi bahasa budaya kita. sy dan kak zami first tetamu yg datang. suami kak aida jemput di train station. tak lama lepas tu sikit demi skit tetamu lain dtg. ada 20 keluarga Msia kesemuanya. itu pun jiran tetangga kak aida di kwsn sekitar Glenroy dan Resevoir. Hanya sy dan kak zami jer dari Maribyrnong. itu baru komuniti Msia di Glenroy, tak termasuk yg ramai lagi duduk di Brunswick and Coburg. Bila jumpa mcm nie barulah terasa - eh, rasa mcm kat Msia rasanya. kami di Maribyrnong tak ramai Msia. kami byk bergaul dgn international students and local community. sesekali jumpa, seronok, dgn msg2 membawa buah tangan, anak2 kecil bermain2 di dpn rumah, terasa sungguh Msia sekali aku petang nie..
Agak ramai keluarga yg dtg di Melbourne ini menemani isteri meneruskan pengajian PhD. terasa terharu jugaklah. sanggup berkorban kerjaya sementara utk menemani isteri bersama anak2 di bumi Melbourne. itulah semangat kasih sayang berumahtangga yg perlu disemai. berat kan sama dipikul, ringan ku sama dijinjing.
tapi jgn pulak pelik, gambar lelaki yg comel kt bwh nie bukan tetamu kak aida. bertuah lah kalu ada ye (hehehe). ini hanya memanjangkan blog my dear friend ttg 5 lelaki paling tampan dari Middle East. serius hensem. tak dinafikan. kelakarnya, sbb nak make sure adakah dia nie benar2 Prince Fazza, sy pergilah 'Mr Google' kan dia di internet. okay, ikut sumber, confirmlah mmg royal family dari Dubai.

Nie baru natural beauty, without make up..indahnya ciptaan makhluk Allah nie..
Lawaknya, sy terjumpa satu laman blog yg dipenuhi oleh gambar2 dia sajer. mmg fanatik fan lah kiranyer. mslhnya bhs blog tu bhs Thailand. hanya gambar nyer sajer difahami, tapi bukan isinya. kepeningan nak baca..tapi seronok cuci mata..hehehe.
tak puas hati, sy godek profile info empunya website nie..tiba2 ternampak....'GAYHEALTH'. Cisss!!! Gay dah kebas dulu..dunia-dunia.
Agak ramai keluarga yg dtg di Melbourne ini menemani isteri meneruskan pengajian PhD. terasa terharu jugaklah. sanggup berkorban kerjaya sementara utk menemani isteri bersama anak2 di bumi Melbourne. itulah semangat kasih sayang berumahtangga yg perlu disemai. berat kan sama dipikul, ringan ku sama dijinjing.
tapi jgn pulak pelik, gambar lelaki yg comel kt bwh nie bukan tetamu kak aida. bertuah lah kalu ada ye (hehehe). ini hanya memanjangkan blog my dear friend ttg 5 lelaki paling tampan dari Middle East. serius hensem. tak dinafikan. kelakarnya, sbb nak make sure adakah dia nie benar2 Prince Fazza, sy pergilah 'Mr Google' kan dia di internet. okay, ikut sumber, confirmlah mmg royal family dari Dubai.

tak puas hati, sy godek profile info empunya website nie..tiba2 ternampak....'GAYHEALTH'. Cisss!!! Gay dah kebas dulu..dunia-dunia.
Saturday, June 13, 2009
English please..

Namun ada juga yg membantah, dgn anggapan bahawa ia akan 'menganaktirikan' bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kini. walaupun dari segi perlembagaannya bahasa Melayu dijamin status qounya berbanding bhs lain di Msia, namun perkembangan semasa akan menggugat prestij dan nilai bahasa Melayu yg dilihat sbg bahasa penyatuan rakyat Msia sejak dulu.
Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yg perlu dilihat secara realistik dan objektif. Sy sendiri dikala ini hidup dipersekitaran di mana English adalah lingua franca nya. menulis, membaca, mendengar, berbicara hampir kesemuanya bahasa English. hanya ketika bercakap dgn housemate dan rakan2 dari Msia saja saya menggunakan bhasa English. dan bahasa Swk pula, priviledge utk seorang rakan yg kebetulan org sarawak juga.
Satu trend yg agak sy kurang gemari di Msia ialah ke'tergesaan' kita dlm melaksanakan sesuatu tanpa kajian yg mendalam. kita lebih bersikap reaktif dlm melaksanakan sesuatu perkara. begitu juga dlm hal ini. sistem berubah2 mengikut musim (apa faktor tak begitu pasti). sekejap mcm tu, sekejap mcm nie, sekejap mcam tu balik. sy fikir mslh begini blh diatasi sekiranya kita melakukan kajian atau tinjauan dulu sblm melaksanakan sesuatu. disinilah penyelidikan diaplikasikan. gunakan kepakaran akademik di IPT utk menjalankan survey dan lihat hasilnya bagaimana.
contohnya dlm hal nie, jgnlah terus laksanakan, ambil lah pdgn dari cikgu2 yg akan bertanggungjawab melaksanakannya - adakah mereka diberi persediaan lengkap utk mengajar di dalam BI. skiranya blum, apakah faktornya. begitu juga dgn pelajar, apakah pelajar luar bandar dpt bersaing scr at par dgn pelajar2 bandar dlm penguasaan BI? perkara terakhir yg kita kehendaki ialah 'memusnahkan' ms depan pelajar2 ini scr tidak sengaja. pendek kata, apakah pendidik kita dan pelajar kita secara realistiknya bersedia mendepani tuntutan ini? sekiranya blum, maka jalan utk mengatasinya perlu difikirkan dulu sblm perlaksanaan sbnr dilakukan.
Thursday, June 11, 2009
Bomoh 'bunga'

mcm yg berlaku ni, blum sempat melihat hasil usahanya - hasil yg lain kedapatan - hasil 'tangan' bomoh tu pulak yg diperolehi. habis macam mana??
mintalah pd yang Rabbi, yang memiliki segala sifat kesempurnaan. 'Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.' Nah, minta saja pada Dia yg Pemurah itu. Jika lambat benar memberinya, barangkali ada hikmah yg kita tak tahu kerana kdg2 - yg baik pd pemikiran kita blum tentu benar2 baik dlm pengetahuan yg Esa. maka redha itu ubatnya dan teruskan berusaha hingga berhasil.
Wednesday, June 10, 2009
Frosty week

minggu nie agak panas di Aus, isu pelajar India dibelasah, nampaknya keadaan masih tegang. Bermula di Melbourne, berjangkit ke Sydney and terbaru berlaku di St Albans, station tpt sy selalu tunggu train ms msh di kampus St Albans dulu. ntahlah, sy rasa kalu pelajar2 terlibat nie (tak nak sebut negara sensitif) bertenang dan tak buat kecoh, boleh ajer selesai. mslhnya mrk bertindak balas scr agresif juga and membawa bersama 'rombongan mak cik kiah'. tu yg melarat2. hopefully, takderlah terjangkit ngan International students lain mcm kami nie.
Tuesday, June 9, 2009
Pilihan dan kesempatan

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.
Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.
Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"
Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.
Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.
Sumber : Disheen

Saturday, June 6, 2009
Keajaiban
"If you want a miracle, be a miracle." - Bruce Almighty
Betullah, kita selalu mengharapkan org memberi kita keajaiban, kita selalu harapkan org beri kita kegembiraan. kdg2 pengharapan itu keterlaluan hingga spt kita mengabaikan perasaan dan kehendak org lain dan mengutamakan kehendak diri sendiri semata2. inilah yg dpt sy fahami dari dialog dua lelaki dlm cerita Bruce Almighty nie. bila dlm kekuasaan, yg difikirkan ialah kepuasan diri sendiri sehingga kita lupa menggunakan kelebihan itu utk membantu yg lain memerlukan. kita harapkan keajaiban berlaku pd kita tapi kita tak berusaha menjadi keajaiban itu sendiri - dgn membantu mrk yg memerlukan. sungguh, kepuasan itu lebih terasa bila dpt berbahagi bahagia..
dan ingatlah, setiap rezeki Allah bagi pada kita, ada hak2 org lain di dalamnya - isteri, anak2, fakir miskin, anak yatim, yg memerlukan.
Antivirus software
salah satu kebaikan forum kat internet ialah berkongsi pengetahuan and tips2 berguna. oleh kerana kita semua guna internet sgt penting utk tau sikit sbyk security komputer and network kita kerana virus boleh rosakkan komputer, and paling dahsyat dia curi maklumat peribadi kita (ID, bank account infor, etc). so saya kongsi info ini. penting - ia percuma!
Ni de update skit tools n antivirus yg useful n pling penting pree(last update4 Jun 09)
Avira 9 free(most lowest memory usage,can be install with others antivirus with additional setting for both av)
Avast Home(boot scan was fantastic)
Avg free
ClamWin(open source)(Stand alone av, no realtime scan)
Sysclean tendmicro(Stand alone av, no realtime scan)
Comodo Antivirus+Firewall (most powerfull free firewall for personel use and the site have plenty of tools.Check it out man)
Microsoft Malicious Remover (can remove sasser,mydoom,conficker and others dangerous virus)
(will update as soon as posibble)
X pree daa... kene dpt key daa... .leh gune utk scan..key activation will get from microworld as soon as possible(soriiii)
e-scan toolkit
Activation key for testing receive fromMicroworld (from what I test is valid till 2010)
CJDO-DQFK-EKWH-EEEK-DKPK-ANDB-PKLF-QG
Thumbdrive/pendrive virus prevention
- autorun eater (great to stop autorun.inf and show what file attach to it,can backup the autorun,auto removal setting, slack cause of funny splash screen and startup sound)
sumber:virtualfriends.net (Yazidane Shah thread: tq)

Mencari cinta sejati

isterinya Alzheimer. duduk umah org2 tua. dia lupa pada suami sendiri dan anak2. langsung lupa. so si suami nie dtg hari2 jumpa isteri dia (kat umah org2 tua jagaan lebih baik and ada doktor and jururawat menjaga ubatan isteri dia) sambil membawa sebuah 'Notebook', buku catatan kisah hidup dia dan wife dia dari awal dia kenal sampai diaorg kawin. dia membaca buku itu setiap hari, and wife dia fikir itu mmg novel walhal cerita dia sendiri. si suami nie punyerlah susan nak ngorat isteri dia dulu. berpisah bertahun2 sbb si isteri di hantar keluarganya sambung blajar pastu diputuskan hubungan. semua surat lelaki nie tulis tak disampaikan kpd si anak. sampai pompuan nie nak kawin baru dia tahu kebenaran and dia cari lelaki nie semula utk mendapatkan penjelasan - apa sbnrnya berlaku sbb dia menanti juga lelaki nie 7 thn. pendek citer, dia kawin jugak akhirnya. ending citer tu barulah si isteri tau yg the notebook itu kisah diaorg. tapi 5 minit jer dia kenal, pastu dia tak kenal lagi..
si suami tu lah dia buat, dia akan refresh2 balik ingatan wife dia sampai dia ingat semula. tapi endingnya si isteri ingat balik, tapi itupun ketika dia nak mati. and si suami ditakdirkan mati bersama2 isteri berpegangan tangan ditepi katil si isteri. sop-sop-sop! (touching gaklah ending nie)
hmm, sigh. adakah lagi cinta spt ini masih wujud? yg byk didengar 'cinta buaya' 'cinta 3-4 segi', cinta bersegi2, cinta palsu, plastik etc. i am not skeptical, but i believe its getting harder and harder to find one true love. utk mencari yg ikhlas dan jujur dlm hbungan. sy pasti msh ada, tapi sukar mencarinya. cinta zmn kini byk disebabkan nafsu. kerana itu mudah benar terkalih hati. cinta dgn nafsu mmg tak berkesudahan kerana nafsu itu sentiasa kelaparan dan tak tahu kepenatan. dia takkan pernah puas. tapi cinta yg didasari atas dasar tanggungjawab, iman, komitmen, kasih sayang yg jujur ikhlas - lebih kekal sifatnya. sungguh cinta itu akan diuji dan perlu usaha keras mengekalkannya. bertuahlah sesiapa menemui psgn yg sama2 komited dlm hubungan.
bagi yg msh mencari - teruskan mencari. terapkan keikhlasan dlm pencarian anda. kerana segalanya dinilai dari niat. mudah2an pencarian itu berhasil. biarlah lambat asal ketemu dari tangkap muat sajer. carilah kerana redha Allah. setiap yg kita impikan - yg terbaik sifatnya; tidak pernah pula mudah diperolehi. ia tak dtg bergolek dan jatuh melayang di depan mata. kdg2 kena berusaha keras baru memiliki. kesusahan buat kita lebih menghargai.
carilah cinta sejati anda - ia mungkin sudah berada di rumah sendiri, mungkin juga msh berpenasaran di sana sini menunggu anda menemuinya.
Wednesday, June 3, 2009
Gay fenomena biasa di Malaysia??

p/s: gambar2 ini diperoleh dari justkhai.com (terima kasih)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini
Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...
-
Salam hujung minggu, Okay, rasanya sudah sebulan sejak saya overhaul skincare product saya dari Clinique ke Kiehl's. Hari tu saya ju...
-
Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. ...
-
Perkembangan baru rumah Zenia Taman Harmoni Semenyih Lama dah tak update rumah, sejak super busy ni nak jenguk rumah tengok progres pun t...