Skip to main content

Berpakaian tetapi bogel


Sebahagian tanda kiamat itu ialah tersebarnya rasa keinginan yang besar terlepas dari pekerti yang luhur pada lelaki.Dan berpakaian setengah telanjang oleh wanita dengan mengaku perkembangan moden.Dan dengan mengaku sebagai kebebasan dan kemajuan,pada saat yang lain.Rasullullah saw telah memberitahu kepada kita yang akan menimpa manusia pada akhir zaman,seperti kebebasan wanita,dan keluarnya mereka dari tata susila yang utama. Baginda bersabda: 'Dua golongan bakal jadi penduduk neraka.Aku belum melihat kedua-duanya.Satu golongan bersama mereka cemeti seperti ekor-ekor sapi,mereka memukuli manusia dengannya.Dan kaum wanita berpakaian telanjang,berjalan dengan gaya menawan.Kepala mereka seperti pundak unta.Mereka tidak memasuki syurga,dan tidak mendapatkan baunya sedangkan baunya dapat di cium dari jarak lima ratus tahun'.(HR Muslim) Dalam hadis yang mulia ini,penjelasan terhadap apa yang terjadi sebagaimana dapat di saksikan manusia hidup pada saat ini,tersebarnya kezaliman dan ramainya wanita yang tidak bermoral.Rasullullah saw telah mendedahkan mereka,seolah-olah baginda telah melihat dan menyaksikan mereka,membawa cemeti yang kekar,ketebalan dan kekerasannya menyerupai ekor-ekor sapi.Mereka menimpakan pukulan terhadap kaum Mukminin serta menyeksa dan mengusir untuk memuaskan nafsunya yang haus,dengan menumpahkan darah orang yang tidak bersalah. Baginda saw menggambarkan keadaan para wanita yang jahat,yang melepaskan jilbab(tudung) dan rasa malunya.Mereka membuka dada dan menampakkan bahu dan betisnya(malah lebih dari itu) serta membentuk rambut di kepala,sehingga seolah-olah bukit yang menyerupai pundak unta atau tembok raksasa di negeri China.Kami tidak melihat ini melainkan sebagai bukti kebenaran yang diberitakan oleh Nabi saw. Akan datang "MENGAPA MAKSIAT TERUS BERLAKU".Apakah bala yang akan turun dan sedang di turunkan sekarang?Ramai manusia tidak sedar bahawa pada masa ini bala tuhan telah menimpa kita.Apakah bala itu ... tunggu... .
sumber: virtualfriends.net

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…