Posted on Thursday, September 01, 2016

Rasa Sayang Spa & Resort Penang




Selamat Hari Merdeka!!!

Mendung sewaktu kami sampai ke sini 



Sebulan dua ni saya banyak berjalan merata-rata tempat samada ikut husband atau fieldwork. Baru-baru ni kami sempat ke Pulau Pinang, kali ini atas urusan kerja saya. Ada cerita menarik disebalik penempahan hotel yang saya buat tempoh hari. Bless in disguise gitunyer. Kami bertolak ke Penang dalam jam 10 pagi dari Bangi. Kebetulan saya terlibat dalam satu bengkel wajib fakulti, terpaksa attend bengkel tu dulu. Itupun tak sampai 2 jam saya dah cabut, sebab appointment saya dengan AADK Penang ialah jam 3.30 ptg, kami mencongak2 jarak perjalanan dan tempoh perjalanan, ngam-ngam jer kalau bertolak jam 10 pagi. Kalau lewat dari itu, kami terpaksa berkejar-kejar pulak ke destinasi. Saya personally tak suka drive jauh dalam keadaan rushing, stress dibuatnya. Bila bertolak jam 10, masa tu ada jugak untuk berhenti makan, pergi toilet and tak perlu speed. 





Alhamdulillah kami sampai Penang-Georgetown jam 3.15 pm, ngam-ngam itulah time kami terpacak kat menara UMNO Georgetown. Syukur alhamdulillah kami tak terlewat sampai. Dalam pukul 4.30 pm urusan selesai. Sempat pegawai yang saya deal urusan itu menasihatkan saya supaya keluar pada kadar segera dari area situ kerana jem teruk and mungkin ambil masa untuk sampai ke Feringhi. Huhu, apa lagi, masuk je dalam kete cakap kat husband, kita kena cabut dari sini cepat-cepat bang. Haha. Alhamdulillah, orang time tu baru nak keluar pejabat, sempatlah kami keluar dari jalan yang memang jem itu dan terus menuju ke Golden Sands Resort Penang.

Image result for golden sands penang
Golden Sands Resort. Booking ini tapi dapat Rasa Sayang Resort and Spa - di sebelahnyer. 


Dalam booking saya memang mentioned akan check in lewat. Sesampainyer di sana, excited sudah sebab dah penat2 berjalan drive jauh of course nak rehat and cari tilam kan. Dua hari sebelum tu memang penat nak cari hotel untuk kami menginap. Kenapa ambil masa nak pilih hotel? Ada beberapa sebab.

1. Pengalaman pilih hotel secara online. Dalam gambar bukan main cantik marbeles, tapi bila sampai and tengok for real, ooh kecewanya. Dah bberapa kali kena macam tu sehingga saya dan husband jadi skeptical dengan hotel yang kami tengok di online. Kita bukan orang tempatan, dan sukar untuk mengetahui secara tepat hotel2 sekitar tempat yang kita hendak pergi. Jadi kita bergantung kepada apa yg kita nampak di internet dan juga reviews customers. Reviews ni pun satu hal, ntah benar ntah tidak. Cakap macam best tapi bila dah check in baru tahu, oh indah khabar dari rupa. Reviews kadang2 membantu, kadang2 sebaliknya. 
2. Kad kredit. Tempahan melalui booking/agoda/trivago banyak yg menggunakan kad kredit. Saya tak suka guna kad kredit. Jadi, saya terpaksa call personally no hotel and ask for booking. Time consuming.
3. Bed size. Ha maklumlah jalan berdua suami isteri, nak ler tidur sekatil, apa kes tidur tilam single! Haha. Gaduh2 time tidur berebut bantal dan selimut adalah kewajipan. So, satu hal nak call tanya room available ada twin beds ker double/queen/king? Ni payah sikit nak carik, ada hotel yang kami rasa okay tapi queen/king bed size dah habis, tinggal single. Ada hotel yg ada queen/king, tapi hotelnyer kami tak berapa berkenan pulak, and ada kat town instead of pantai. Aish!!! 

Susah jugak yer bila kita dah ada list tertentu utk hotel yg kita nak.

Dah nak give up time tu, tetiba husband bagi tau try Golden Sand Resort. Nasib ada lagi kosong. Itulah yang membawa kami ke sana. Review okay and own by shang ri la. Oklah kan!! Tengok hotelnyer pun okay. 

Image result for rasa sayang penang
Rasa Sayang Resort and Spa Penang 

.... sedang elok nak check in, staff kaunter bagi tahu ada 'masalah sikit'. Adoi, penat tak hilang lagi, hotel pulak masalah? Dah rasa stress time tu dengan penat jalan jauh. Tapi kemudian staff tu kata, kami akan upgrade hotel puan, tapi puan kena pergi sebelah - Rasa Sayang Resort & Spa. Wah, terkejut sekejap. Yelah. Selama ini kira bila ada di Penang, hotel ini kira mampu tengok jerlah kan. Bukan tak boleh nak menginap, tapi mengenangkan harga biliknya boleh lepas makan sebulan atau boleh beli macam-macam, maka sekadar tengok dan teringin saja. Selama ini, tengok2 jer review hotel ini dan cakap dalam hati, cantiknyer hotel ni, bestnyer dapat menginap sini. Tapi, allah bagi rezeki kami berdua dapat upgrade hotel Rasa Sayang Penang. Wah. Rasa bertuah sekejap. Hotel 5 bintang dengan kadar semalam mencecah RM700-900, sapa nak tolak? Kami upgrade dari hotel Golden Sands Resort by Shang Ri La pada harga RM400+ ke Rasa Sayang pada harga yang sama!! Tak sangka tercapai jugak hajat dan impian nak merasa hotel ini. 

Menikmati sarapan pagi di kelililingi taman kehijauan, terapi sungguh



Pic tak edit, as is. Guna iphone kamera jer nih. Cuaca macam sporting jer pagi tu. Cantik dan indah.

Indahnya..macam di Hawai. Ahaks!

sesekali dapat bercuti rehatkan diri memang berbaloi dan nikmat

Dibelakang saya waktu ini ada mem berbikini tengah berjemur. Maaf gambar censcored. Heh.



Pendek kata, walaupun semalam saja di sini, tapi pengalaman duduk di hotel ini memang berbeza. Dari segi fasiliti, persekitaran, servis, memang sesuailah 5 bintang pun. Tapi Penang, memang tempat yang seronok untuk bercuti. Pantainya best and ada banyak perkara boleh diterokai di sini. Makanannya pun superb. Penang definitely is one of my favourite holiday spots in Malaysia. Sempatlah kami suami isteri berjalan di pantainya, guna gym dan sebagainya. Satu pengalaman percutian yang indah. Alhamdulillah. 


Duduk sambil menikmati pemandangan pagi







ku lihat hijau...nyamannya suasana









Toilet di gym

Ada jakuzi. Super excited takkan mandi sorang-sorang kot. Takde geng. Husband tak boleh masuk sbb ini di bilik mandi perempuan.



Husband kata gambar ni cantik so tangkap ler 

Pulut panggang paling sedap di penang!! tak jauh dari hotel kami, kat roundabout. Mat saleh pun beratur nak beli tau. Wajib cuba!

Read More

0 Responses to Rasa Sayang Spa & Resort Penang