Posted on Sunday, September 04, 2016

Avillion Port Dickson




Siapa tak kenal PD, bagi warga klang valley, inilah a short getaway spot favourite, pantai paling hampir dengan KL, kurang 1 jam perjalanan, deretan hotel-hotel dan tempat makan yang banyak pilihan. Kira, tempat paling cun untuk bercuti sehari dua. Ada banyak hotel boleh dipilih. PD bukan asing pada saya sebab dari dulu lagi banyak program, bengkel yang saya terlibat diadakan di sini. Pernahlah merasa  beberapa jenis hotel di sini, ada yang saya lupa namanya, ada yang saya ingat. Tapi ni saya nak review satu hotel yang best untuk percutian dengan keluarga atau honeymoon. So far, hotel yang paling memberikan kepelbagaian pengalaman yang seronok kerana persekitarannya yang best, banyak fasiliti dan reakreasi yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Semalam jer pun bermalam, tapi cukup menarik dan mengujakan. Harga hotel ini boleh check SINI Water chalet antara jenis penginapan yang popular. Kalau nak murah sikit boleh pilih yang jenis bilik biasa. Ada gambar ni yang saya ceduk dari google image. Maklum check in lewat dalam pukul 7 lebih, dah gelap pun. Sebelah siang baru nampak betul-betul hotel ini macam mana. Ohsem la jugak. 


Image result for avillion port dickson


Apa yang bestnyer hotel ini? Pemandangan sekeliling yang menarik, landskap yang menyegarkan, lebih kurang macam Rasa Sayang di Penang. Penuh kehijauan. And ada taman herba-herba dan ada jugak kandang arnab-ayam-kura2 yang mana pengunjung boleh bagi makan dan bermain-main dengan mereka. Uniknya, ada juga burung merak yang dibiarkan berkeliaran bebas di kawasan hotel. Jinak-jinak pulak tu maybe sebab dah biasa dengan manusia.

berangan nak ada tempayan air untuk tanam teratai macam nih.. tapi husband cakap, banyak nyamuk. ok tak jadik







Kolam hotelnyer besar dan menarik. Dua terletak berhampiran kafe/restoran. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi boleh campur kanak-kanak/dewasa. Ada satu lagi kolam agak privacy lokasinya khas untuk dewasa. Bagusnya di sini, kolam mandi open 24 jam!! Tapi kami lupakan hasrat suami isteri untuk mandi manda tengah malam, sebab kolam dewasa itu dikelilingi pokok2 agam yang besar, kalau time siang memang cantik, tapi kalau malam, ada takut sikit lah. Dok terbayang kami berdua lepak dalam air hujung sana, ada pulak 'peneman' duk bersidai hujung nun satu lagi. Naya. Heh.





Bangunan utama kafeteria, akses ke chalets/bilik hotel



Ini bilik garden chalet. Jalan terus untuk ke pantai.

blakang tu water chalet




Lupa nak snap gambar masa check in. Hadap jer lah yer bilik tunggang langgang. Ahahah

King size bedroom, tapi hujung tu ala2 pangkin tepi tingkap overlooking the sea katanya. Tapi sbnrnya boleh jadi satu lagi katil. Syok jugak lepak hujung tuh.

Pintu dan tingkap kaca ini ialah bilik air. Open air yer. Mula2 rasa pelik, tapi pastu best pulak.
Best lepak sini sambil makan durian dan rambutan

shower 5 bintang kami nak bagi. air laju/kuat, and rasa mandi air bah pulak. hihi


mandi sambil tengok langit. tapi memalam ada seram sikit kot. sila terbayang filem seram.


tandas terpisah dari shower and bathtub


Image result for avillion port dickson

view dari check in point







Shower-nyer nak bagi 5 bintang. Jarang rasa kepuasan maksimum bila mandi shower nih. Tapi shower hotel ini memang marbeles. Rasa ada orang curah air sebaldi besar kat kepala kita, gitu puasnyer. Even husband pun cakap, rasa puas mandi air shower macam tuh. konsep bilik air ialah open air. Sebab PD ni sangat dekat dengan airport, memang almost setiap 5-10 minit dengar bunyi kapal terbang. Kalau uoll perasan, bila kita nak landing, memang flight kita dah dekat jaraknya dengan darat and akan pusing PD. Boleh nampak dengan jelas Avillion ni pun dari udara. Husband punyer teori, katanya patutlah pilot suka terbang rendah kat PD ni, boleh skodeng orang mandi sbb bilik air terbuka. Hmm, betul gak. Hehe, jangan marah abam pilot.



Check out tengah hari tu, ada orang tengah main caklempong. Okaylah, terasa identiti Malaysia ada situ. Kalau tak selalu dengar irama bali gitu. Bukan tak best, tapi takde identiti and caklempong ni apa kurangnya, rasa relaks jer dengar. Diaorang main kat tengah2 taman, bawah gazebo dikelilingi pokok2 yang besar dan redup dan menyamankan.


Image result for avillion port dickson
setiap water chalet ada balkoni untuk lepak tengok laut

Yang agak kurang best pulak ialah parking tak cukup! Kena park kat area seberang jalan. Takdelah jauh sangat, dekat jer tapi PD time weekend kan busy, jalan agak sibuk dan saya perasan kereta di sini laju-laju. Ntah kenapa. So agak merbahaya jugaklah. Selain itu, breakfast tidak disediakan yer, kena bayar lebih untuk bfast. Breakfast so-so, rasanya lebih grand breakfast di Rasa Sayang shang ri la. And kena tunggu table kosong, maybe masa pagi tu, hujan lebat, so ramai tunggu hujan reda dan baru pergi breakfast, akibatnya, full house!!




Saya and husband sempatlah, pergi gym lepas breakfast, bagi makan ayam/arnab, kemudian kami main ping pong dalam 30 minit jugak. Percutian yang singkat, tapi seronok sesekali dapat luangkan masa untuk berehat seperti ini. Mudah2an ada rezeki lagi untuk kami menikmati percutian yang menyenangkan seperti ini. In sha Allah.



Image result for avillion port dickson rabbit



Image result for avillion port dickson ping pong

Image result for avillion port dickson ping pong














Read More

0 Responses to Avillion Port Dickson