Skip to main content

Bodyshop - Fresh Plumping Mask (British Rose)




Lama dah tak menyopping di Bodyshop, last time masa shopping hari tu saya beli body butter - pinita colada. Sesuai untuk kulit kering, melembap dengan baik dan baunyer super sedap rasa nak gigit tangan sendiri, bau citrus nenas (not overwhelming) and kelapa, bau macam aiskrim. Setakat ini body butter bodyshop antara yang best untuk pakai, masih dalam range mampu beli. Maybe ada yang lebih mahal/baik di luar sana tapi tak try lagi. 

Tapi pagi ini, mood rajin terlebih saya tak nak review body butter pinita colada tu, saya nak bagi tahu pasal satu lagi produk baru dari bodyshop, baru tak baru saya pun tak tahu release date dia tapi i assume barulah jugak sbb sebelum ni tak pernah nampak. Produk itu ialah masker gel FRESH PLUMPING MASK - THE BRITISH ROSE. Agak mengejutkan dan mengujakan kerana bodyshop sebelum ini susah nak keluarkan produk macam masker gel ini. Ada tapi tak banyak macam brand lain, very limited range. Saya pernah tanya dulu seller bodyshop kenapalah takder masker-masker gel ni kan. Wah tak sangka akhirnya!!!My impression ialah - wow not bad at all. Sebab apa??




 Siapa yang tahu sejarah dan kualiti produk bodyshop mungkin kenal benar falsafah disebalik produk ini. Go green gitu, organik dan paling unik ialah ada produknya yang berdasarrkan community trade organic, meaning that, dia membantu wanita-wanita di beberapa negara miskin dunia dengan membeli bahan-bahan untuk membuat produk mereka. Mereka beri intensif untuk wanita-wanita ini menghasilkan bahan-bahan organik seperti aloe vera, biji kopi dll dan bodyshop beli dari mereka untuk menghasilkan produk. Ini sekaligus membantu wanita-wanita ini menjana pendapatan dan pada masa yang sama menghasilan produk organik yang berkualiti. 





Panjang pulak bebel, okay back to topic...

Range untuk masker gel ini ada beberapa tau. Saya try jugak tengok sample setiap satu, tapi British Rose ini sangat mengujakan saya sebab baunya mak ai, bau ros segar and terasa seperti buat aromaterapi sekali. Salesperson tu kata, honey tu bagus dia sendiri cuba, tapi saya lebih tertarik dgn rose, serius baunyer sedap okay. And saya pilih rose jugak sebab tak mahu yang terlalu melembap sebab muka jenis kombinasi, kalau berminyak sangat naik pulak nanti jerawat. So saya pilih range tengah iaitu British Rose. 



Packagingnyer lawa jugak, macam botol jem pun ye jugak. Ahaks! Kalau bukan kerana ada logo bodyshop tertempek kat situ, boleh silap ingat tu jem untuk roti. Wah gitu, jem rose, akak ader?? Haha. 



Harga pulak?? Hmm, ala-ala mahal jugaklah. Tapi sebab kerasukan petang semalam, maka melayang duitku. Huhu. Tapi bila ingat, tak perlu pergi spa bagai, wah, jimat-jimat (kononnyer, helah bela diri jer semua ini). RM99 untuk satu jar ini. 



Tapi bagusnya, bagi yang mementingkan produk organik bebas chemical, memang ini wajar dicuba sebab ia 100% vegetarian formula, no parabens, silicone, mineral oils, paraffins and plus dermatologically tested! Sound heaven for vegetarian and organic freaks out there. As for me, produk kecantikan bodyshop ini saya tak berapa serasi, i just give it a go dulu, tgk kot2 masker boleh jalan. Kalau boleh, bestler. Masker pun, bukan pencuci, pelembap, toner dll (lagi alasan diberi untuk sedapkan hati lepas membeli - guilty after shopping spree). 



So, bagi yang suka mencantikkan diri and manjakan diri hujung minggu, boleh cuba ini. And manjakan diri dgn pengalaman spa di rumah juga adalah cara untuk kita coping with stress and to refresh sendiri after long working hours during weekdays. Happy weekend and do take time to pamper yourself.



Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…