Posted on Tuesday, December 29, 2009

pokok oh pokok

pagi nie, sedang sy duduk di meja 'bertafakur' (konon nak start writing pepagi - stlh cuti rehat lama), sy terpandang dan sedar akan sesuatu yg selama ini sy take things for granted or just simply dont think about seriously..pokok dpn my window..sudah besar rupernya. dulu first time sy dtg umah nie (tahun 2007) pokok nie kecik lagi, takde lah sebesar 'gajah' mcm nie skrg. skrg nie dia cover full satu tingkap (i ada 2 tingkap bilik)..and sedang menjalar pulak rantingnya di...

tingkap yg satu lagi..tempat sy selalu skodeng arnab2 pepagi yg curi2 dtg and buat lubang di rumah nieh...uik..cepat betul kamu nie besar ya. dlm 3 thn nie, kamu dah jadi pokok yg dah tak blh dipandang ringan lagi..kehadiran mu disedari, kekuasaan mu mula dirasai.

analoginya, agaknya otak yg tgh struggle dgn phd nie pun mcm ne agaknya? bercambah subur mcm niekah jugak? harap2nya begitu..kalu tak, aper barang???

manusia pun blh diibaratkan spt pokok. manusia yg matang dan boleh diharapkan spt pokok rendang yg dahannya boleh dijadikan tempat berpaut, redupnya boleh dijadikan tempat berteduh, buahnya boleh dimakan dsbnya. besar manfaat yg boleh diambil dari org2 yg baik. pendirian pun blh diibaratkan spt pokok, org yg kuat pendirian dan pegangan hidupnya spt pokok yg akarnya menunjang jauh ke dasar bumi. tak mudah dipatahkan atau ditumbangkan sewenang2nya. org spt ini, berdiri atas prinsip dia percayai..berbeza dgn rumput gemalai yg ikut arah angin terbang - blh pusing kita dibuatnya.

artikel ini juga menunjukkan bahwa, betapa susahnya nak start balik enjin pepagi nie stlh cuti lama..see?? bila nak start writing, mulalah fikir perkara tak berkaitan..pagi nie blh pulak fikir pasal pokok?? time lain tak blh ka? haiya...

buat keje please!!


Read More

One response to pokok oh pokok

  1. maiyah
    December 29, 2009 at 6:38 PM
    yelah pokok pun blh jd perumpamaan yg baik wat kita kan