Sunday, October 20, 2019

Salah Asuhan: Kerana Kau Ibu, Rosak Anak

Salam,

Ini thread serius. 

Ini kisah benar yang saya perhatikan, berlaku dekat dengan diri saya dan membuatkan saya termenung panjang mengenangkan bagaimana boleh sampai ke tahap yang begitu kritikal dan serius.

Ia bermula dengan ibu bapa mendapat tahu anak lelaki berusia 21 tahun meminjam duit along, bukan seorang dua tetapi 8 orang! Ini keputusan sendiri yang tidak merujuk ibu bapa dan terjerumus dalam hutang along sehingga di luar kawalan. Akhirnya buntu dan membuat pengakuan. Kesian ibu ayah bersengkang mata, stres memikirkan hutang RM20K yang dibuat anak. Dalam keadaan berdikit-dikit hendak mengurus kewangan, anak-anak yang masih dibawah tanggungan, ibarat sekelepuk beban di bahu dalam keadaan terkejut dan tanpa rela. 

Saya lihat keadaan ini dari beberapa aspek:

1. Sikap yang suka berhutang
2. Lalai atau sikap ibu yang terlalu berlembut
3. Dendam

Dari kecil, sudah nampak ciri-ciri ini dalam diri anak ini tetapi sayangnya tidak dibendung dari awal. Sejak dari sekolah menengah sudah nampak ciri-ciri ini namun sayangnya, ibu tidak melakukan apa-apa. Malah membenarkan dan memperkukuhkan sikap ini pula. Kenapa saya kata memperkukuh sikap buruk?

1. Membenarkan anak bercuti di luar negara dalam keadaan berhutang. Pergi pula ketika si ayah out station. Tanpa pengetahuan. Bagaimana seorang ibu boleh benarkan anak keluar negara bercuti dalam keadaan berhutang?? Sepatutnya, boleh mencadangkan si anak tangguh dulu, kumpul duit dan pergilah bercuti dalam keadaan tak berhutang dengan sesiapa. Pergi bercuti pun hati senang. Tapi ini tidak berlaku. Ini kesilapan yang pada saya besar.

2. Membenarkan anak membeli kereta dalam keadaan tidak mempunyai pendapatan, kerjaya, masih belajar. Ini pun dilakukan tanpa kebenaran dan pengetahuan ayah. Ayah hanya tahu kemudian. Ini juga kesilapan besar. Dua kesilapan ini saya kira sangat besar dan secara tidak langsung seperti membenarkan perbuatan kurang cerdik anak. Bagaimana ibu boleh membenarkan anak berhutang dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan masih belajar untuk berhutang kereta yang agak mahal harganya? 

Seharusnya ibu/bapa menjadi orang pertama merasionalkan anak. Kita tahu risiko yang anak lakukan, tapi ada tak kita membetulkan kesilapan itu? Dalam kes ini tidak. Implikasi kepada anak tersebut ialah dia mula berani bertindak sendiri mencari hutang lebih besar iaitu along. Akhirnya satu keluarga terkesan. Dalam usia 21 tahun, sudah ada 20K hutang along. 

Pengajaran juga dalam kes ini ialah susahnya mentadbir keluarga apabila ada 2 nakhoda kapal, yg tidak sehati sejiwa bila mendidik anak. Seorang cuba mendisiplinkan anak, tapi seorang lagi sebaliknya. 

Dendam - sikap tidak puas hati, adakah membuat keadaan bertambah baik? TIDAK. Yang merana jelas di sini ialah individu itu sendiri. Rosak binasa. Apa yang kita dapat bila segala tindak tanduk berdasarkan perasaan dendam?? Yg lebih binasa adalah diri sendiri. Agaknya berbaloi tak menyimpan dendam?


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...