Lipbalm Kiehl's & Egg Cream Mask Untuk Ibu Sibuk Tetap Cantik

Salam,

Wah panjang tak tajuk entry hari ini? 😝

Lama dah tak berblog, nak lepas gian kejap. Sejak dua menjak nih, jarang nak upload thread ilmiah. Thread kecantikan jer banyak. Bukan per, energy dah banyak dilaburkan utk menulis buku, jurnal artikel, baca tesis students 😵 jadi blog menjadi platform membawang perkara yang tidak berkaitan dengan dunia akademik. Mungkin akan datang.

Okay hari ini nak review sedikit pasal lipbalm dan masker muka. Saya ada mentioned before saya pakai lipbalm by Kiehl's nih. Harga boleh tahan mahal dalam RM80. Saya dah pakai beberapa bulan and masih belum habis lagi. Maybe 2-3 bulan lagi kot baru habis. By the way, so far lip balm or lip treatment ini memang best sekali untuk bibir yang kering dan perlulah kelembapan. Sebelum ni saya pakai brand Nivea and Mentolethum dari Watson. Tapi this one yang paling moist saya pernah cuba. Selain itu, ada hint of color jugak, first time pakai my husband tegur dulu : cantik warna lipstik. Tapi bukan lipstik pun, lipbalm ajer. Saya pakai warna pink, dia ada 2 lagi kot kalu tak silap, nude and merah. Kalau ada bajet lebih boleh try yang ini, insha allah puas hati. Tapi kalau takde bajet, boleh try vaseline petroleum jelly, yang ni memang lejen, harga murah dan gerenti best. 



Semalam singgah ke Watson beli barang sikit. Seperti selalu saya sambar masker sheet di Watson. Okay ni first time saya beli brand ni ye - too cool for school. Selalu nampak tapi hati belum datang seru. Haha. Baru semalam tergerak hati eh nak try lah. Sebab harganya slightly expensive then other brands kat Watson. Everage price for most face masks kat Watson dalam RM7-9. But this one, RM13 per piece. Mahal la tu kan. Beli ni tanpa baca review apa-apa. For the sake of trying! Balik rumah semalam petang so i pun try egg cream mask for pore tightening ni. My first impression, terasa likat dan penuh kelembapan sheetnyer. Memang rasa slightly ticker than usual mask sheet, even Inisfree  (betulker eja ni) punyer brand. And sheetnyer pun lebih tebal dari brand Watson. Tepek di muka dalam 30 minit sambil mengacah-ngacah Muaz. Dia sengih jer nampak muka saya putih setepek. Lari-lari ayam nampak saya cuba mendekat. Bila letak tangan Muaz ke muka, dia buat muka geli.



Tapi resultnyer --- boleh tahanlah! Nampak kecil dengan ketara pori-pori wajahku. Terus tengok review kat hp. Oh, rupanya ramai yang cakap perkara yang sama. So definitely akan repurchased lagi di masa akan datang. Egg cream mask for hydration tu yang tak cuba lagi.

Okay! Sesiapa yang nak bibir mungil segar warna seakan-akan pink dan kulit muka yang mulus boleh try barang yang saya telah cuba ini. Happy shopping.

Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Ada apa dengan Clinique

Panduan Masuk Rumah Baru