Posted on Wednesday, September 25, 2013

Mat Yo yang malang








Di pagi yang hening, saya yang tak berapa nak ikut hal bola kat Malaysia ni tetiba jadi tertarik hati untuk tahu lebih lanjut cerita Mat Yo nih. Ini semua gara-gara video youtube yang ditayangkan di MHI pagi tadi. Lantas masuk pejabat sebelum kul 8 saya pegi lah jenguk tengok apa yang menarik benar pasal Mat Yo dan pak guard nih? Sbb tengok pun tak concentrate, tengah sibuk pakai baju nak bersiap gi kerja. Yang saya dengar dengan jelas cumalah perkataan yang diulang2 banyak kali 'SAYA TAK BODOH, SAYA TAK BODOH, SAYA TAK BODOH'. Dalam hati saya kata, sapa yang kata dia sampai dia  balas kata saya tak bodoh? Ader orang kata dia bodoh ka?? Sampai nak ulang banyak kali SAYA TAK BODOH?? Pandai??

Bila tengok durasi video tu sampai habis barulah saya faham. Ooooh, ini kah ceritanyer? 

Saya tidak tahu apa yang berlaku, tapi bila tengok video tu rasanya pakcik tu tegur dia parking situ dah lama tak gerak2 lagi. Mungkin dia parking tempat yang salah. Dari sudut etika dan undang2, pakcik tu berkuasa menegur, walaupun dia sekadar guard sahaja jawatannya. Tapi dia berkuasa menjaga kawasan tempatnya bekerja, nama pun guard, tugas menjaga parking dan mengelak kesesakan juga adalah dalam tanggungjawabnya. Dalam dialog tu juga jelas pakcik tu kata ader parking lain dia boleh pergi, tapi minah ni tak mahu berganjak dari situ. Entah kenapa tak mahu berganjak, agaknya tak mo bayar parking ataupun rasa parking tu DIA YANG PUNYER ataupun dia ni EGO TAK BOLEH DITEGUR atau BERLAGAK VVIP lah sangat kan!

Pointnyer mudah ajer, dah kalau salah, mintak maaf jerlah. Per susah? Pastu pindah jer parking tu, tak mati pun kalau parking kat tempat lain. 

Kalau ye pun marah, naper sampai cakap orang tu dayusla, bongok lah, tak guna lah. Amboi2 mulut sungguhlah biadap dan kurang ajar bunyinya. Jawapan dan makian dia bagi tu sungguh berlagak bunyinyer. Agaknya minah ni dah terhinggap dalam jiwanya penyakit GILA GLAMOR dan PERASAN DIVA. Eh, bukan pemain bola sepak dunia, jaguh kampung lagi tuuu. 

Mat Yo pulak boleh buat muka poyo depan kamera, macam blurr tak tahu nak buat aper. Kurang2nyer tenang2kan lah bini mu yang tengah meroyan tu. Ambik kunci kete tu ker or awak yang tukar jadi driver supaya keadaan cool. Adakah sebab rasa dah VIP sangat maka rasa patut kasik malu sama orang yang cuba menjalankan tugas jaga parking tu???

Mat Yo, malanglah dapat bini macam ni. Dengarnyer sblm ni pun dia ader 'menghanjingkan' seseorang dalam facebooknyer. Aper punyer binilah ko dapat nih. Iskh3.

Dgrnyer video ni diupload oleh empunyer badan ni, tapi tak sangka backfired balik. Tu ler, walaupun sejuta kali awak nak cakap SAYA TAK BODOH, tapi kenyataannya ialah "AWAK MEMANG BIJAK" sbb upload video yang backfired awak sendiri. Lain kali guna otak sblm upload aper2, bukan kepala lutut. Ingatan utk diri sendiri juga.




Read More

0 Responses to Mat Yo yang malang