Thursday, December 30, 2021

Hanafi Sikat Tepi: Kecurangan Terhangat Penutup 2021

Salam,



Cerita ini agak sejuk berbanding seminggu dua lalu, belum sempat hendak merespons dan mencoretkan pandangan ku mengenai isu ini. Aku lebih senang mengambil pendekatan melihat sahaja komen-komen netizen di social media yang rata-ratanya menghentam Hanafi di atas kecurangannya itu. Viral kes ini sehingga boleh trend 'SIKAT TEPI' ini sampaikan pemilik Mydin pun ada video pendek dia sikat rambut tepi sambil mengatakan: tidak semua lelaki rambut sikat tepi tak baik. Sempat lagi mengenyitkan mata. Aaha cute!

Jika ada yg mengharap di mana duduk kem saya samada menyebelahi Dr Hanafi atau Dr Najihah, harap jangan kecewa. Saya mengulas isu ini dari sudut pandang seorang kaunselor/ahli psikologi yang kerap jugak berdepan dengan kes-kes sebegini, malah buku saya yang bakal terbit ada satu bab khusus membincangkan isu kecurangan pasangan ini kerana ini antara punca ramai pasangan datang mendapatkan khidmat kaunseling atau bercerai di pejabat agama. Kiranya kes Dr Hanafi ini bukanlah tidak pernah berlaku. Yang luar biasanya cuma dia diviralkan, sama seperti beberapa kes sebelum ini yang viral. Saya kira ada banyak lagi kisah-kisah sama di luar sana namun ramai yang mengambil pendirian menyelesaikannya secara dalaman, tanpa perlu melondehkan hal ehwal rumahtangga untuk diadili oleh masyarakat umum. Lebih banyak buruk dari baiknya memviralkan kes rumahtangga. Ini pandangan sayalah. 

Apa yang saya hendak higlightkan di sini ialah bila berdepan dengan kecurangan, memang bagi yang dicurangi akan fikir macam-macam, mostly rasa marah yang teramat terhadap pasangan yang curang ini. Immediately rasa nak balas dendam, dan meluahkan kemarahan itu tanpa mahu menangguhkannya. tang-tang itu jugak kalau boleh disepak, diterajang, ditumbuk, dicekik nya si isteri/suami. Tidak sedikit kisah kecurangan berakhir dengan pembunuhan, apabila kemarahan meluap-luap hingga tidak terkawal. TAPI...

Tunggu dulu, pernah tak dengar ada orang pernah berkata: jangan buat keputusan/tindakan ketika terlalu marah/sedih/gembira?? Kerana dari segi sains pun, kognitif emosi sedang menguasai akal logik kita sehingga kita membuat keputusan tanpa pertimbangan rasional. Dalam erti kata lain, sangat mudah untuk kita membuat keputusan berdasarkan emosi ketika itu, sehingga keputusan itu mungkin memburukkan lagi keadaan. Alangkah baik, apabila kali pertama mendapat tahu kecurangan, janganlah terus memberi respons. Bertenang dulu. Kumpul kesabaran dan jangan memberi apa-apa reaksi. 

Pengalaman saya menunjukkan bahawa, kecurangan ini boleh berakhir dengan dua situasi:

1. berakhirnya perkahwinan

2. bertambah kuatnya perkahwinan

endingnya sangat dipengaruhi oleh tindakan dan fikiran kita dalam menghadapinya. 

pada saya, kecurangan adalah satu signal atau petanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena berlaku dalam perkahwinan. kita pastinya dengan mudah menyalahkan salah satu pihak, tapi, orang yang berfikir panjang, akan muhasabah dan merefleksi dirinya dengan pertanyaan: mengapa kecurangan boleh berlaku dalam perkahwinan aku? refleksi ini sangat kritikal kerana ia membuka jalan kepada mencari punca masalah dan jika takdir mengizinkan, untuk memperbaiki masalah tersebut dan menyelamatkan rumahtangga. 

ada jer pasangan yang menjadi lebih kukuh ikatan mereka selepas insiden kecurangan. ia membuka kepada komunikasi jujur antara dua pihak untuk mengenalpasti mengapa keadaan ini berlaku. tapi syaratnya ialah kedua-dua pihak sedar bahawa masing-masing menyumbang kepada keadaan yang berlaku sekarang dan masih sayangkan rumahtangga. jika masing-masing mengambil tanggungjawab, dan tidak menyalahkan satu pihak. 

kadang-kadang, berlaku keadaan di mana yang curang itu adalah mangsa dan yang dicurangi itu adalah pelaku. ha gitu! bagaimana boleh gitu, misalnya, suami kurang bagi perhatian, terlalu sibuk dengan kerja, tidak membantu menguruskan rumahtangga dan mengabaikan tanggungjawab, kasar dengan pasangan, mendera emosi pasangan, sehingga isteri kesunyian, menjadi tawar hati dan akhirnya hatinya terpaut kepada rakan sekerja yang lebih prihatin dan mengambil berat. curang itu memang salah! saya tidak membela mereka yang curang, tetapi kita tidak juga boleh melihat selapis dalam menilai sesuatu isu. kerana itu saya kata kena jujur untuk melihat masalah rumahtangga. kenapa boleh jadi curang tu? sebab tanggungjawab terabai ker, rasa keseorangan ke, sunyi dalam perkahwinan ke? atau sememangnya isteri/suami itu buaya jadian? kalau kita ada mindset menyalahkan, kita akan jadi ego dan enggan mengakui silap atau peranan kita dalam menyumbang kepada masalah rumahtangga yang dihadapi sekarang. dalam 10 kes, mungkin 2/3 disebabkan oleh kes buaya darat ni, but mostly kecurangan disebabkan oleh ketidakpuasan hati dalam perkahwinan yang tidak berjaya diselesaikan, samada keengganan untuk mengubah keadaan yang menimbulkan masalah atau tidak dibincangkan secara terbuka antara pasangan. masing-masing mendiamkan diri, memendam perasaan dan mengharapkan pasangan dapat baca fikiran masing-masing. dalam erti kata lain, sebenarnya masih ada ruang untuk mempertahankan perkahwinan jika kecurangan ini dilihat sebagai wake up call untuk kita post mortem apa yang tidak kena dalam perkahwinan. 

jika masih sayangkan rumahtangga, ada baiknya isu ini dibincangkan sebelum keputusan berpisah diambil. saya lihat ramai juga pasangan yang survived dari masalah kecurangan ini, dan mereka  mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik. ikatan perkahwinan menjadi lebih kuat setelah berjaya melepasi badai yang maha hebat. bonding itu akan up ke satu tahap yang lebih tinggi dan mendalam. 

jadi, kalau awal2 kita sudah mengamuk dan mengambil tindakan drastik, dikhuatiri, ruang dan peluang yang ada untuk kita pertahankan perkahwinan dan memperbaiki kelemahan masing-masing telah hilang begitu saja. bukan mudah untuk berbaik semula setelah terlalu banyak kerosakan yang dibuat pada awalnya. 

again, kedua-dua pihak kena sama-sama terbuka hati dan sanggup mengambil tindakan untuk berubah. isteri saja yang memaafkan tetapi suami enggan mengakhiri hubungan sulit hanya akan merumitkan keadaan dan menyukarkan perkahwinan untuk pulih. suami isteri perlu mempunyai hati yang besar untuk memaafkan dan memulihkan perkahwinan. kadang-kadang, mengungkit itu akan berlaku dari masa ke semasa. ia sepatutnya dielakkan, kerana boleh menjadi dendam, juga indikator belum sepenuhnya move on. 

memaafkan, mudah untuk dilafazkan tapi tak semudah itu untuk dilakukan. tapi dengan memaafkan kita memberi nafas baru kepada perkahwinan dan mungkin dengan memaafkan, kita lebih berlapang dada dan dapat menghadapi masa depan rumahtangga tanpa perlu menoleh dan merasa kesal berpanjangan terhadap apa yang pernah berlaku dulu. 


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...