Tuesday, May 26, 2020

Review Overnight Reset Oil in Serum (Immortelle Reset) dan Skin Oil Amande dari LOCCITANE

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua,

Lama dah tak review produk. Walaupun saya bukan influencer, jauh sekali dibayar untuk review, produk, sememangnya saya gemar jugak berkongsi pengalaman menggunakan sesetengah produk kecantikan muka dan badan yang saya sendiri berpengalaman memakainya. So, hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang produk baharu yang saya baru berjinak-jinak nak pakai. Bila sebut namanya, beauty junkies macam saya pastinya kenal brand ini - LOCCITANE. Nama gah, produknya ada reputasi yang bagus dan ada jugak yang mengkategorikan produk ini sebagai produk untuk golongan have-have. Have-have sebab harganya kot yang boleh tahan mahal. Honestly, saya tak pernah pakai produk ini selain dari hand lotionnyer sahaja. Thats it!! Tengok harga, saya teguk air liur sahaja and masih selesa dengan produk Bodyshop saya. Cuma baru-baru ini ada rezeki lebih untuk reward diri sendiri nak memanjakan diri dengan produk LOCCITANE ini. 

Sebelum tu,

Sedikit perkongsian jiwa berkenaan tentang belajar menerima keadaan yang tidak kita sukai. Dalam kehidupan ini, tidak semua perkara kita hendak atau suka kita akan dapat. Ada yang kita dapat, ada yang kita tak dapat. Kadang-kadang yang kita hendak sangat-sangat kita tak dapat, yang kita tak suka itu pulak yang kita perolehi. Macam PKP inilah, saya pasti setiap dari kita ada struggle masing-masing. Ada yang hilang kerja, bisnes bermasalah, konflik keluarga, stres duduk rumah, kena hadap norma baharu yang begitu asing, kena adapt situasi baharu. Ini bukan perkara mudah. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai pemikiran yang positif untuk melihat sisi baik dari keadaan yang tidak menyenangkan hati kita. Setiap kesulitan, sama seperti kesenangan, bersifat sementara. Jika sedang bersenang lenang oleh nikmat kehidupan, banyakkan bersyukur pada Allah kerana kita orang terpilih saat orang lain mungkin struggle untuk meneruskan kehidupan seharian. Banyakkan juga bersedekah walaupun sedikit, sebagai tanda kesyukuran. Bahagian rezeki kita mungkin sebahagiannya untuk yang memerlukan. Bila ditimpa musibah pula, kenalah kita banyakkan bersabar. Jangan mudah putus asa dan lemah semangat. tanamkan dalam diri pengharapan, bahawa kesulitan ini pasti ada jalan keluar dan akan berakhir. Kita mungkin tak dapat mengawal semua kejadian yang berlaku di sekeliling kita, tapi kita sentiasa boleh mengawal emosi dan cara kita melihat sesuatu. Maka usahalah dan latih diri melihat setiap kesulitan dengan pandangan dan harapan positif. 

Okay done sharing :-) 

Back to main topic,

Actually yang memotivasikan saya untuk beli 2 produk LOCCITANE ini ialah kerana membaca reviews yang sangatlah positif tentang best seller serum mereka iaitu Immortelle Reset - Overnight Reset Oil in Serum. Selalu jugaklah review produk ni lalu kat socmed saya. Kebetulan pulak, bila PKP ini kita tak boleh bershopping seperti biasa, makanya 2 serum Kiehls saya telah kehabisan. Maka masa untuk membeli yang baru (dan alasan untuk mencuba yang baru jugak hehe). Saya pun beranggapan, eh tak salah cuba serum Loccitane nih. Pastu digoda pulak oleh reviews yang rata-ratanya positif. Tapi mostly produk wajah saya masih Kiehls lagi. Cuma saya mix and match jugak dengan produk Clinique yang masih lagi bersisa. Kadang-kadang saya bersiap di bawah, kadang-kadang di atas. Rasa tak convenient nak angkut pencuci muka atas bawah setiap kali mandi. So saya letak pencuci muka, toner dan pelembab muka clinique di bawah. Kat atas saya pakai Kiehls. Gitew. 

So saya pun menetapkan misi untuk membeli serum tersebut. Pergi shopping time PKP ni memang leceh sikit sebab nak kena log in data dan ambik suhu badan. So saya takdelah masa nak window shopping bagai. Lagipun saya ditemani Muaz dan suami. Mereka tunggu dalam kereta, so saya fokus siap-siap apa nak beli, kedai mana nak pergi. So within 1 hour misi shopping ini selesai. 

Immortelle Reset (RM269)

Cadangan awal nak beli Immortelle Reset and Immortelle Divine Youth Oil sekali tapi salesgirl yang melayan saya bagi tau, first time nak cuba better ambil Immortelle Reset dulu and lihat kesannya. Immortelle Reset ni adalah pre serum sebelum serum sebenar digunakan. Tapi katanya boleh stand alone juga. And Immortelle Reset memang paling ramai beli katanya. So aku pun terpengaruh dengan bisikan itu. Haha. Fikir-fikir logik jugak. Sebab kan tetiba tak rasi, manalah tau sayalah yang 10% yang tak dapat apa-apa kesan magik serum ini kan rugi. Lagi pun ini pre serum, kat rumah ada 3 serum Kiehls berbeza, so why wasting?? Bukan dapat tepek semua pun. Muka kita boleh terima 3 serum sekali pakai, ini yang salesgirl Kiehls pernah bagi tahu saya. 

Gambar ni tangkap guna Iphone Pro -sajer cuba potrait mode. Rugi pulak tak cuba :-)


Mulanya nak beli serum sahaja, oleh sebab tak jadi beli satu lagi serum tadi tu, maka saya pun mencari-cari produk untuk badan, memandangkan lotion butter yang saya pakai sepanjang pregnant ini dah habis. Saya baca review baik juga mengenai supple skin oil Loccitane ini so saya fikir bolehlah try. Harga dalam RM198 kalau tak silap. Gulp! Mahal juga jika dibandingkan dengan lotion saya yang dah habis tu. Tapi tulah godaan shaiton!!! So hasil pembelian itu maka saya terus register jadi member and dapat pulak body beauty kit mereka berserta beg comel dua warna seperti gambar di atas.

Kotak kosong ajer nih. Botolnyer seperti gambar yang pertama


Baru pakai beberapa hari guys, so apa yang saya boleh bagi tau ialah serum ini memang tak sticky langsung, macam air jer and terus meresap baik ke kulit wajah kita. So, walaupun namanya ada oil, tapi tak oily langsung. Dulu mungkin saya mengelak produk oil based sebab zaman muda dulu kulit berminyak jerawat banyak. Now dah aging ni kulit berubah jadi kering, so saya berjinak-jinak menggunakan produk muka yang boleh memberi hidrasi dan kelembapan yang diperlukan. Serum Loccitane ni setakat ini harmoni dengan serum Kiehls saya guna. So kiranya kalau anda cuba serum ini, jangan pulak beranggapan kena buang semua produk anda sedia ada and tukar satu set produk Loccitane. Tidak salah untuk kita gabungkan produk-produk yang berkesan untuk kita gunakan bersama. Ramai ajer yang melakukan perkara yang sama. Kalau dah beberapa bulan pakai nanti saya update lagi bagaimana kesan menggunakan serum yang digilai ramai ini. So, far bagi kulit sensitif macam saya, produk yang tidak menimbulkan sebarang reaksi alahan adalah sesuatu yang cukup baik!

Bagi supple skin oil ni, saya kira ini juga pembelian yang berbaloi! Bau dia sangat sedap, long lasting macam saya ni pakai perfume atau lotion wangi pulak. Bau dia buttery, macam almond punya bau but subtle yet you boleh perasan, bukan bau kuat yang annoying tau. Bau dia rasa macam terapi, warm and menenangkan. And memang kali pertama sapu satu badan, terasa lembutnya kulit ku!! So dapat ku bayangkan nanti berpantang dengan bau-bau seperti ini. Salah satu cara yang berbaloi untuk memanjakan diri anda. Kalau ada rezeki bolehlah beli shower oil and lotionnya pulak. Till then, just happy gabung and pakai bersama dengan lotion lain yang masih ada. 

Produk Loccitane ni saya nampak tak sebanyak produk Kiehls, jadi takdelah berpinar bijik mata nak beli semua. Tapi saya kira, produk ini wajar diberi perhatian especially produk untuk badan. Serum Loccitane setakat ini yang paling menonjol berbanding produk wajah mereka yang lain. Loccitane lebih terkenal kerana produk untuk badan. Bagi yang masih mencari-cari serum dan body oil yang berbaloi, Loccitane produk yang saya highlightkan ini patut menjadi produk yang perlu dicuba. Kalau rajin, pergi sendiri ke butik terhampir dan minta sampel. Jangan jadi macam saya, bukan jenis sabar nak cuba sample cenonet tu dan terus ambik risiko beli saja. 

Selamat berhari raya!!


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...