Saturday, May 20, 2017

Sesal Berpanjangan - Hamil Luar Nikah



Salam hujung minggu,

Now agak kerap membaca luahan hati 'anonymous' dari individu-individu baik dalam KRT dan Info Ibu Hamil tentang isu-isu berkaitan hamil luar nikah. First of all, nauzubillah. Mohon kita semua dijauhi daripada ujian sebegini. Saya pun tak tahulah, nak condemn lebih-lebih tak berani, setiap kita diuji berbeza-beza. Mulia sangat kah untuk mengutuk ujian orang lain dalam hidupnya? Perjalanan kehidupan sendiri pun belum pasti bagaimana. Tapi, apa yg saya nak tekankan di sini bukanlah hendak mencari siapa patut disalahkan atau bagaimana pendosa-pendosa ini patut mendapat balasan mereka (kita semua pendosa), cuma saya nak kongsi berdasarkan apa yang saya baca, kes yang pernah saya handle dan juga kes-kes pelajar praktikum saya tentang isu ini, moga kita sama-sama mengambil pengajaran darinya. 

Kebanyakan wanita yang hamil luar nikah ini dihimpit rasa bersalah berpanjangan, tidak kira yang selamat melahirkan dan menyerahkan bayi mereka kepada orang lain, mahupun yang berjaya menggugurkan kandungan. Kedua-duanya ini menyebabkan rasa bersalah kepada wanita. Kenapa? Mungkin naluri seorang wanita yang penuh sifat keibuan, atau kejadian fitrah itu sendiri, bilamana kita mengandungkan insan lain dalam perut ini, kita rasa kasih dan sayang kepadanya. Bayi ini telah bersama-sama kita selama 9 bulan di dalam perut, berkongsi segalanya, susah payah, segalanya dikongsi, teman kita yang paling rapat, lebih rapat dari suami sendiri, yang berkongsi badan dengan kita walaupun sekejap. 

Pernah ada kes pelajar kolej ini, telah menggugurkan kandungannya kerana tidak mahu berhadapan dengan pelbagai kesulitan mengandungkan anak luar nikah, itu pun setelah digesa oleh teman lelakinya. Apa terjadi selepas itu ialah, dia selamat menggugurkan kandungan itu tapi terusan dihimpit rasa bersalah dan berdosa atas perbuatannya. Dia terasa seperti membunuh seorang manusia lain, hak bayi tersebut untuk hidup. Dia mengalami kemurungan sesudahnya. Dia tidak dapat melupakan perbuatannya menggugurkan kandungan itu. 



Kes kedua, melibatkan pelajar kolej juga, dia bernasib baik sedikit kerana tidak menggugurkan kandungan, menemui tempat perlindungan untuk membesarkan bayi sehingga cukup bulan melahirkan. Namun, atas sebab tidak berkahwin, mengandung tanpa pengetahuan ahli keluarga, maka dia mengambil keputusan menyerahkan anak itu kepada orang lain. Malangnya, keluarga angkat bayinya tidak mahu si ibu mempunyai apa-apa perkaitan sesudah anak itu diserahkan kepada mereka. Segala bentuk hubungan disekat dan mereka 'melarikan diri' bersama anak tersebut. Dalam erti kata lain, tidak mahu ada apa-apa pertalian or hubungan dengan perempuan ini/ibu kandung bayi tersebut. Saya melihat sendiri, kesedihannya ketika berpantang. Sempat hanya beberapa jam bersama bayi sebelum bayi itu diambil dan diserahkan kepada keluarga angkat. Dia sempat menyusukan bayi itu sebentar  saja. Bilamana pelajar ini mengalami bengkak susu, dia menangis. Menangis kerana mengenangkan keadaan bayinya, dia tahu bayinya sedang dahagakan susu badannya. Boleh bayangkan tak? Dahlah bengkak susu, berpantang orang jaga, bersendirian, bayi pula tiada di sisi. Malah, dia dipinggirkan secara total, khabar bayinya pun tidak diketahui, sihat kah? sakit kah? Suara pun tak dengar, apatah lagi sekeping gambar?? Ada sesalan dalam dirinya kerana menyerahkan bayi kepada orang lain. Dia telah jatuh cinta dan kasih kepada bayi tersebut.

Ini hanya satu dua sahaja cerita hamil luar nikah. Saya kira ada banyak lagi wanita di luar sana menghadapi pelbagai kesan psikologikal akibat hamil luar nikah. Saya tersentuh terbaca thread di Info Ibu Hamil tentang wanita ini yang mengandungkan anak luar nikah kali kedua. Kali pertama, dia berjaya gugurkan, tapi hamil kedua dia bertekad untuk meneruskan kandungan, namun bayinya keguguran minggu ke 16, persis baby Daffa saya yang keguguran pada minggu ke 17. Sedihnya ialah, dia serahkan bulat-bulat jasad janin itu kepada pihak hospital dan pihak hospital masukkan ke dalam balang. Mungkin bagi tujuan penyelidikan atau apa tak pasti. Sedangkan doctor telah menyarankan dia untuk kebumikan bayi itu selayaknya seorang manusia kerana telah lengkap sempurna sifatnya. Namun dia menolak sebelum bertukar fikiran. Sedih saya baca. Terbayang baby Daffa dulu. Dia tetap anak kita, selayaknya diuruskan sebaik mungkin, diberi nama yg baik-baik, dimandikan, dikapankan dan dikebumikan. Tapi bayi itu tidak bernasib baik. Kerana wanita tersebut menghadapi masalah ini bersendirian, teman lelaki tidak pula disebut. Mungkin tidak mahu ambil kisah atau menghilangkan diri. 



Moral of the story: Tiada yang baik terjelma dari perbuatan ini. Kesannya berantaian dari satu perkara ke perkara yang lain. Nauzubillah. Moga ada kesempatan bertaubat, buka buku baru dan jalani hidup dengan lebih baik dalam redhaNya. Kadang-kadang diuji Allah sedemikian rupa agar kita kembali ke pangkal jalan. JIka dibiarkan, mungkin selamanya hidup dalam dosa-dosa besar. Elakkanlah wahai wanita-wanita semua, baik yang single mahupun yang telah berumahtangga. Sesalnya itu boleh dibawa ke mati. Fikirlah akibatnya,  kesedapan sebentar, kesannya seperti menjalani hukuman sepanjang hayat. Tercabut ketenangan hati, diganti oleh rasa bersalah berpanjangan, mampukah kita hidup selamanya dalam keadaan tersebut? Moga Allah melindungi kita semua. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...