Wednesday, May 10, 2017

Clinique product review - Moisture Surge™ Hydrating Supercharged Concentrate



Wah sampai 2 thread ari nih. Huhu. Lama tak review produk kan? Saya nak review satu produk Clinique baru yang saya telah cuba sampelnyer baru-baru ini iaitu Moisture Surge Hydrating Supercharge Concentrate. Wah, panjang tak nama? Tipikal clinique product! Tak sah kalau nama tak panjang and sangatlah KBAT tinggi! Tak tercapai akal. Hihi.

Baru-baru ni di IOI pergi beli produk Clinique saya yang kehabisan stok di rumah. Biasalah, bila dah beli Clinique produk mesti mintak sampelnyer yang comel2, yg boleh bawak travel kan. So, saya dapatlah sample untuk satu produk moisture baru yang dinamakan moisture surge hydrating sueprcharge concentrate. Sebelum ni saya memang pakai clinique moisture surge extended thirst relief - one of best seller products clinique untuk hdyration. Dah pakai lama dan memang best. Tapi sampel baru ni adalah range moisture surge yg terbaru. So okaylah cuba.

Dah seminggu pakai, apa yg saya dapat katakan ialah memang best. Ia mengatakan apa yang dijanjikan iaitu hydration 24 hours. Mmg texturenyer lebih light berbanding yang saya pakai, lebih mudah menyerap ke kulit, lebih sejuk dan lebih murah. Tak risau kulit muka berminyak. Sejuk jer terasa. Haha, harganya sebotol RM150 berbanding extended thirst relief yang berharga RM174.00.

So saya cadang nak try ini pulak nanti bila extended thirst relief saya habis. Takder allergic reactions pun pakai, dan bagusnya moisture surge ni ialah ia sesuai untuk semua jenis kulit. Produk Clinique setakat ini jarang yg mengecewakan saya. Sebagai seorang yang sensitif dengan produk penjagaan muka, produk Clinique ternyata tidak menghampakan. Sesiapa yg sedang mencari produk pelembap untuk melembapkan kulit muka, boleh try ini. Boleh dipakai sebelum make up atau selepas make up. 

Saya baca reviews produk ini pun memang terbaik 4.8/5 orang bagi. So worth trying. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...