Friday, October 21, 2016

Marah yang merugikan


Minggu ini banyak pulak cerita-cerita sensasi di suratkhabar. Panjang juga list kalau rajin nak senaraikan tapi saya nak highlightkan isu kematian seorang lelaki di Terengganu akibat ditikam dengan pisau oleh teman lelaki adik perempuannya. Ditikam akibat pertelingkahan kerana arwah tidak berpuas hati dan mengesyaki bakal adik iparnya itu sebenarnya telah beristeri namun mengaku bujang. Banyak aspeklah yang boleh dikomen sebenarnya, tapi saya nak highlightkan satu jer:

Marah sebentar cuma, tapi kesannya seumur hidup.
Inilah pengajaran untuk kita bersama. Padah apabila menurut kehendak hati. Mungkin akibat kemarahan tidak terkawal, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini, yang membawa kematian. Alangkah baiknya, ketika sedang marah membuak-buak itu, kita tidak melakukan apa jua yang terlintas oleh gerak hati. Dalam kajian psikologi pun, menunjukkan ketika dalam keadaan marah, otak yang bertanggungjawab kepada aspek emosi dulu yang akan terangsang, hanya beberapa ketika barulah otak akal logik mula dirangsang. Pendek kata, emosi>akal rasional. Sebab itulah Rasulullah saw berpesan:

Apabila engkau marah, lakukan beberapa perkara: apabila sedang berdiri engkau duduk, apabila duduk engkau baring. Jika masih juga amarah berterusan, maka ambillah wudhuk.
Apabila kita terus berespons saat kita menerima perkara yang kita tidak suka, kita tanpa sedar sedang masuk dalam zon bahaya iaitu zon beremosi. Kerana itu ada baiknya kita amalkan ajaran nabi kita atau yang biasa orang bagi tips - time out!!! Kita sebenarnya sedang memberi laluan otak yang sedang beremosi itu masa sebelum akal lebih jernih dan rasional mengambil tempat. Semalam di berita dikhabarkan suspek bunuh itu telah pun berjaya ditangkap, ketika sedang keluar dari persembunyian. Dikatakan selepas melarikan diri, dia merempat merata-rata tempat, mungkin tanpa makan minum. Ditemui dalam keadaan tidak bermaya. Barangkali mungkin ada penyesalan juga dihatinya, kalaulah dia bersabar dan tidak menurut kata hati. Nak kata itulah cinta hati sangat, dah ada isteri dan anak. Tak berbaloi-tak berbaloi. 

Saya ada juga terbaca orang screenshot statement arwah beberapa hari sebelum kejadian, mencari isteri kepada suspek ini untuk tampil membantu isu adik perempuannya. Dalam kata-katanya itu, dia macam ditipu suspek yang mengaku bujang sedangkan arwah ini memang tahu suspek sebenarnya telah berkahwin dan dah tahu pun nama isteri suspek. Cuma, masalah besar arwah ialah adik perempuannya tidak mempercayai kata-kata arwah. Ini pun masalah jugak, bila cinta menguasai, maka butalah mata hati. Tapi kalau dah lama bercinta, secara logiknya takkanlah tak perasan apa-apa kot. Apakah telah dimendrem dengan kata-kata manis sehingga sukar membezakan yang benar dan yang dusta. And guys, tolonglah. Jika benar-benar ikhlas, tolong terus terang. Apa yang kita dapat dengan kebohongan?? Bila ketahuan, itu lebih parah kesannya. Dalam kes ini, berakhir dengan kematian. Berbaloikah cinta tersebut jika akhirnya menyebabkan kita masuk penjara sebagai penjenayah? Tak dapat jugak akhirnya untuk bersama. Inilah ibaratanya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Akhirnya daripada ada segala-gala (isteri, anak, kehidupan bebas merdeka, bekerja, dll), kepada tiada apa-apa. Kalaulah, dia tidak menurut kehendak hati ketika itu, bersabar sebentar, mungkin lain kesudahannya. Mungkin lebih baik. 

Cantiknya sabar. Sabar dalam banyak keadaan adalah penyelamat keadaan. Sabar yang sedikit tetapi banyak hikmahnya. 



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...