Posted on Sunday, July 28, 2013

Taman Zenia Semenyih 5-10 tahun akan datang


Semalam, godek2 internet and carik maklumat pasal Tropicana Kajang. Sebab sejak kebelakangan ini, saya tengok rancak betul pembangunan di kawasan yang dulunya tempat Kajang Golf Club tu. Situ kan jalan short cut untuk ke Taman Zenia. Daripada internet lah saya dapat tau Golf Club tu dah dibeli oleh Dijaya, salah satu company besar dan kukuh dalam pembangunan kawasan tempat tinggal/perniagaan ini. Nampaknya cakap2 yang padang Golf itu telah dibeli rupanya satu kenyataan. Memang dah mulapun kerja2 meratakan tanah2 dan dah berdiripun apa yang saya percaya rumah contoh. Tengok forum di internet katanya rumah itu nanti jauh lebih mahal daripada Nadayu92 dan Kajang 2. Teguk air liur jerlah. Tapi takper, janji ada rumah selesa berteduh, itu semua dunia jer (ayat penyedap hati). 

Selain kerje meratakan tanah di Kajang Golf Club itu, saya juga perasan ada beberapa kawasan sepanjang jalan short cut itu juga telah diratakan jalannya, iaitu sebelum Nadayu 92, kawasan kondo tinggal tu. Opps, daripada internet juga saya dapat tahu now projek kondo yang terbelangkalai tahun 2002 tu dah ader developer baru dan kerje2 mengecat dan membaiki bangunan itu pun saya nampak tempoh hari. Alhamdulillah dan syukur kepada mereka yang menanti rumah itu siap sekian lamanya. Moga kali ini benar2 siap dan anda semua dapat tinggal disitu. Tapi kena halau dulu semua 'makhluk2' yang dah lama menghuni kat situ. Hehe..sajer nak ngusik seram sikit. 

Daripada internet jugak (internet lagi), saya tertengok satu gambar forumner tentang development plan bagi kawasan jalan reko dan kawasan2 sebelah semenyih Nadayu 92 dan ke atas itu termasuk Tropicana Kajang. Ada orang komplen kata, kawasan sebelah Nadayu 92, Kajang dan Tropicana Kajang dan Zenia itu nanti akan mengalami bottleneck sebab jalan yang sedia ada sangatlah 'daif' keadaannya dan tidak cukup lebar menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Sebab tu ader sorang forumner kata, sebenarnya memang ada plan utk meningkatkan infrastruktur kawasan tersebut memandangkan semakin banyak projek perumahan baru bakal dan sedang dibina disitu. Tropicana Kajang tu, bakal menjadi penempatan high end, so aper kelas jalan sempit. Saya berpandangan, tidak mungkin bagi developer yang gah dan rumahnya yang juga mahal mendirikan projeknya tanpa memikirkan aspek ini. Sememangnya orang tahu jalan Reko itu memangnyerlah jemm selalu during pick hours. Saya yang bekerja di UKM mungkin tak kisah jem sekejap tapi yang kerja jauh dari itu mungkin kisah. 

Berbalik pada gambar tu tadi, ia konsisten dengan beberapa cerita yang saya dengar dari penduduk setempat dan juga developer. Memanglah cakap2 developer tak boleh dengar 100% tapi will see how it goes. Misalnya, saya dah pernah gi MKH developer and tengok plan pembangunan mereka. Memang ada flyover dan pembangunan yang lebih besar di sebelah kawasan semenyih itu nanti, ada sekolah antarabangsa dan sekolah cina. Even Kajang 2 tu, masa saya gi tengok rumah contoh, ada satu roundabout besar yang tak tahu mana penghujungnya, sebab selain Kajang 2 tu takder pembangunan lain sekitarnya..now it makes sense bila tengok gambar di atas  yang menunjukkan roundabout and flyover tu. Maybe itu mungkin akan benar2 berlaku sedikit masa lagi. So bagi yang duduk sekitar Taman Harmoni, Kajang 2, Nadayu 92 dan Tropicana Kajang nanti ader jalan alternatif selain tunnel itu. Sekarang pun jalan Reko sedang melalui proses pembesaran jalan terutamanya dari arah Bangi lama dan hadapan UKM. 

Taman Zenia ini memang mukim Semenyih tapi apa yang menjadikannya lokasi strategik ialah dia benar2 dekat dengan Bangi iaitu sebelah sahaja jadi dapat menghindari jem di Semenyih yang sememangnya semua orang tahu dan bandar Kajang. Ia dihubungkan terus ke Jalan Reko menjadikannya sangat dekat. Saya menjangkakan (jangkaan sahaja yer), kawasan Taman Harmoni dan Nadayu 92, Kajang 2 dan Tropicana Kajang akan membangun dengan pesat sedikit masa lagi dan ini menjadikan rumah2 sekitar kawasan ini menjadi lebih mahal. Dikhabarkan juga MRT hentian terakhir dirancang di hadapan Hentian Kajang. Ini pun saya tengok semasa melawat ofis MKH. Sekiranya berlaku seperti dirancang, maka ia memang kawasan yang sibuk nanti (dont know if i like this or not). 

Juga, sbb selalu gi Alamanda, saya perasan ada pembinaan bangunan besar2 sedang rancak di kawasan IOI resort de palma tu. Masa godek2 maklumat, rupernya itu nanti jadi shopping mall yang sama besarnya dengan Midvalley Megamall. Wow, berita baik untuk saya. Now tak perlulah nak gi jauh2 kat KL tu. Harga kondo and rumah kat Putrajaya dan radius sekitarnya sudah pasti akan mahal mencanak2 lagi selepas ini. Megamall itu nanti mensasarkan penduduk Putrajaya, Bangi, Kajang malah sehingga Seremban. Dijangka siap 2014. 

Dulu dengar2 saja khabar angin, but now, saya tengok sememangnya projek2 baru yang dikatakan dulu telahpun berlaku. Taman Zenia pastinya tidak sama sekarang dengan 5-10 tahun akan datang. 
Read More

0 Responses to Taman Zenia Semenyih 5-10 tahun akan datang