Posted on Sunday, July 28, 2013

Beban hutang..dan materialisme

Beban hutang isi rumah rakyat Malaysia meningkat

KUALA LUMPUR 27 Julai - Malaysia antara negara yang berhadapan dengan masalah hutang isi rumah yang meningkat berikutan sikap berbelanja rakyat negara ini yang tidak terkawal, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
"Hutang isi rumah negara kita adalah tinggi berbanding negara jiran yang berhampiran. Ini kerana ramai pengguna yang berhutang dengan membuat pelbagai pinjaman antaranya pinjaman kad kredit, hutang peribadi dan sebagainya.
"Sebagai contoh hutang peribadi yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang menjadi boros dalam berbelanja serta berbelanja melebihi batasan kemampuan pendapatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Tamu Yok Sahur Ramadan dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim kali keenam di perkarangan Jalan Masjid India, di sini, awal hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pengguna yang berbelanja berlebihan di bulan Ramadan sehingga menyebabkan pembaziran dan masalah hutang.
Ahmad berkata berbelanja itu baik untuk ekonomi peniaga dan negara, tetapi perbelanjaan yang berlebihan tidak elok untuk semua pihak terutama kepada pengguna itu sendiri.
Katanya cara untuk mengelakkannya adalah berbelanja mengikut kemampuan pendapatan dan berjimat-cermat.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya dan makanan kepada 80 orang anak yatim sekitar Lembah Klang.
Majlis anjuran Astro dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu murai.com.my diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia).
Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Srikandi Malaysia, Norashikin Abdul Ghani disertai beberapa artis antaranya pelakon Sazzy Falak dan penyanyi Awi Rafael. - BERNAMA




© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saya pernah ulas pasal ramai golongan muda muflis dalam blog ini. Agak lama gak dah, now dan 'bising' balik pasal beban hutang isi rumah yang semakin meningkat dan berada pada tahap kritikal. Susah nak komen lebih2 sbb bergantung kepada kenyataan dalam akhbar yang mungkin tak laporkan secara lebih terperinci. Nak jugak tahu, agaknya tang mananyer isi rumah nie banyak berbelanja?? Kemana duit setiap bulan pendapatan yang dapat tu digunakan dalam berbelanja???

Tapi kalu ikut laporan akhbar, banyaknyer utk tujuan peribadi. Misalnya kad kredit, dan peribadi (maybe hutang belanja kawin (ramai ya berhutang utk majlis kahwin - this is a fact), renovate rumah, deposit kereta mahal barangkali? baju mahal?? ehehe). Iyer, memang tidak dinafikan memang mungkin kelemahan dalam pengurusan kewangan juga menyebabkan beban isi rumah bertambah, sbb berbelanja perkara yang tidak perlu, lebih kepada kehendak daripada keperluan. TETAPI, kita juga tidak boleh menafikan bahawa kos hidup yang semakin tinggi ini juga mendorong orang utk lebih berhutang. Iyerlah, misalnya harga rumah yang melambung2 tak hingat dunia, takyah tengok jauh, pi cuci mata tengok rumah baru kat bangi ni, nak nangis tergolek2 tengok harga rumah. tergolek2 sebab tak mampu nak beli..kalu dah starting price pun dah RM600-700k, setakat gomen staff ni alahai..alahai sajerlah...T_T Tu belum lagi harga kereta, dengan hutang sampai 7-9 tahun. And barang keperluan dapur yang semakin mahal, kos jagaan anak yang semakin tinggi, upah maid semakin naik..mahu taknyer beban hutang TINGGI! Memang logiklah.

Tapi selain nak kerajaan berusaha mengengkang kenaikan barang dan segala benda ni semua, diri sendiri juga perlu berjuang untuk mengawal kewangan diri. Mungkin telah tiba waktunya menstrukturkan semula perbelanjaan rumahtangga. Sebenarnya kalau dilistkan, ada banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan belanja rumahtangga. Tinggal soal anda mahu berubah atau tidak. 

Cakap pasal beban hutang ni kita tak dapat lari dari persoalan materialisme. Dalam dunia penuh dengan kapitalis dan kemodenan ni, kita disogok dengan pelbagai pengaruh dari media massa, selebriti malah didikan ibubapa sendiri akan nilai materialistik itu sendiri. Betul tak? Contohnya: ibu bapa sering kali mengucapkan begini:

'nak-nak, belajar rajin-rajin, pandai-pandai, tinggi-tinggi..nanti bila cemerlang boleh dapat kerja bagus'. familiar kan? Jarang dah yang menekankan belajar rajin2 utk menjadi insan yang kamil dan lebih berilmu. Itu semua ada unsur2 materialistik yang mungkin kita sendiri tak menyedari. masyarakat kita disogokkan dengan nilai bahawa lagi banyak harta ko kumpul, lagi mewah kete ko pakai, lagi masyuk keje ko, itulah kejayaan. Itulah yang dijulang sebagai insan berjaya. Jadi, tak boleh nak salahkan generasi sekarang jika melihat materilistik itu sebagai matlamat kehidupan mereka. Akibatnya, ada yang mencapainya dengan cara baik tak kurang jugak, cara jahat seperti menjual diri sendiri, makan rasuah, dan tak kurang berhutang. 

Saya kira besar cabaran hidup zaman sekarang. Kita hidup dalam ekspektasi orang. Orang dah ader pandangan stereotaip pada identiti kita. Sebab tu juga orang kita ni taksub dengan gelaran dan kuasa, sebab semuanya ada perkaitan langsung dengan dunia materialistik masa kini. Kahwin anak Dato lebih gah dari kahwin anak imam/ulama. Rasa lebih prestij dan elit. Satu kebanggaan pulak. Saya tak cakap Dato atau gelaran2 itu tak baik, cuma kadang2 orang mempunyai interpretasi kurang tepat sehingga ia mencetuskan masalah lain. Berapa ramai yang sanggup mendepani cabaran dan menjalani kehidupan zuhud? Yang mampu melihat kehidupan lebih sekadar berapa banyak harta benda yang kita kumpul? Yang mampu menilai ilmu dan iman itu jauh lebih penting dari material dunia? Nak mengamalkan hidup sederhana pun cabaran apatah lagi kehidupan zuhud. Orang nampak kita pelik, lain, dan bermasalah. 

Untuk mengharungi dunia serba memandang material ini, iman kena kuat. Kuat kat sini termasuk mampu menepis jangkaan orang terhadap kita dan yakin dengan pilihan kita buat biarpun orang tak setuju dan tak suka pilihan dan gaya hidup kita. Tanpanya saya rasa mudah sangat utk kita terikut2. itu yang menyebabkan hati kita jadi sakit. Jiwa kita sakit. Hidup bersederhana sesungguhnya di zaman ini satu cabaran. Tapi kesederhanaan itu sebaik2 kehidupan. Pakai makan apa yang perlu. Setakat yang mampu. Siapa mampu? 
Read More

0 Responses to Beban hutang..dan materialisme