Posted on Wednesday, March 13, 2013

Tragedi Lahad Datu

Malaysia Tanah Airku
Kesibukan menghadkan peluang saya untuk memblog di alam maya, tapi saya sentiasa membaca blog2 untuk mengetahui perkembangan terkini. Lebih-lebih lagi insiden pencerobohan Lahad Datu. Saya tak mau ulas banyak sangat bagaimana pasukan keselamatan kita terkorban, cuma saya ada buat entry yang terkorban baru2 ini.

Sebabnya...

Saya tak sampai hati, lebih-lebih lagi bilamana mengetahui mayat pasukan keselamatan kita disayat2, dirobek-robek, dikorek-korek bijik mata, disembelih...masya allah, tak tau apakah ketika mereka masih hidup atau nyawa2 ikan. Sukar untuk saya menghadam maklumat ini dalam fikiran saya, kerana saya akan tertanya-tanya, apakah tiada secebis rasa persaudaraan Islam di dalam hati mereka yang melakukan kekejaman ini? Sudahlah datang membuat kacau, diseksanya jasad mereka yang tidak berdaya itu. 

Saya memang bersetuju apabila PM Najib tidak berlembut dengan gencatan senjata itu kerana mereka tidak layak pun diberikan peluang itu. Cukuplah rundingan demi rundingan sejak sebulan yang lalu, kini masa telah tiba, mereka harus diperangi dengan segala kemampuan yang ada. 

Saya juga sedih, di saat genting ini, kita sesama Melayu saling bertikam lidah dan bersengketa. Di mana kesepaduan kita? Apakah bila segalanya sudah terlambat??? Menangis pun tiada guna. Lupakan taksub politik masing-masing, bersatulah hati untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. 

Saya sebelum ini tidak begitu kisah tentang undi pilihanraya, tapi kali ini saya 'AMAT BERKIRA', saya takkan meletakkan masa depan negara dalam keadaan huru hara dan ketidakstabilan. Walaupun dengan satu undi sendiri, saya mahu membuat 'statement' bahawa masih ramai mahukan keamanan. Nilai sentimen kali ini adalah berlainan, kerana nilai dan tujuan undi itu bukan kerana sentimen kepartian, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu keamanan.

Saya fikir rakan-rakan lain merasakan perkara yang sama, ini yg saya dapat lihat dan rasakan. Termasuklah rakan-rakan di Sabah. Undi kali ini bukan about favouritsm tetapi undi adalah untuk keamanan dan kesejahteraan, bukan menambah lagi kekalutan yg ada. 

Moga, perasaan 'ketakutan' yang kita rasai kini di Lahad Datu memberi kita kesedaran bahawa keamanan itu sangat mahal harganya dan ia bukan mutlak milik kita. Janganlah kita lalai sehingga generasi akan datang menderita kerana pendirian kita yang salah.
Read More

0 Responses to Tragedi Lahad Datu