Posted on Tuesday, March 26, 2013

Sesat dalam terang...



Kabur pandanganku..


Kadang-kadang kita memang memerlukan perspektif segar untuk melihat sesuatu. Apabila kita menghadapi masalah dan kecelaruan, fikiran dan tindakan mungkin mengalami kekeliruan, kita ingat dah lurus dah jalan, rupanya semakin kesesatan!!

Dalam keadaan beginilah pentingnya hadir seseorang yang memberikan perspektif yang baru pada kita, barangkali dirinya yang tidak terlibat dalam kemelut tersebut, menjadikannya mampu melihat kecelaruan yang kita alami dengan lebih jelas, lebih jelas daripada kita sendiri. Itulah yang baru berlaku sekejap tadi. Terima kasih kepada Prof. Saucier dari University Oregon US atas komen beliau terhadap program-program dan hala tuju pusat kami. 

Ada beberapa komen beliau yang saya rasa amat bermakna untuk direnungi bersama:
  • Sebuah universiti penyelidikan perlu menjiwai semangat penyelidikan itu. Akan timbul masalah apabila acuannya sebuah universiti penyelidikan tetapi isinya masih seperti universiti sebelum penyelidikan. Misalnya, pensyarah terus-terusan terbeban dengan beban kerja pentadbiran dan pengajaran yang banyak sehingga pensyarah itu menghadapi kesukaran memfokus kepada penyelidikan. Pensyarah menjadi jawatankuasa itu dan ini sehingga tumpuan dan masa mereka terganggu oleh tanggungjawab jawatankuasa yang tak berkesudahan. Kata beliau, masalah boleh diatasi dengan mengambil lebih banyak staff bukan akademik berkelayakan dan berkemampuan untuk mengambilalih tugas pentadbiran. 
  • Tidak menjadi satu amalan di US untuk memberikan kuota penerbitan jurnal untuk pensyarah mereka. Ia tertakluk kepada kemahuan masing-masing. Ia boleh jadi 1 tahun ini, boleh jadi 3 tahun depan, boleh jadi 6 tahun yang lain, boleh jadi 30 tahun berikutnya. Meletakkan kuota ke atas penerbitan jurnal terutamanya berimpak tinggi dilihat agak tidak realistik. Jika berdasarkan kuantiti, maka sudah pasti terdapat bidang ilmu tertentu berada dalam kedudukan berkelebihan berbanding bidang lain yang mungkin proses penghasilan jurnal mereka adalah lebih sukar. Yang paling penting ialah citationnya. Dan citation tidak boleh dikira pada kadar segera kerana ia mengambil masa beberapa tahun. 
  • ISI jurnal bukan untuk semua. Terdapat bidang ilmu yang bersifat lokal dan spesifik dasar, justeru itu bagaimana bidang ilmu seperti ini mahu diukur dengan banyaknya ia diterbitkan di dalam ISI jurnal?
  • Universiti awam perlu melihat diri mereka sebagai entiti memartabatkan manusia yang lebih berilmu dan bukannya begitu fokus menjadi 'sebuah kilang' untuk menghasilkan tenaga muda baru yang boleh dipasarkan. Jika ini menjadi penilaiannya, maka akan terkorbanlah bidang ilmu yang tiada nilai pasaran, tetapi penting dalam memartabatkan ketamadunan manusia. Bidang2 ilmu yang tiada nilai akan digugurkan, program yang tidak dapat dipasarkan akan dikecil atau dijumud atau dihapuskan. Makanya, bak kata Prof. Saucier, kita akan menjadi seperti orang yang mencatas akar sebatang pokok, setinggi manapun pokok tersebut, akhirnya akan tumbang juga kerana akarnya yang telah ditebang. maknanya disini, masih terdapat ilmu yang relevan dan penting, walaupun dari segi nilai duitnya amat sedikit. 
Satu pandangan yang amat bernas dan membuat saya berfikir seketika...
Read More

0 Responses to Sesat dalam terang...