Friday, October 2, 2009

Macam-macam

lama dah tak update blog. semalam gi shopping, perasan lately byk betul recycle items ada di market. contohnya bag2 plastik nie. sblm nie mmg kitorg ada shopping bag recycle (byk giler kat umah) tapi yg nie yg latest and much cheaper dlm 15-20 cent saja. coles nie nama supermarket slalu beli barang. selain bi0-degradable, ia jugak tahan, byk jugak brg sumbat kat dlm, handle dia tahan..tak der pun terkoyak.
to my surprised, kedai vietnam/china kat sini pun pakai plastik bag bio-degradable gak. sbb slalunya depa bagi bag2 mcm kat Msia jer. saya rasa ini satu tindakan yg bagus, rasanya diorg nie mmg disuruh pakai bag mcm nie, tak blh lagi bagi bag plastik biasa kat customers. benda mcm nie sy rasa msh kurang lagi di Msia. kita kena galakkan rakyat menggunakan brg recycle. salah satu caranya ialah dgn memudahkan benda nie utk diperolehi. letak kat dpn troli shopping, pintu msk shopping and bagi owner kedai pakai bag mcm nie jer. faktor lain ialah blh didapati pd harga lebih murah.
apa bio-degradable? bio-degradable ialah sesuatu yg boleh di uraikan oleh agen biologikal terutamanya bakteria. jadi ia dpt mengurangkan pencemaran dan lebih mudah urai berbanding plastik bag biasa yg memerlukan berpuluh2 thn utk lupus. tgk jerlah plastik bag biasa, buang kat tanah, tak urai2 jugak. bag2 mcm tulah yg sbbkan banjir dan mencemarkan alam persekitaran.
diofis pulak, hari nie Eddie akan balik Hong Kong for good. he just submitted his final draft. oh gosh jealous nyer dgr and memberi motivasi, dia dah 3 thn lebih. kena keje keras nie, nak jadi mcm dia. ini dia sedang memegang final draft (baru final draft) blum lagi edited version dari examiners. tapi dpt released final draft is a big relief bg postgrad students.

tak semua ada kat ofis smlm, ada Eddie, Pak Ali (Indonesia) and Aidil (Afrika), nie antara muka2 biasa ada tercongok kat ofis, ada sorang lagi selalu ada - Riayati (Indonesia) tapi dia gi workshop ms tu. bilik C232 nie mmg ramai international students termasuk sayer ler. bila tgk Eddie dah antar, maksudnya ini adalah wake up call for me jugak. tak blh main2 lagi walaupun byk betul jemputan aktiviti dari family msia kat sini. kwn2 yg dah ada PhD nasihat:
"ko jangan peduli. biarlah org kata ko tak campur org, sombong etc. ko settle dulu keje tu, enjoy kemudian."
oleh kerana tak nak duduk sini lama2, maka nasihat diatas paling berguna. sy bukan sombong, tapi keadaan mendesak utk sy mengutamakan apa yg penting dulu.

3 comments:

amal said...

kat malaysia pun ada gak bio degradable plastic bag ni rsnya..tp mahal..

jusco pakai plastic ni..klu x silapla. amal x ske shoping, so x tau sangat hohoho

♥ shiMawar ♥ said...

erm..kt USM ade gak..tp xbrpa mndpt sambutan le..dh le mahal..huhu..
skang ni klu kedai dlm kampus, xbleh dh guna beg plastik..bile beli biskut or roti, bwk gitu jek..die xbg plastik..cam sengal..haha.. :p

Cengkih78 said...

tulah pasal, rasanya sbb mahal. kalu nak galakkan kena carik inisiatif mcm ner bagi org guna, mahal for sure org tak nak kan. and tong sampah recycle pun kdg2 satu perumahan ader satu jerk! cuma bagi org setiap umah ada 2 tong sampah utk recycle and waste biasa, mesti org termotivasi gak tuk buat kan?

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...