Skip to main content

Perjalanan ke penghujungnya

Terlalu banyak kerosakan demi kerosakan yg berlaku di bumi sekarang ini. Blum lagi soal isi manusianya yg semakin tinggi peradaban semakin rendah pula moral. Penyakit yg bermacam2, rusuhan, pembunuhan berleluasa, kematian yg begitu mudah. fitnah bermaharajalela, kehidupan lebih kepada hiburan dan berpoya2. Betapa tenatnya dunia!

Setiap org pula memandang apa yg berlaku ini dari perspektif yg berbeza2. ada yg kata climate change lah, pencemaran angkara tangan manusia dsbnya. apa pun, sy percaya, sebagai seorang muslim, tanda2 kiamat kecil itu sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku menunggu pula saatnya kiamat besar. kiamat di mana tiada lagi kesempatan bertaubat. scr peribadi, sy melihat ini satu refleksi diri, merenung diri 'dimana aku berada?' apakah cukup yakin amalan tlh cukup utk bertemu tuhan, yg mungkin esok atau lusa..allahualam. petanda2 semua ada, tapi persoalannya, sempatkah bertaubat?

kini nyawa semakin murah nilainya, hilangnya bila2 masa, moga sisa2 masa yg ada ini dipergunakan utk memperbaiki amalan diri. tangguh itu barangkali tidak lagi mampu ditunggu oleh masa.

tanda2 kiamat kecil sblm datangnya kiamat besar:

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Akumenghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusiayang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akanterjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "WahaiRasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antaratanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungandengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamatsehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang burukdalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datanghari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yangbaik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yangtidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkarikemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antaratanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya harikiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepadaorang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tandatelah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tandatelah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besaryang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yangbelum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar olehbapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat AhmadNegara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Namun demikian, sesungguhnya Allah dengan rahmat-Nya telah menjadikan kiamat memiliki alamat yang menunjukkan ke arah itu dan tanda-tanda yang mengantarkannya. “Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (Muhammad: 18)


Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…