Skip to main content

Golden Palm Tree Iconic Spa & Resort Sepang


Seperti dalam entri yang sudah, maka selesailah kepergian saya and team research berkampung di spa and resort sepang yang macam best tu. hotelnyer memang cantik, tempat okaylah, takderlah air biru mcm kat pulau perhentian tu, selut aderlah, tapi okaylah. actually gambar2 scenery yang best kat my friend punyer kamera sbb time tu hp habis bateri pulak huhuhu..kita layan aper yang ader..


dua puteri comel abg nash
Jauh gak nak menapak ke sini, masuk kampung and ladang kelapa sawit pulak tuh..bukan tu sajer, ladang dragonfruit sekali. saper suka tu bolehle singgah carik buah dragonfruit. kami pakai jalan jauh dari nilai, sepang, bandar enstek, kawasan tak familiar, so jadilah penumpang pasif, tengok pemandangan jer, direction ke sana mmg tak tahu, bukan jln selalu saya pakai ke morib. tapi sbb dah konvoi 3 kete, maka just enjoy the ride jerlah.




gambar atas ni kat lobi, sementara menanti check in time and jugak buggy car ambik ktaorang ke vila masing2. jauh jugak nak menapak so memang kena naik buggy jugak. sementelah menanti tu, kami dihidangkan dengan air guava, wah bagai pucuk dicita ulam mendatang, maka 4-5 gelas juga kami mentekedarah sorang2 :-) rezeki jangan ditolak!!


Pemandu kami hari tu - kak eza. Masyuk naik kete dia coz boleh tengok movie sepanjang perjalanan. Tapi pening sbb co pilot sesuke suki dia jer tukar citer setiap 30 minit. Ha, tak pasal2 dapat nama "Jin Rebut'.


Rehat di atas sofa yang ader curtain macam nie memang terasa exotic sekejap kami. Hue3...


Tak sempat tangkap gambar depan vila ni, tapi ni bilik saya and kak eza. depan tu menghadap laut..angin sepoi2 bahasa, and tilam dan bantal yang sangat2 empuk..memang masyuk saya tidor, serius sya tidur dengan nyenyaknyer 2 hari kat situ. samada bantal and tilam tu yang menjadi punca atau sbb penat dan lily the cat tak kacau aku pepagi kul 3 nak mintak food dier..tapi serius sedap giler tilam dia and bantal yang fluffy tu buat aku rasa tak mau bangun dari katil..



Ni tempat kami lepak makan keropok and borak2 and bincang2 pasal kerje and tengok tv


Nie kak jee briefing meeting kami sebelum masing2 melaksanakan misi yang harus kami capai 2 hari tu kat situ. kami diberi kebebasan menentukan cara keje, tapi yang pasti, hari terakhir tu, dah SIAP semua. haa, pelagi kami belasah petang tu gi swimming pool and bersenam di gym. malam baru start keje.


asyik2 gambar katil ni..tapi mmg masyuk ler tilam ni. terus buat aku nak gi carik tilam sbijik gini


makan situ so-so la, maybe sbb situ ramai tourist luar n makan pun very plain ikut selera depa, orang malaysia ni kalu tak cukup pedas dan masinnyer, mmg komplenkan. tapi second day tu kami dinner luar, dalam 100 meter dari hotel tu, ada banyak kedai makan jual makanan laut. mmg sedap sangat makan malam tu, 3 jenis ekor ikan, kerang, pepahat, and cendawan tepung, sotong tepung, satu lagi jenis kerang tak ingat nama, sayur kailan, prawn butter..oooh..mmg masyuk. amazingnyer, 30 minit dah settle semua!!! hua3...boleh tahan nafsu makan masing2.

keseluruhan - misi keje tercapai dan makan pun banyak..maka KPI kami 2 hari tu menepati sasaran :-)

Comments

gps ryanna said…
Bestkan kat sini? Get all of these and more at YOUR getaway at Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you!:)

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…