Posted on Monday, September 06, 2010

kematian - sebuah duka berpanjangan


kematian - adalah sebuah duka yang berpanjangan. apatah lagi yang pergi itu adalah ibubapa kita. dulu,  ketika kecil, sewaktu mendengar ibu atau bapa sahabat dan kawan2 meninggal dunia, sy selalu bertanya pd diri 'agaknya bagaimana rasanya, kematian ibubapa'. dan ketika arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga, sy benar2 merasainya 'oh ini rasanya.' 

rasanya???

hanya yg kematian ibubapa yg benar2 dpt merasakan makna kehilangan itu. seminit berduka, selamanya menangis, walaupun tak kelihatan airmata. tapi jiwa yg kematian ibubapa takkan sama sptmana seblumnya. dulu sy kira sy takkan mampu ketawa dan bergembira setelah kematian ayah, tapi waktu ternyata memberi kekuatan baru dan kehidupan baru. dan sy kira, kalu sy pergi pun, sy takkan mahu orang yg saya tinggalkan selamanya didalam kesedihan yang berpanjangan. cuma doalah, kerana itu petanda sayang..kerana doa itu ikatan berterusan anak dan ibubapa dunia dan akhirat. 

walau ayah telah kembali kerahmatullah lebih 3 thn lamanya..pd sy, tetap merasakan spt ia baru saja berlaku semalam. 

kematian, adalah satu peringatan, bhw kehidupan kita didunia ini hanya sementara. bila tiba saatnya kita pergi, maka tiada yg dpt melambat atau mempercepatkannya. bahawa apa yg kita sayang didunia ini, tak lebih dari sekadar pinjaman sementara waktu dari yang Esa. dan termasuk diri kita ini, bukanlah sesuatu yg kekal didunia ini..

sungguh hidup ini tidak kemana melainkan akhirnya pd yg Esa juga kita kembali

al fatihah.

Read More

0 Responses to kematian - sebuah duka berpanjangan