Posted on Monday, May 24, 2010

Try to live without maids


saya tertarik dgn satu komentar pembaca di The Star hari nie. tajuknyer "Try to live without maids". dari satu aspek, sy bersetuju dgn pdgn beliau bahwa isu rumah harus belajar utk menguruskan kehidupan rumahtangga sendiri dan kurangkan penggantungan terhadap pembantu rumah utk melakukan semuanya!

ada satu kajian di barat (tak ingat sourcenyer, maaf) antara lain mengatakan, utk menurunkan kadar penceraian, tingkatkan kerja domestik/rumahtangga anda! lelaki yg ringan tulang di rumah akan membantu mengurangkan kadar penceraian. menarik bukan? secara logiknya (akal wanita berfikir), bila suami ringan tulang di dapur, sesekali bantu isteri di dapur potong sayur, basuh baju or basuh pinggan, maka hati isteri pun senang. sy sgt pasti, isteri akan merasa bertuahnya dpt suami mcm nie (walaupun dia tak ckp, tapi mesti dlm hati puji tuu).

lagi satu, sy baca byk komentar dari lelaki ttg mslh rumahtangga mrk, kbyknnya bernada sama - isteri terlalu mementingkan kerjaya, asyik kena makan kat luar sajer, malas nak masak, semua  maids uruskan pakai makan baju segalanya, sehingga suami rasa terabai. sy kira, wanita harus memikirkan fakta ini dgn hati yg terbuka dan muhasabah diri. bila rumahtangga dan kewajipan melayan keperluan suami diserahkan pd orang lain, maka sedikit sebanyak hilanglah seri kebahagiaan dan keintiman rumahtangga tu, bukankah pepatah kita ada menyebut - air tangan isteri itu pengerat rumahtangga. memanglah bukan minum air basuh tangan isteri, pertah lagi nasik kangkang, tapi scr falsafahnya, jika layanan itu sempurna, hubungan suami isteri tu lebih baik, suami pun lebih sayang. kan kan

kdg2 perkara2 kecil spt ini (menghidangkan minuman, makanan, menggosok pakaian) memberi impak besar pd psgn. mungkin ada wanita berkerjaya melihat ini bukan taraf mrk nak menggosok2 pakaian nieh, tahap maids jer nieh, tapi kalu kita lihat dari perspektif kerukunan dan kemesraan rumahtangga, inilah sebahagian baja yg menyuburkan kemesraan dan kebahagiaan. betapa ini semua mudah saja dipandang enteng wanita moden hari nie. segalanya harus diserah pd maids..semua maids..akhirnya suami pun kena kebas dgn maids sbb maids lah yg menjaga pakai makan suami. pastu nak melenting pun dah terlewat...

artikel tu buat sy terfikir akan hal ini. barangkali, ini jugk penyumbang mslh begitu byk konflik rumahtangga skrg. harus difikirkan bersama. di australia nie, sy tak jumpa lagi kawan2 yg pakai maids nieh, bagaimana sibuk pun diaorg dgn kerjaya, mrk menanganinya sendiri dgn psgn. sama2 membantu satu sama lain. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

so, ringan2kanlah menguruskan rumahtangga sendiri, anggaplah ia investment kebahagiaan rumahtangga jgk panjang...
Read More

0 Responses to Try to live without maids