Friday, May 27, 2011

penghujung akhiran..



Agak lama tak berblog. Bulan Mei-Jun bulan yg sgt busy. Tapi alhamdulillah, dapat jugak melepasi
kesibukan itu walaupun tak sepenuhnya. Yang penting, urusan2 penting spt PhD tlh berada dipenghujung
garisan penamat. Dah completed thesis amendments and waiting for endorsement sajer lagi. Waaah, seriously lega. Bolehlah fokus dgn benda2 lain. Kalu tak asyik risau ajer dgn PhD. Memang PhD nie
PERMANENT HEAD DAMAGE.

time menulis blog ini, berada di balai berlepas, menunggu flight ke Kch. Will stay there until Sunday. for lecture as well as visiting my family. Ciaos!

Monday, May 9, 2011

Penyimbah asid misteri: Jaga-jaga

Terbaru, wanita-wanita ibu kota digesa berhati2 dengan 2 lelaki yang tidak dikenali yang menyimbah asid kepada wanita yang menjadi sasaran mereka. Tidak dikenalpasti apa motif, tetapi menjadikan wanita
sebagai sasaran, terutamanya wanita melayu. Peluang dan ruang akan digunakan oleh penjenayah ini untuk menyimbah asid secara 'random' kepada wanita yang ada. Lebih lanjut sila rujuk utusan melayu
hari ini.

komen: ini boleh menyebabkan panik dan ketakutan kepada wanita utk keluar dengan bebas tanpa rasa takut. apa nak jadik dgn msykt skrg nieh. nak kata dendam, takkan semua perempuan dia dendamkan
sehingga perempuan yg tiada kena mengena pun jadik mangsa?? apa sbnrnya?? apa tujuannya??
bukan seorang tetapi DUA ORANG? kalu seorang tu mungkin boleh dikatakan sakit jiwa kronik. tapi kalu sampai 2 orang?? 2 orang sakit jiwa kronik ker?? harap pihak polis bertindak segera dan tangkap 2 orang sakit jiwa ini secepat mungkin bagi mengelak semakin byk wanita menjadi mangsa. sy sendiri dgr pun jadik takut nak ke mana2.

apa nak jadik??

Friday, May 6, 2011

Bulan yang busy..

pilih buku utk library/research/sendiri


bulan yang busy..penuh dgn mcm2 agenda. kdg2 rasa tak larat, sakit badan dan penat tapi nak buat mcm ner. aper2 pun, ditengah2 kesibukan sempat jugak sy dan rakan2 mencari sedikit hiburan sekadar nak de-stress ourselves. contoh paling baik ialah lepas tungkus lumus fokus kerje..cuti seminggu (mcm i ler..hehehe lepak2 buat dunno jer kat umah) atau pun paling mudah dan paling selalu dibuat dgn kawan2 ialah MAKAN!

antara buku yg kami pilih masa pesta buku hari tu

ni ngorat agen buku tuk dapat buku free or diskaun student! 


 masa paling best..ialah time makan free..kueng-kueng
tu dia..nyum2, penat pilih buku dan jalan2 masa minum pun tiba. semua nie sedap

lupa nama makanan nie, steak kambing mcm tu ler, sedap! my choice for that day

lepas makan, dapat pulak dessert aiskrim and cakes..best tul mcm nie
semua free pulak tu, lagi lah syok

green tea cake
tak ingat nama..

makan jangan tak makan
 
Habis tu pulak, retreat master students di Morib 2 hari. Impiana Hotel. Hotel nie mmg my favourite sbb aman damai, maklumlah masuk kampung, lokasi pun tepi pantai, mmg best for retreat and discuss research project. kolam renang dia pun best. murah pun murah. 
 
 tekun mendengar taklimat
buat collage..

sempat jugak menangkap gambar kura2 kat sini..sambil2 menunggu students dgn aktiviti mrk

view dari bilik hotel, baru bangun tido terus shot gambar nie..puas tido petang tu


boleh lah bosan2 dan nak relaks pi kat sini..aman jer


best kan?


petang2 boleh main volley ball..tu students yg ikut retreat tgh beriadah
malam sebelum sy balik, students master buat performance sambil BBQ
kelakar jer diaorng nie. sempoi!
tgk tul2..angkat garfu/pisau steak tu..nie baru diehard punyer supporters

balik jer dari retreat, esoknyer terus writing workshop. dua hari bertungkus lumus memerah otak buat artikel dgn target 20> articles dpt dikeluarkan dlm masa 2 hari tu. mmg fokus betul2, habis jer..adui pening2 lalat. tapi alhamdulillah kami berjaya mencapai target. 
multi-tasks! dlm berbengkel tu dan busy menulis artikel, sy angkut assignments students. lpslah dua tiga utk diberi markah. nak masuk markah minggu dpn. so kena kejar deadline. aish!!

serius dan penuh fokus..
 
tup tap dah jumaat. Jumaat hari nie jer rasa lapang sikit sbb takder agenda rasmi, barulah dpt duduk diam2 kat ofis. per lagi, kena siapkan bagi markah students. dlm tu uruskan apa2 urusan lain yg tertangguh dek mcm2 aktiviti di luar dan dlm kampus. dlm busy2 tu sy dan rakan2 sempat membuat 'surprise party' for suhaimi. happy birthday cumi! ada yg masak, ada yg ditugaskan mencari kek, buah2an, kad, minuman ringan, pizza dll. dapatlah jugak release stress setelah bbrp hari bekerja keras.

birthday boy!
wah, kembang kuncup cumi gembira dgn sambutan hebat kami. hehehehe..

aper tunggu lagi..dah depan mata..ngaaap!!

huuuh mmg terasa penat! minggu dpn seminggu suntuk takder di ofis sbb ader kursus. mmg hectic betul bulan nie. itulah laporan mingguan kali ni. ada bbrp jam nie kena sambung keje. dan weekend nampak gaya duk di rumah sajerlah..nak rehat puas2 sambil semak kertas jwpn students. 

happy weekend!







Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...