Tuesday, February 7, 2012

Hari berehat..


Arrrgh...bestnyer dapat lepak di rumah dan gulik2! Setelah penat memulun keje, stay up late kat ofis berturut2 hari pastu berkampung pulak di PD selama 2 hari untuk merangka program/modul PERKASA, tiada yang lebih indah dari hari-hari tanpa buat apa2 yang spesifik.

Buat laundry, cuci umah, kemas umah, sapu sampah, buang sampah, siram pokok bunga and tengok movie..hmm best jugak. Semalam sempatlah ke Alamanda shopping barang rumah/peribadi yang dah habis. Hari ni pulak memulun kerje - review students punyer thesis. banyak tu...pening kepala. ni baru berhenti jap. tgk sejak pagi tadi. itu pun henti sekejap2 tuk relax. yang menghantarnya ramai, yg tukang check, badan cek nie sorang jah! mahu tak kelepet..

punyalah busy lately sampai kawan pun complaint - susah tul nak jumpa hang nie..kena appointment bagai. keje macam aper, gaji bukan beso pun! auch!! terkedu aku sekejap...yelah gaji pensyarah kat Malaysia nie berapa lah sangat, tapi keja nauzubillah dah...

wake up call jugak statement maut lagi sentap itu. keje takkan habis! kadang2 students hantar email/sms/ hoping for reply even during holiday/weekends. menjadi kebiasaan utk balas, tapi sampai satu tahap takut jeopardise diri jugak. sbb, kalu setiap hari 24/7 available, mcm ner? tension and stress rasanya. ada kawan2 berkata, jangan jadikan tabiat membalas emails keje students during weekends sbb nanti ada expectation you are must be available at all time. habis bilakah masa untuk diri?? diri ni manusia biasa, bukan robot. ada sakit badannya, ada tensionnyer, ada pening kepalanya, dan ada rehatnya...

saya teringat zmn saya mengaji dulu dari undergrad, master sampailah phd, saya tak pernah (EVER okay) kacau pensyarah saya during weekends sbb saya memikirkan masa rehatnya. jauh di hati saya, mengharapkan pelajar saya pun ada perasaan dan pemikiran ini. after all, saya manusia biasa..i have a life, selain dari mengulit keje. cukup2lah 8-12 jam sehari saya peruntukkan di ofis. saya perlukan ruang tuk berehat di rumah, lari sekejap dari keje yang memenatkan, dan simply enjoy myself..

kita bercakap pasal sakit mental, cakap pasal tekanan jiwa..workload pun boleh membuat stress kita jadik kronik. jadi sebelum parah, baiklah kita mencegah, jgn keje keterlaluan sangat hingga merana badan. hidup ini perlukan keseimbangan.

so, time keje, kejelah betul2, time rehat, jangan rasa bersalah, kerana badan memerlukan. bila seseorang itu dah bekerja keras utk melaksanakan sesuatu dan dia perlukan rehat, saya kira tak perlu kita nak marah2. berehat dan bermalas itu dua perkara yang berbeza. ada majikan marah pekerjanya mohon cuti lepas outstation. saya rasa ini mmg tak patut. kalu outstation makan angin tak buat keje tu mmg patut kena marah, tapi kalu outstation tu buat keje byk, workshop sampai 10 malam, fikir pasal buat modul..drilling otak nak come out with excellent modul, takkanlah tak boleh. apa ingat orang bawahan itu dibuat dari besi keluli ka?? besi keluli pun kalu dah panas memanjang boleh cair...

esok dan lusa pun kat IOI putrajaya pulak, berkampung kat sana pulak utk research lain pulak. asyik takda kat umah jer. tapi dah keje mcm nie, redha jelah. jgn langsung takder rehat udah ler.

tolong bagi aku berehat...

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...