Dari hari tu lagi kami sekawan berura-ura nak makan di Bakar-Bakar & Grill House Bangi, tapi ada jer sebab menghalang. Nak kumpul satu semua sekali memang susah sekarang sebab masing-masing banyak komitmen. Yang dah ada jawatan macam abg Nas and Sam ni memang lagi lah, kejap meeting sana, kejap meeting sini..sungguh susah nak carik time diaorang takde meeting. Tak termasuk bila ada kuliah masing-masing, and research dan lain-lain. Berjanji beria-ia, tapi cancel last minute. Janji makan di sini pada kali ini pun diputuskan semasa weekend masa Kak Jee upload gambar dia makan situ ngan husband dia. Adoi, terliur ler tengok. K jee pun kata, why not this coming Monday sebab hari tu hari semua orang takde kelas, and kebetulan abg Nas and Sam pun ada masa tengah hari. Petang jer sepatutnya ada meeting. So still have time kalau pergi awal. Alhamdulillah tercapai hajat nak makan situ for the first time.
So, tepat jam 12 tengah hari kami satu kereta meluru (meluru sebab masing-masing excited and lapar) ke Bakar-Bakar & Grill House Bangi. Biasa kalau pergi beramai-ramai ni yang selalu jadi AJK angkut-angkut ialah kak Nurul, saya and kak Eza sebab kereta cukup muatan. Tapi biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai dalam kereta riuh rendah!!! Tapi end up, date lunch kami berjaya and we had a great time. Yeay!! Paling best sebab free, ahaha, K jee sponsor. Makan sampai kenyang. So far, rasanya ini antara steamboat and grill bakar yang paling sedap dan best. Selalu pergi kat Johnny jer, tapi tempat ni boleh jadi pesaing. Johnny ada banyak makanan sampingan, and takder grill ada steamboat sahaja. Di Bakar-Bakar ni, takde banyak makanan sampingan, tapi rasanya yang ada ni pun lebih dari mencukupi. RM45 untuk satu kepala, boleh makan apa saja, sampai kenyang and ada coffee and hot chocolate yang best. Kira semalam balik ke pejabat dalam keadaan kenyang perut suka hati. Tak bestnya, sebab grill kena buat sendiri and asap boleh tahan banyak, sampai balik terasa diriku seperti manusia salai. Sungguh asap baunya.
Kelakarnya, time kami sampai takde orang, kami jer kat situ sampai habis makan. Maybe sebab tengah bulan. Sebab dengarnya kalau awal bulan ni memang sentiasa penuh sampai terpaksa call utk reservation. Harus angkut bos makan sini ;-)
Sesi memilih juadah. Akak diet ini of course akan pilih makan sihat dulu - buah and sayuran |
abg Nash semua kat situ okay pada dia kecuali KAMBING. Dihalaunya gril kambing kami duk jauh-jauh. Cit! |
Seperti biasa, adik manja. Dia jadi diva. Tukang senyum dan tunggu makanan sampai ahaha |
Kak suzi. Kalau bab pilih makanan memang kami bagi jawatan tu kat dia and dia pasti cemerlang tanpa gagal |
Grill kambing dia memang sedap. |
Tunjuk skill masa ler tuh |
Versi steamboat |
Memang puas hatilah. In sha Allah pasti datang lagi. Kali ini angkut big bos pulak.
Bakar-Bakar Steamboat & Grill House
Alamat : No 2, Jln 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
(sebaris dengan Tuti Fruiti, Onking Electrics, Ocean Hauz Restaurant)
https://www.facebook.com/bakarbangi/
#allucaneatbuffet##makansampaipengsan#
Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM20
6 tahun ke bawah PERCUMA
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 2.00pm -12.00am
Sabtu, Ahad dan Public Holiday 12.30pm - 12.00 am
No comments:
Post a Comment