Friday, March 18, 2016

Drama Cinta dan Fantasi Cinta Ku


Sejak kebelakangan ini, banyak betul drama-drama melayu jam 7 malam yang dihasilkan berdasarkan novel-novel cinta terlaris di pasaran. Macam-macam nama yang saya sendiri pening nak faham. Mungkin sebab saya sendiri bukanlah penggemar cerita-cerita seperti ini. Bukan mudah untuk menarik perhatian saya untuk lekat jam 7 malam semata-mata nak tengok drama. Cuma baru-baru ini satu drama saja yang buat saya rasa nak tengok iaitu Cinta Si Wedding Planner. Walaupun ada jer watak stereotaip kat dalam tu (ex girlfriend psycho dan cinta separuh mati dan jahat nak mampus ahaha), tapi saya boleh pejam sebelah mata demi menghabiskan drama tersebut chewah! 


Seriously kalau tanya saya, saya pun tak tahu novel-novel cinta terlaris di pasaran sekarang ini. Sebab genre kegemaran saya sendiri bukan novel cinta. And saya banyak beli buku genre psychothriller, inspiring stories. Ada jugak beli novel english romantik tapi selalunya tak habis baca pun. Baca beberapa helai dah tinggalkan, dok belek jugak buku lama yang dah ulang baca beberapa kali seperti The Help. Ntah tak jemu baca buku ini. Dah tahu dah jalan cerita, tapi masih siok jugak nak baca. Maybe sebab jalan cerita, perkembangan cerita dan moral cerita ini. 


Satu perkembangan sihat, bilamana remaja mula mendekati diri membaca novel-novel yang ada di pasaran sekarang ini. Kawan sendiri kata, setiap minggu anak remaja mereka minta dibelikan buku novel cinta, baru jer beli tak sampai seminggu dah habis baca. Wah! Untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan kecekapan bahasa memang tidak dinafikan. Tapi, dari sisi yang lain, ia mengembangkan cinta romantis yang tidak realistik. Ia mungkin menyebabkan remaja mengembangkan perasaan cinta yang ala-ala drama dalam tv tentang kesetiaan, keromantisan, pengorbanan, setia sampai mati, dan sebagainya dalam diri remaja. Tambah-tambah lagi drama-drama ini kerap kali menceritakan skrip yang boleh agak jalan cerita, yang tipikal seperti:


  • Lelaki hensem maut! Tetapi ada sedikit angkuh, sombong, namun dalam hati ada taman. Anak orang kaya, bakal mewarisi kekayaan keluarga, pengarah syarikat. Kegilaan ramai wanita-wanita. Penyabar ya ampun dan romantik habis!!! Boleh tak muntah layan awek walau apa jua perangainya waktu itu.
  • Wanita cantik macam bidadari. Suci, polos, selalu jadi mangsa keadaan. Terjerat, terjebak, terperangkap dan banyaklah lagi ter-ter-ter nyalah. Misalnya tertangkap basah, terpaksa kahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. 
  • Perkahwinan paksaan. Walaupun dua-dua benci gila satu sama lain, sanggup kahwin dan banyaklah drama perasaan dalam perkahwinan tersebut. Marah-marah, benci-benci, merajuk, sakit hati, tapi akhirnya ada bibit-bibit cinta. Benci-benci pun "ter" lagi..iaitu termengandung, dalam pada itu terkonflik lagi, salah faham tapi terjatuh cinta dalam masa yang sama. Ter-faham tak apa saya cakap nih? Ahahaha.
  • Watak antagonis jahat nak mampus. Maaf ada kekasaran bahasa di situ. Tapi memang itu watak jahat diprojeksikan. Uik, jahat dia sampai nak upah orang bunuh! Sanggup lakukan apa saja termasuk buat jenayah asalkan dapat balik aweks/pakwe yang dah kahwin tuh. Level konfiden tinggi untuk mendapatkan semula bekas kekasih walaupun ex tu dah tiada perasaan. 
  • Happily ever after. 

Ini kisah benar...
Ada remaja yang beranggapan sebegitulah seharusnya percintaan mereka. Dan sebab banyak tonton drama-drama macam ni, jadinya mereka mengharapkan percintaan itu akan indah dan berkesudahan indah-indah sahaja. kehidupan bercinta yang dibayangkan penuh dengan keromantisan pasangan secara infinite, sikap kesabaran tahap dewa dewi, and kalau ada gaduh-gaduh pun mestinya gaduh-gaduh manja yang sweet sweet gitu, kira gaduh tu gaduh bestlah. Secara tidak langsung, remaja rasa bestnya bercouple, bestnya dapat kahwin awal. Bila saling jatuh cinta, dunia ini akan ditawan gitu. 

Ada banyak kajian menunjukkan bahawa menonton drama cinta ini memang boleh menyebabkan wujudnya ekspektasi yang tidak realistik tentang cinta dan perkahwinan. Jadi, apabila telah berkahwin sebagai contoh, maka masing-masing akan membawa ekspektasi dan jangkaan yang tidak realistik ini, bahawa love conquers all. Jadinya, bila dah kahwin barulah nampak dunia perkahwinan sebenar, dan dunia sebenar itu tidaklah seindah yang dijangka dan diharapkan. Maka bermulalah episod duka lara yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Jika kita lihat pun, statistik penceraian di Malaysia, pasangan bercerai paling tinggi melibatkan golongan berusia muda dan baru berkahwin. Banyaklah faktor penyebab, tapi tidak mustahil, jangkaan dan ekspektasi juga salah satu puncanya. 

Kajian mendapati, mereka yang amat gemar novel/movie romantik ini:
  • percaya cinta mengatasi segalanya
  • mempunyai jangkaan tinggi terhadap intimasi
  • mahu gaya cinta romantik dan passionate 
  • berfantasi tentang hubungan perkahwinan dan majlis perkahwinan
  • mahu berkahwin segera dan kekal dalam perkahwinan
Kajian juga mendapati, wanitalah yang lebih banyak menonton drama/baca novel cinta ini berbanding lelaki, lebih banyak berfantasi tentang sesuatu hubungan, lebih mahukan cinta romantik, mahu kahwin awal, mempunyai jangkaan tinggi terhadap intimasi. 

Hakikatnya..
Cinta sahaja tidak cukup untuk hidup bahagia. Perkahwinan perlukan banyak perkara untuk menjayakannya. Perlu yang terbaik dari kita dan pasangan, kesediaan untuk belajar dan memperbaiki hubungan dari masa ke semasa. Ia usaha keras, ia penuh air mata, suka duka, jerit perih, sabar, pengorbanan dan macam-macam. Dan cinta tidak selalunya indah. 


Bayangkan kalau kita berkahwin dengan membawa jangkaan-jangkaan drama cinta ni semua?? Pengsan saper jadi husband/wife kita!! Jadi, moral of the story, jangan dilayan sangat drama-drama macam ni sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Cukup sekadar hiburan, tapi jangan ditiru bulat-bulat. Jangan pulak lepas tengok drama, mulalah tak puas hati dengan diri sendiri, mula bandingkan keromantikan hero/heroin dengan pasangan, kekayaan hero dengan husband kita yang hutang PTPTN, dll. Lebih baik kurangkan. It just too good to be true. Hargailah seadanya, terimalah seadanya, redha pada yang sedikit, syukur pada yang banyak. In sha Allah moga kemanisan kasih sayang itu ada.



*kajian rujukan - Does movie viewing cultivate unrealistic expectations about love and marriage? - Lauren Galloway. 




No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...