Kat facebook ramai yang share minuman kesihatan yang boleh dibuat sendiri seperti fusion water and detox juice. Macam-macam khasiat dan kebaikan minuman seperti ini diterangkan. Saya sendiri adalah penggemar minuman juice. Serious. Kat bangi gateway ni ada satu kedai kiosk (ezeejuice) jual juice drink saja, yang freshly blended, tak dicampur dengan air kosong mahupun gula. Serius suka and sedap. Harga dalam RM11.90. Saya biasa beli botol besar and boleh habiskan minum dan-dan itu jugak, habis diteguk dengan sekali tegukkan. Melantak.
nyum-nyum |
Of course my ultimate favourite ialah: gabungan carrot, green apple, ginger + orange. Huhu sedap. Ada yang tak suka sebab ada halia dalam tu, macam husband, pahit muka minum air tuh. Ahaha. Tapi bila dah selalu minum okay jer. Selalu jugak buat sendiri di rumah menggunakan mesin pengisar buah biasa.
Tapi yang saya nak cerita di sini ialah, setiap orang ada cara tertentu untuk mendetoxkan dirinya. Saya nak share satu rutin saya setiap pagi yang saya dah amalkan bertahun-tahun lamanya. Bertahuuuuun okeh. Tak kira berapa lama tapi dah lama jugak saya amalkan. Tapi punca saya amalkan dulu ialah kerana saya nak bagi motivasi kepada diri dapat minum air kosong banyak-banyak, so saya masukkan lemon dalam air kosong suam. Lepas tuh, baru saya mencuba minum madu dengan lemon. Lemon tu pulak, saya ni penggemar buah limau - and kalau minum kat kedai, selalu pesan teh o limau. Tapi kalau kat rumah, saya suka ganti limau kasturi dengan lemon. Reason, sebab lemon tu sifatnya alkali dan limau asidik. So lemon tu lebih baik utk perut dan sistem penghadaman badan. Madu pulak, well, semua orang tahu khasiat madu kan?? Dalam quran sendiri dah cakap, madu ialah penawar kepada banyak penyakit.
Bangun pagi, sebelum pergi kerja, saya panaskan air, buat air suam-suam campur dengan air mineral, pastu masukkan madu biasa (pastikan original bukan nanti kencing manis pulak) dan perahan lemon. Saya tahu lemon harganya mahal, boleh cecah RM1 sebijik atau lebih. Tapi percayalah, tak perlu pakai sebijik lemon setiap hari. Potong sikit sahaja maybe 1/3 dan perah jus lemon tu dalam air suam yang bercampur madu tadi. Walaaaa!!Minum dengan lahapnya (sebab dah lewat nak ke office) and of me go!
Berikut info minuman detox dari websites/blogs:
Honey + Lemon
Pengambilan madu lebah serta lemon di awal pagi adalah sangat digalakkan untuk kesihatan tubuh badan kita. Madu lebah dan buah lemon mempunyai khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan manusia.
EH! berkongsi khasiat kedua khazanah alam semulajadi ini untuk anda amalkan setiap pagi.
1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
2. Memperbaiki sistem pencernaan
3. Menghilangkan bau mulut
4. Memberikan kulit sihat
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
8. Memberikan lebih tenaga
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik
Infused water
Detox water ialah air yang dicampur dengan hirisan buah-buahan seperti timun, lemon, daun pudina dan halia, dibiarkan 4-5 jam dan diminumNak lagi sedap masukan dalam peti ais, Hmm nyaman dan sedap.Lagi satu ia adalah pilihan bagi yang tak suka minum air masak, sedangkan kita sekurang2nya 2 liter air diperlukan seharian.
Kebaikan infused water
Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.
Minuman jus*
Juice atau jus adalah sayur-sayuran atau buah-buahan yang dilumatkan dengan tangan maupun mesin menjadi cairan yang berisi saripati untuk diminum dan umumnya memiliki manfaat yang baik bagi kesehatan. Berikut ini merupakan manfaat dari mengkonsumsi jus buah dan sayur segar yang dijus, yaitu :
1. Mengandung enzim yang penting untuk sistem saluran pencernaan dan sistem penyerapan gizi yang terkandung dalam makanan dan minuman yang kita konsumsi sehari-hari.
2. Mengandung protein, vitamin, mineral, asam lemak esensial, karbohidrat, dsb yang mudah diserap dan dicerna oleh tubuh kita.
3. Kaya akan kandungan potasium dan sedikit kandungan sodium untuk mencegah kanker serta menjaga kesehatan pembuluh darah jantung.
4. Kandungan karoten dari jus sayur-mayur dan buah-buahan yang berwarna kuning, ungu, merah dan hijau yang berfungsi sebagai anti oksidan kuat yang melawan pertumbuhan sel kanker dan menangkal radikal bebas.
5. Adanya kandungan flavonoid di dalam buah dan sayur bermanfaat untuk menghalau zat potensial penyebab kanker. Juga berfungsi sebagai antivirus, antialergi, antiperadangan, antialergi, dll.
* bahasa Indonlah pulak. Aish, asal faham kan.
Kesan minuman lemon + honey: sistem penghadaman okay, takde masalah pembuangan, lancar yer takder traffic jem (ahaha). and mungkin jugak membantu badan jadi langsing kot. Ni susah sikit nak cakap sebab memang badan ginilah dah bertahun-tahun. Dulu siap ada yang predict saya akan jadi gemuks lepas kahwin, tapi ternyata tanggapan meleset! haha. So, bila tetap 50kg jugak, makanya teori lain pulak diaorang speculate. Paling haru, ada yang kata saya bela cacing kerawit. Cit!! Saya tak pasti kerana minum lemon atau mungkin dah genetik kurus dan metabolisme tinggi atau kesemua sekali, atau sememangnya ada cacing didalam hatiku..eheh..dalam perutku.
dalam hati ada cacing |
Yang penting, kita ikhtiar dan berusaha, amalkan gaya hidup sihat!!
No comments:
Post a Comment