Jika kita tanya sesiapa pun jua, pastinya tiada orang hendak bekerja di hujung minggu. Hujung minggu ini penuh agenda peribadi, masa inilah nak buat macam-macam perkara dan aktiviti yang tidak dapat dilakukan semasa hari bekerja. Hujung minggu biasanya kita luangkan untuk beriadah, mengemas rumah, memasak masakan spesial, berehat-rehat, memenuhi undangan majlis dan sebagainya.
Tapi, ada harinya bagi yang bekerja di mana, kerja di pejabat harus juga disudahkan kerana tuntutan datelines. Macam sekarang ini, sedang mengejar deadlines untuk modul buku teori psikologi. Tapi nak mencari motivasi itu, hanya Allah yang tahu. Sebab minda dan set untuk rehat. Pagi lagi dah plan nak buat kerja, tapi akhirnya dah petang, baru duduk menghadap komputer. Dah duduk menghadap komputer, nak menulis blog pulak. Hahaha..adoi motivasi dimanakah dikau. Pergi cuti agaknya.
No comments:
Post a Comment