Fenomena ekuinoks nampaknya masih berterusan. Cuaca di luar nampak macam biasa, tapi try keluar jam 11 lebih pagi, pun dah terasa panas berbahang. Perit terasa cahaya matahari terkena kulit walhal masa tu ada dalam kereta on the way untuk lunch. Lunch di bakar-bakar bersama husband. Tercapai juga hajat nak bawak dia ke mari. Hari tu lupa nak snap gambar untuk rekod, now sesiapa nak try bakar-bakar bolehlah mengira bajet anda sebelum bawa ahli keluarga. Seperti pergi first time hari tu, pilihan utama ialah grill kambing. Uik memang sedap, udangnya pun sedap, udang harimau. Cuma kena sabar dengan asap berkepol-kepol sampai baju memang bau asap grill. Waktu siang lebih murah dari waktu malam. Malam dengarnya selalu penuh. Kami pelanggan pertama datang situ tadi. Hehe. Semangat tu nak melantak.
Dua hari sudah, hari polis ke 209. Sempatlah wish kat facebook. Actually ramai kawan dan kenalan yang bekerja sebagai polis, arwah ayah pun polis, abam pun polis ;-) Semoga polis-polis di Malaysia terus berkhidmat dengan gigih dan terus berusaha perbaiki imej PDRM. Saya sayang kamu semua. Heh!
Bila cuaca panas melampau macam ni, pelbagai strategi kita ambik nak bagi rasa selesa. Saya pulak bila cuaca panas melampau macam ni, nafsu nak makan buah tu lebih dari kebiasaan, especially air kelapa. Tapi tak sempat nak carik air kelapa, jadi cariklah buah-buahan kat supermarket. Tembikai, orange, lemon (wajib ada), and epal. Ingat nak beli jus sekali, tapi sebab dah angkut buah, rasa membazir pulak nak beli jus.
Baru nak menjala hasil tangkapan :-) Lemon is a must! |
No comments:
Post a Comment