Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Thursday, December 29, 2022

Selamat Tinggal 2022, Selamat Datang 2023

 



Selamat Tinggal 2022, Selamat Datang 2023


Banyak perkara boleh berlaku dalam masa setahun. Kini masa yang sesuai untuk membuat refleksi pencapaian sendiri sepanjang tahun. Tak perlu busybody nak menilai orang lain, tapi renungkan kehidupan sendiri sepanjang tempoh ini. Adakah seperti yang diharapkan? Tercapaikan impian? Tertunaikan hasrat? Atau masih banyak lagi yang tidak sempat disempurnakan.

Awak...

Walaupun beratus list yang awak senaraikan sebagai your goals or wishlist for year of 2023, segalanya tak bererti tanpa kesihatan dan kudrat. Ketika saya merenung sendiri apa yang saya hendak capai tahun hadapan, saya terdetik di hati bahawa segalanya akan terasa sia-sia tanpa kesihatan. Kesihatan itu nikmat Allah yang sering kita ambil mudah. Tanpa kesihatan, tidak bererti azam dan segala pelan itu. Jadi bersyukurlah jika masih sihat, kerana ia bererti Allah masih memberi banyak ruang dan peluang untuk mencapai perkara-perkara keduniaan dan akhirat. Jika sakit, segalanya tersekat dan terhad. 

Saya sudah 40an, dan saya melihat sekeliling saya insan-insan yang sudah mulai sakit, dan uzur dalam waktu-waktu kehidupannya. Bila dah sakit, kita dah tak ingat dah pasal goals, wishlists bagai ni. Tiada makna dah kereta mewah, tiada makna rumah besar. Kita hanya nak sihat agar kita dapat menjalani hidup normal semula dan menikmati momen-momen bermakna dalam hidup. 

Jadinya awak...

Kejarlah impian awak tahun 2023 ini dengan rasa syukur terlebih dahulu, berterima kasih kepada tuhan atas nikmat sihat dan peluang untuk terus sihat dan mencipta legasi-legasi awak sendiri untuk dikenang bila awak tiada lagi. Masa kita singkat, usia kita terhad, jadi pilihlah menjalani kehidupan yang bermakna dan boleh dikenang dengan senyuman. 

Jika tahun ini negatif untuk awak, banyak kesalahan dan perbuatan sia-sia awak buat

Bangkit dan kembali kepada jalan yang lebih baik

Pilihlah jadi manusia yang hidupnya disayang, matinya dikenang, dan Allah sayang. 

Moga 2023 menjadi tahun yang bererti dalam hidup awak. 



Monday, November 8, 2021

2M dalam hidup ku

Salam,

Lamanya tak bersiaran di sini, jika blog ini adalah rumah, sudah lama bersawang. latest update saya ialah April. So ni dah bulan Nov gais!!!

Hope semua orang baik2 ajer dan semakin adapt dengan norma baharu hidup bersama covid yg entah bila akan berakhir. Kalau nak tunggu Covid ni over baru nak rasa lega rasanya boleh sakit jiwa kita. So hendak tak hendak, kita kena hadaplah hidup bersama covid, sama seperti kita hidup bersama denggi dan sebagainya. 



Muaz baru dapat masuk tadika balik hari ini. Lebih kurang 3 minggu juga dia di rumah kerana classmatesnya ada positif covid dan teacher kelas dia pun positif. Jadi sekolah di tutup dan dikuarantin. Pagi tadi, okaylah takde lah mencabar sangat nak siapkan dia, Muaz cuma taknak pakai baju uniform sekolah dia and instead pakai baju tidur walaupun dah dimandikan.

Luckily dalam kereta takdelah dia mengamuk tak nak school!! Nampak gaya dia okay ajer, nak turun kereta and masuk kelas. Mungkin dia pun ada perasaan rindu dengan kawan-kawan. Balik dari tadika, singgah McD and belikan diriku breakfast sesambil bawak Muqri pusing-pusing kereta. Now car seat dan ubah yang besar, abgnyer punyer. Nampak dia lebih suka yg ini, duduk lebih relax and pandang ke depan. Kalau sebelum ini, dia nampak tak selesa and asyik tertoleh2 ke belakang, mungkin sbb seatnya menghadap ke belakang and dia mencari-cari kelibat ku.  Dapatlah dengar lagu-lagu feberet sesambil drive kereta.

Gais, tak perlu kena grand untuk mencari sesuatu yang boleh mendatangkan emosi positif dalam diri kita. Macam pagi ni, lepas hantar Muaz, saya pasang lagu-lagu saya suka dalam kereta sambil drive and menikmati cahaya pagi yang indah dan cerah :-) Walaupun seketika sahaja, tapi it's a good start kan. mengawali pagi kita dengan something yang kita happy about. 

Balik rumah, log in BDR and siapkan Muqri mandi dan makan. Now Muqri dan tidur and i can focus on my work. But tangan ni gatal nak tulis something untuk blog yang lama ditinggalkan. Just to write down something, as a reflection. 

As of now, saya rasa lebih in control and stable kerana keadaan Muqri yg nampaknya banyak peningkatan. Dia masih pakai CPAP machine tapi nampak dia okay dan aktif. Banyak dah dia tahu buat contohnya peekaboo!! Dia suka main kain and peekabo dengan me and Muaz. Suka tarik rambut Muaz and suka main plastik! Kalau kita bagi dia mainan dia suka, dia ambik, kalau tak suka, dia campak and tak nak capai pun ;-) 

Alhamdulillah untuk semuanya. Kadang-kadang kita tak tahu pun apa akan berlaku masa akan datang, tapi itu bukan urusan kita, kita just hadapi hari-hari kita sbaik mungkin. Kalau fikir banyak sangat apa akan berlaku nanti, kita mencetuskan stres yang tidak perlu. Kalau rasa overwhelming sangat dengan banyak perkara dalam kehidupan, just focus dengan hari ini, take one step at the time. 

N kalau hari tersebut tak best, banyak benda kita tak suka berlaku, tak mengapa, just chill ajer and belajar untuk let go. Kerana tiada perkara dalam hidup kita yang permanent pun. Suka duka kita adalah perkara yang berubah-ubah, and tidak kekal sifatnya, begitu juga apa jua kita ada masa kini. Jadi jangan jadikan apa yg terjadi itu seperti perkara kekal dalam hidup kita. 

COVID ini mengajar kita erti mahalnya kehidupan. Jadi hargailah nyawa dan kehidupan yang kita ada ketika ini. hargai orang2 yg kita sayangi, jaga orang yg kita sayang dalam hidup kita, kerana kita pun tak pasti mungkin kita pula yang akan menyusul pergi. Pilihlah untuk bergembira walaupun dalam kesederhanaan. 





Sunday, April 4, 2021

Senyum Dalam Ujian

 Salam hujung minggu..


Kadang-kadang saya ditanya tentang bagaimana saya handle emosi dan situasi sekarang, sejak hadirnya Muqri dalam kehidupan saya dan keluarga. Bagaimana saya boleh handle situasi seperti sekarang. 

Kadang-kadang bilamana situasi adalah stressful, especially bila Muqri tidak stabil dan perlu warded, saya tidak fokus sangat kepada perasaan, simply I JUST DO IT, JUST DO WHATEVER I NEED/HAVE TO DO. 

Lebih fokuskan bagaimana saya boleh memastikan keadaan kesihatan Muqri stabil balik. Misalnya pastikan dia makan ubat mengikut jadual, menjalani pemeriksaan dan makan ikut masa ditetapkan. Memang mula-mula rasa agak kecoh, but sooner nanti akan dapat rthym itu. Kita akan adjust dengan situasi. Ini secara tidak langsung, akan membantu regulate emosi yang tidak menentu. Bila keadaan kesihatan stabil dan baik, maka emosi kita sebagai ibu pun akan stabil juga. Terlalu dibuai emosi tidak banyak membantu. Boleh bersedih, tapi berlamaan dengan emosi sedih itu tidak membawa saya ke mana-mana. 

Carilah sesuatu sebagai hiburan, sekecil-kecil perkara yang boleh menenangkan dalam situasi ribut perasaan dan keadaan. Misalnya, ketika menjaga Muqri, saya cuba enjoy beberapa perkara di sekeliling saya seperti:

- bercakap dan berkenalan dengan ibu-ibu dan anak-anak katil sebelah atau satu bilik dengan Muqri. banyak pengalaman yang boleh dikongsi, dan berkongsi kesusahan anak memberi kelegaan bahawa kita dalam bilik ini (wad) sedang berdepan dengan situasi yang hampir sama. kawan baru pun dapat.

- enjoy my coffee breakfast in the morning. saya bukan a coffee person, but saya enjoy minum kopi segera dalam paket yang saya dapat setiap pagi semasa breakfast. dapat menghirup minuman panas seperti kopi pekat sambil tengok luar tingkap, agak terapeutikal bagi saya walaupun hanya untuk beberapa minit. 

- enjoy the food. makanan hospital?? ramai yang rasa yak!! but foods hospital serdang pada saya not bad at all. Sedaplah. So looking forward bila tiba waktu makan, esp yang ada baby ni, akan dapat food baby eg puri. Oleh kerana Muqri tak makan puri nih, maka sayalah yang menghabiskannya. Puri epal, mangga, oren, tembikai, labu..sedap dan berkhasiat.

- belajar kenal pencipta kita dengan lebih dekat, kenal kenapa ujian ditimpa dan bagaimana menyantuni ujian dengan cara yang sebetulnya. kembali kepada Allah yang menjadi punca datangnya sesuatu. carilah DIA dalam kegawatan mu. In sha Allah hati lebih tenang.

- of course, kena percaya dengan aturan Allah swt. sebelum ujian diberi kepada kita sebagai  hambanya, Allah dah tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapinya. Allah berfirman:

 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Jadi, sebenarnya, dari segi kemampuan, kita mampu. Percayalah. Hanya jika saat ujian itu first time datang kepada kita, mungkin kita rasa tak mampu dan sebagainya, tapi Allah dah cakap, dan menjamin, sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Jadi, jika merasa lemah, maka gali dan koreklah dalam diri, in sha allah kita akan jumpa kemampuan itu. 



Tuesday, April 24, 2018

Blog bersawang di tahun 2018

Salam 2018 uoll,

Bersawang dah blog saya ini. Huk-huk-huk. Ni nak panggil mak cik cleaner tolong bersihkan semua sesawang alam maya nih :-)

Seriously, motivasi menulis saja-saja out terus kerana kengkangan dengan pelbagai perkara. I know, ya da ya da, alasan semua tuh, tapi memang busy dan tak menang tangan dan waktu. Di pejabat urusan lain, di rumah pulak urusan lain. Jadinya caca marba juga diriku ini. Muaz dah 8 bulan, masih transition period for me as well. Masih cuba mengimbangi waktu dan kesibukan ibu bekerja untuk fokus kepada anak, keluarga dan demand kerja. Most of the time aku BERJAYA  mengimbangi peranan dan tanggungjawab besar ini dengan TIDUR bersama Muaz bila balik kerja. Haha. Malam-malam baru dapat mandi dan makan. Mata yang selama ini ayu, bersinar dah jadi mata panda. Tapi, yup, being a mom. Terimalah seadanya momen ini. Bukan selamanya. Muaz akan besar nanti. 

Tahun ini dimulai dengan beberapa perkara besar dalam keluarga - kematian atuk dan perceraian ahli keluarga terdekat. Dua-duanya menyedihkan tapi saya yakin Allah sebaik-baik perancang. Kita merancang Allah jugak merancang, pastinya perancangan Allah yang terbaik. Jalani hidup ini dengan kekuatan dan kesabaran. Tidak tergopoh-gopoh mencapai sesuatu. Dan selalulah melihat hikmah sebalik semua ini. 

Kematian - padanya ada teladan. bahawa kita bukan muda lagi dalam kehidupan. usia kita semakin hari semakin menambah, bererti due date kita pada kematian pun semakin mendekat. tua juga semakin menjengah dan ketara. sakit badan sana sini, dulu takde sakit lutut now sakit lutut, dulu kawan-kawan sihat, now sorang demi sorang mula mendapat penyakit. ia satu muhasabah bahawa masa kita tidak lama. jadi kita lebih menghargai waktu dan peluang. pedulikan yang remeh temeh, tiada masa mencipta sengketa, tiada ruang untuk membawang, tapi fokus kepada apa lagi lebihan hidup yang kita hendak manfaatkan sementara masih ada sisa kehidupan. pada yg suka mencari pasal, teruskan, bukan saya yang hilang ketenangan, tapi anda. hidup kita tetap terus seadanya.

penceraian - bukan mudah. ia mencukai hati dan emosi, jika tidak kita, anak-anak. perempuan mudah benar berkata pisah, bila dah dicerai baru tahu implikasinya. tapi ada juga yang mana penceraian itu terbaik jalan, bilamana hidup tergantung tanpa tali, dibiar tanpa kata putus. tanggungjawab ke laut, anak terabai, menghilang entah kemana. dalam hal seperti ini, baiklah berpisah. Allah tahu terbaik. penceraian juga bererti kelahiran semula, move on, visi baru, dan dunia baru. dalam kesedihan, ada pengharapan. again, bersangka baik, setelah segala dilakukan utk menyelamat rumahtangga, mungkin Allah mahu memberi peluang kedua.

moga sisa 2018 ini seterusnya ada harapan dan sinar. teruskan kaki melangkah.

Monday, July 25, 2016

Kekal Positif Dalam Dunia Yang Serba Negatif



Jadi manusia zaman sekarang sangat mencabar, betul tak?? Apabila dunia manusia semakin rumit, cabaran pun pelbagai dan tambah-tambah lagi zaman dunia akhir zaman seperti sekarang, ada banyak reasons untuk rasa kecewa dari rasa bahagia. Sebab tu ramai masyarakat dunia sekarang sakit jiwa. Jadi, manusia zaman sekarang kena lebih kuat mental dan psikologi dalam mendepani pelbagai kemungkinan tidak terjangka. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar masalah dunia. 

Satu perkara yang powerful yang patut kita sedar dan syukuri ialah - minda kita atau dengan bahasa mudahnya otak yang Allah kurniakan pada kita. Otak ini, yang banyak mempengaruhi perspektif, emosi dan tingkah laku kita secara langsung dan tidak langsung. Minda berkuasa melihat kebaikan sebalik keburukan, melihat hikmah dari ujian dan musibah dan sebagainya. Minda ini berkuasa memilih untuk kita melihat sisi positif atau negatif hidup kita. 

Tak semua orang menggunakan mindanya secara optimum. Sebab, saya rasa kebanyakan kita bersifat reaktif terhadap peristiwa kehidupan yang kita alami tapi terlupa bahawa kita berupaya mengawal cara kita melihat sesuatu itu. Peristiwa tinggal peristiwa, ia fakta, tapi yang memberi makna dan interpretasi kepada peristiwa itu ialah fikiran/minda kita. Jika kita fokus kepada perkara yang baik, maka baiklah yang kita nampak dan begitu sebaliknya. Bunyinya cliche, tapi ada kebenaran bila pepatah menyebut "orang lain tidak berkuasa menguasai perasaan anda tetapi diri anda sendiri". Malangnya, kita seringkali memberi kuasa itu kepada orang lain, sehingga kita rasa orang itulah yang buat kita marah, orang itulah ini, orang itulah begitu. Tapi kita lupa, sebahagian respons itu kita yang memilihnya. Jika kita lebih suka bersifat reaktif, kita memberi kuasa kepada orang lain untuk menguasai emosi kita. Jadi, own our feelings, memang first reactions kita pada elemen negatif mungkin negatif juga, tapi kita berupaya mengawalnya bukan? Kita boleh memilih cara yang bagaimana untuk bereaksi. Semakin kita bereaktif terhadap tindakan orang lain, semakin kita memberi kuasa kepada orang lain memanipulasi emosi dan kesejahteraan diri kita. 




Minda yang positif adalah proses. Ia berterusan, ada ups dan down. Kita perlu berusaha memastikan enjin minda positif kita sentiasa berfungsi dengan baik. Bagaimana? Antara yg boleh kita buat:

1. Jadikan quran sahabat terbaik. Ia buku motivasi terbaik. Dalamnya terkandung hikmah. Bacalah, fahamkan terjemahannya, begitu banyak pengajaran dan panduan melayari kehidupan di dalam quran tersebut. Quran juga, ada kuasa menjadi terapi jiwa. Dan orang yang membaca quran dengan istiqamah, jiwa dan mindanya lebih teratur, tenang, dan aura positif lebih mudah terserap dalam dirinya. Ia juga mampu  mengubah tingkah laku pembaca dalam kita tidak sedar. Tidak percaya? Cubalah. 
2. Positifkan minda dengan membaca buku-buku motivasi terbaik. Skarang pilihan lebih pelbagai, lebih banyak, lebih baik. Jadi, pilihlah untuk membaca sesuatu yang positif untuk santapan jiwa. 
3. Kurangkan drama jam 7, dan banyakkan dengar/baca program yang lebih bermanfaat. 

Saya membayangkan minda juga seperti perut kita, kita adalah apa yang kita makan. Macam tu jugak dengan minda, kita adalah apa yg kita fikirkan. Kita berkuasa mengawal apa yang kita masukkan dalam fikiran kita ni. Apakah santapan jiwa rohani kita? Kita yang memilihnya. Masuk yang baik-baik, insya allah yg ada dalam fikiran kita pun baik-baik belaka. 



Yang saya jelaskan ini, cuma sebahagian dari faktor intrinsic sahaja. Of course, utk kekal positif ada banyak cara dan sumber, ia boleh datang dari diri kita dan persekitaran kita. Tapi personally, saya beranggapan, dalaman kita itulah yang paling utama sekali - salah satunya minda yang positif. Kerana minda itu umpama cermin mata yang memandu kita dalam melihat satu-satu pandangan. Jika elok cermin mata yang kita pilih, maka cantiklah imej yang kita nampak. Begitu sebaliknya, jika cermin hitam yang kita pakai untuk melihat bunga-bunga di taman, maka hitam dan putih sahaja yang kita lihat dan kita sukar untuk melihat warna-warni dan keindahan sebenar bunga-bunga tersebut. 

Minda kita adalah senjata yang ampuh, yang dapat membantu kita mengharungi hari-hari mencabar. Kita perlu latih minda kita untuk melihat sisi-sisi positif dalam kehidupan. Memang bukan mudah, tapi tidak juga mustahil. Jadi, latihlah minda kita hari ini untuk banyak melihat kebaikan dan pilihlah untuk memiliki minda yang berkualiti.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...