Showing posts with label social issues. Show all posts
Showing posts with label social issues. Show all posts

Friday, May 22, 2020

WFH Bagi Seorang Wanita Mempunyai Anak Kecil

Salam Sejahtera 

Salam COVID-19 semua,

Diam tak diam dah hampir 3 bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan mudah untuk menjalani PKP bagi kebanyakan kita yang rata-ratanya merupakan pengalaman pertama. Saya tak terkecuali. Ketika mendapat perkhabaran kami di pejabat perlu work from home dan semua P&P berlangsung secara online, ramai yang rasa teruja.

Teruja sebab dapat WFH, heaven kot dapat WFH. Tak perlu pening nak fikir bersiap ke pejabat, dapat buat kerja dalam rumah dengan lebih selesa, tak perlu sibuk nak pakai baju kerja, cukup pakai baju kelawar kek dahnya sambil pakai bedak sejuk kat muka and buka laptop sahaja. Selama ni merasakan WFH adalah sesuatu yang cool, banyak dah dipraktiskan di luar negara, now its time untuk merasai pengalaman itu sendiri.

Heaven..!

Not so heaven after all..

I mean, if you have small kids arounds ... and some more, you are heavily pregnant like me and a husband as a frontliner during this PKP. 

Struggle is real...

Agak mencabar sebenarnya untuk handle kerja dan rumahtangga pada masa yang sama. Tiada boundaries jelas di antara kerja pejabat yang perlu diselesaikan dan melaksanakan tugas-tugas rutin rumahtangga seperti memasak, membasuh baju, menyediakan makanan dan sebagainya. Plus, bila ada anak kecil, yang berumur bawah 5 tahun, lagi terasa struggle tu.

Muaz anak sulung, tiada teman bermain. Jadi most of the time, dia perlukan teman untuk bermain. Kadang-kadang dia okay bermain seorang, most of the time dia perlukan teman, and i mean ME sebagai teman bermain. So, kejap2 dia panggil mintak duduk sebelah dia tengok dia bermain. Kadang-kadang timing tu just not right, masa tu nak kena reply email/kejar deadlines pejabat. Kadang-kadang termarah dia jugak bila sepertinya dia tak faham mamanya ni tengah struggle handle sorang-sorang di rumah and kerja dari rumah lagi. But, eventually rasa bodohnya nak marah dia yang baru 2 tahun lebih. Apa yang dia faham dengan WFH? Apa yang dia faham tentang deadlines tugas mamanya nih? Akhirnya rasa bersalah sendiri. Aku yang tak faham. Aku yang stres sebenarnya. Hmm. 

Lagi-lagi sekarang, P&P semuanya perlu dilaksanakan sepenuhnya secara ONLINE. Kami diberi waktu untuk mempersiapkan diri dengan P&P sepenuhnya online. Sebelum ini memang blended learning diamalkan namun tidak secara total. Bila segalanya perlu diubah kepada online, maka segalanya perlu diubah dari proforma, bentuk penilaian, pengajaran dan sebagainya. Kebanyakan mode pengajaran sebelum ini ialah konvensional, apabila tiba-tiba perlu sepenuhnya online memang terasa juga nak adapt dengan situasi itu. Tak sempat nak refleks apa yang berlaku, it just happened, experiencing and learning at the same time. Masa nilah baru benar-benar kena hadam apa itu platform webinar - zoom, microsoft teams, google meet, google classroom, ukmfolio, whatsapp, telegram bla-bla yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Masa ini barulah kena benar-benar hadam pembelajaran segerak dan tak segerak and belajar cara untuk rakam kuliah dan ppt untuk dimuatkan ke dalam ukmfolio.

Apabila WFH, sudah tidak jelas waktu bekerjanya. Especially di awal tempoh PKP ini. weekend pun dapat email keje, weekend pun kena respons pasal kerja, which is rare dulunya. So, hilang sudah angan-angan makcik pakai baju kelawar sambil gelak dengan bahagianya bekerja dari rumah. Baru terasa wow!! Stresnyer lain macam. Some more, workstation di rumah berbeza dengan di pejabat. Ruangan pejabat seperti memberi mood dan persediaan mental dan fizikal untuk bekerja sepenuhnya fokus. Tak diganggu dengan urusan rumahtangga. And, awal2 tu rasa stres sebab menghadap laptop/dekstop untuk tempoh yang lama dan lebih banyak masa dihabiskan membalas msg kerja. Ini semua kebiasaan baharu yang terpaksa dipelajari dan diadaptasi.

So my kesimpulan ialah, WFH ada baik buruknya jugak. Ada cabaran2 tertentu bagi segelintir orang, maybe WFH not for everybody. But, satu aspek lain ialah WFH ini berlaku semasa PKP. I think kalau situasi berbeza, tanpa PKP mungkin WFH menjadi lebih mudah dan membahagiakan sebab dapat hantar anak ke taska and kita ada masa sendiri untuk fokus kerja di rumah. But now semuanya berkumpul di rumah. Cannot imagine mereka yang ada lebih ramai anak semasa WFH masa PKP ini. Jika semuanya perlu dibuat sendiri tanpa ada orang gaji dan pasangan untuk membantu, memang haru biru.

Apapun, hidup harus diteruskan. Kena belajar untuk resilien and keep looking for solutions. 

Good luck untuk semua mama yang WFH dan ada anak kecil untuk dijaga. 




Sunday, April 30, 2017

Pengajaran dari peristiwa Adik Thaqif



Salam cuti panjang :-)

Sejak beberapa minggu ini, panas dan tular kisah sedih arwah adik Thaqif, pelajar tahfiz sebuah sekolah tahfiz di Johor, yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan yang dikatakan berpunca dari hukuman sebatan dengan batang paip oleh warden asrama. Arwah, bertarung nyawa beberapa minggu sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan koma. Sedang waktu itu, arwah telahpun selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya yang tidak boleh diselamatkan lagi. Arwah baru berusia 11 tahun. Sayu juga saya mendengar ceritanya. Kanak-kanak lagi umurnya, pada usia 11 tahun, pada saya, masih polos, suci dan bersih, baru nak kenal dunia. Datang ke madrasah tahfiz membawa cita-cita murni menjadi hafazan, menjadi anak soleh buat kedua-dua ibu bapanya. Pengakhiran yang dukacita buat keluarga arwah. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Musibah yang pastinya mengandungi hikmah, jika kita memandang dengan pandangan iman dan penuh redha. 

Saya enggan mengulas mengapa, kenapa, siapa? Tapi saya ingin memberi komentar tentang satu aspek yang kita sebagai ibu bapa kena lebih peka. Moga kejadian yang menimpa arwah ini menjadi pengajaran berguna kepada kita semua. Iaitu, kita kena peka kepada keadaan anak kita di sekolah, samada di asrama penuh mahupun sekolah harian. Jika saya tidak silap, arwah ada menyuarakan hasrat untuk bertukar. Dan ini dibuktikan dengan adanya diari yang arwah tulis, menceritakan keadaannya di asrama yang seringkali menjadi sasaran kekerasan di asrama. 

1. Tolong peka sekiranya anak kita tiba-tiba bertukar dari seorang kanak-kanak riang dan gemar bersekolah kepada seorang yang pendiam, dan enggan ke sekolah. Sebagai ibu bapa, usahakan untuk mengenalpasti kenapa anak-anak boleh tiba-tiba enggan ke sekolah. Jangan simply anggap anak ini tengah 'mood tak baik' nanti okaylah tu. Atau kita anggap itu hanya masalah emosi sementara yang akan surut mengikut waktu. Jangan mengandai-ngandai dan terlalu berbaik sangka. Dalam dunia persekitaran sekarang yang pelbagai ini, kena ambil berat sedikit, tidak rugi pun. Kenalpasti, bincang dengan anak, berkomunikasi, minta anak luahkan apa sebenarnya apakah yang menyebabkan anak kita tiba-tiba enggan ke sekolah. 

Ini contoh yang benar berlaku, iaitu satu kes yang pernah dikongsi seorang pegawai polis yang mengendalikan kes jenayah seksual kanak-kanak. Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun enggan ke sekolah, bila sebut jer sekolah, dia akan menangis membentak-bentak dan seperti histeria. Seolah-olah trauma. Pada mulanya ibu bapa tidak tahu apa yang berlaku. Saya pun dah lupa rentetan cerita ini kerana ia telah lama diceritakan kepada saya, namun akhirnya ibu bapa telah tahu dan itu yang membawa kepada kes polis. Sebabnya? Kanak-kanak itu menjadi sasaran gangguan seks dan cabul guru sekolah. Kanak-kanak itu bernasib baik kerana ia belum sampai ke arah rogol, tetapi cabul. Itupun kanak-kanak ini mengambil masa yang agak lama untuk berterus terang. Biasanya mereka ada perasaan malu, takut dipersalahkan, risau reaksi orang dewasa dan sebagainya. Jadi, jika ada anak-anak kita sepertinya takut untuk ke sekolah, enggan ke sekolah, ada baiknya kita mencari puncanya sebelum menyalahkan anak kita sebagai buat perangai. 

Satu contoh lagi, ini pula melibatkan kanak-kanak di taska. Ini saya baca di facebook luahan seorang ibu yang mulanya keliru dengan perangai anaknya yang sangat agresif, buat perangai dan menguji kesabaran apabila berada di rumah. Tapi di taska kata cikgunya baik pula perangainya, pemalu dan pendiam. Ibu ini mengambil inisiatif sendiri membuat siasatan. Satu hari dia tidak terus balik tetapi mengendap taska tersebut. Barulah dia nampak bagaimana anaknya dilayan kasar oleh guru taska di situ. Agaknya, kerana usianya yang masih muda, dia tidak tahu mengadu atau hendak meluahkan tekanan yang dialaminya. Tapi, dia mengekspresikannya dengan tingkah laku agresif, dan buat perangai ketika di rumah. 

Guna beberapa strategi untuk mengenalpasti: berjumpa guru di sekolah dan ceritakan apa yang berlaku, tanya kawan-kawan baik anak-anak kita, buat permerhatian dan siasatan senyap-senyap, dan jika perlu, bawa anak jumpa kaunselor sekolah. Mungkin ibu bapa akan dapat gambaran sedikit sebanyak atau klu penting sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti menjadi mangsa buli dan sebagainya.

2. Jika anak bersekolah asrama, terutamanya sekolah rendah. Tidak salah sesekali, buat spot check badan anak-anak kita. Tengok jika ada lebam atau kecederaan yang kita rasa luar biasa. Dengan ini, kita dapat bertindak awal, sekiranya anak kita menjadi mangsa buli di sekolah. Biarlah kita mencegah sebelum terlewat. 

3. Niat untuk menghantar anak mendalami ilmu dunia akhirat di tempat tertentu adalah niat yang baik. Tetapi, jangan berkompromi, di mana kita menghantar anak-anak kita. Pastikan sekolah yang kita hendak hantar itu, mempunyai reputasi baik, selidik dulu latar belakang sekolah, prestasi mereka, siapa guru-gurunya, wardennya, pelajar-pelajarnya. Biar beremeh-remehan di peringkat awal, asal keputusan itu kita puas hati. Lagi-lagi sekolah asrama. Kita tak nampak anak-anak kita, apa yang mereka lalui, bagaimana layanan yang diterima dan sebagainya. Bayangkan, jika kita semberono saja menghantar anak-anak ke tempat yang kita tak tahu reputasinya, legal tak legal, bolehkah kita melelapkan mata dengan lena setiap malam, sedang anak kita tak pasti keselamatan dan keadaan dirinya. Sebaik2nya hantarlah di tempat atau sekolah yang berdaftar dengan kerajaan, yang kita tahu  melahirkan guru-gurunya dan pelajar-pelajarnya yang cemerlang dan baik-baik. Sekolah yang didaftarkan ini sebenarnya lebih terjamin kerana ada pemantauan standard terhadap pelbagai aspek keselamatan pelajar, isi kandungan pengajaran, cara pengajaran, kelayakan guru dan sebagainya. Jadi sekolah-sekolah ini tidak boleh semborono meletakkan peraturan yang bukan-bukan. Selain itu, guru-guru dan wardennya juga dipantau kelayakan mereka. Ada kursus yang perlu dihadiri, jadi mereka diberi persediaan sewajarnya dalam mengendalikan kanak-kanak dengan sebaik mungkin. 

4. Selalulah berkomunikasi secara telus dengan anak-anak. Jadikan diri kita ibu bapa yang disenangi sebagai tempat meluahkan perasaan atau keadaan diri mereka. Apabila komunikasi kita dan anak-anak telah sedia baik, maka potensi untuk anak-anak meluahkan perasaan atau masalah mereka adalah lebih tinggi. Kita berpeluang menjadi orang pertama mendengar jika anak ditimpa masalah. Jadi, lebih mudahlah kita sebagai ibu bapa membuat tindakan susulan. 

Saya doakan keluarga arwah Thafiq bertabah dalam menempuh dugaan yang hebat ini. Mungkin kepergian arwah adalah sebaik-baik keadaan. Allah maha mengetahui. Untuk kita yang masih hidup ini dan mempunyai anak, ambillah pengajaran dari peristiwa adik Thaqif ini. Marilah sama-sama memastikan peristiwa begini tidak berterusan dan berulang di masa akan datang. Biarlah itu jadi peristiwa terakhir. Cukup-cukuplah. Anak untuk disayangi, bukan untuk didera. 











Thursday, February 23, 2017

Remaja Berbasikal Maut Dirempuh: Apa Kata Saya

Image result for basikal




Memetik ringkasan berita dari Sinar Harian berhubung kejadian malang sekumpulan remaja berbasikal dirempuh kereta sehingga menyebabkan 8 kematian pada 18 Februari 2017 lalu:

JOHOR BAHRU - Lapan remaja maut dipercayai dirempuh kereta jenis Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.00 pagi itu turut menyebabkan dua lagi remaja kritikal dan enam mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua mangsa berusia 13 hingga 17 tahun.

"Pemandu wanita berusia 22 tahun sudah ditahan untuk sisatan lanjut dijalankan.

"Mereka sekumpulan 30 hingga 40 orang selalu melakukan aktiviti berbasikal di bandaraya ini.

"Kawasan kejadian dipercayai jenis berbukit dan gelap," katanya pada sidang media di perkarangan rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, di sini, tadi.

Kejadian tersebut turut viral dalam laman sosial Facebook.

Susulan kejadian ini pelbagai pandangan diberi oleh netizen. Pelbagai pendapat didengar. Of courselah, mula mencari 'siapa salah' dalam isu ini?

Ibu bapa?
Jiran/komuniti setempat?
Polis?
Cikgu sekolah?
Remaja sendiri?

Bila ibu bapa hebat kena kritik, mereka mempertahankan diri dengan mengatakan 'bukan tak pernah ditegur..bukan tak pernah dilarang..tapi...'

Bila carik salah pihak polis sebab kurang pemantauan, pihak polis mengatakan "dah jenuh kena kejar, jenuh kena tegur, basikal kena ambik pun dah..tapi sekejap sahaja berhentinya..kemudian ada lagi."

Carik pulak cikgu sekolah. Ada saranan mengatakan pihak sekolah perlu memainkan peranan lebih aktif, kena mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat dengan geng basikal ini. Cikgu pulak mengeluh; "takkan itu pun kami kena buat? Setakat mana kemampuan kami mencegah? Siapa yang beli basikal utk anak-anak ini? Siapa yg benarkan anak-anak ini keluar malam? Siapa bagi anak-anak ini duit untuk ubah suai basikal jadi basikal lumba?" 

Lepas tu, ada pulak coverage isi hati remaja yang antara lain mengatakan "Tolong jangan pertikai minat kami..."

Adeh-adeh-adeh...dah sebijik macam lagu bangau oh bangau..

Habis siapa salah???

Ini pandangan saya:

Pertama sekali, ia perlu bermula di rumah. Ibu bapa lah kena main peranan. Saya bersetuju dengan netizen yg mempertikaikan bagaimana anak-anak ini boleh berkeliaran di luar rumah pada jam 2-4 pagi? Remaja ini tidak tidur di balai polis, tidak juga tidur di sekolah..tapi di rumah. Di rumah ada ibu bapa/keluarga. Ada atau tidak kita sbagai ibu bapa menegah anak-anak untuk tidak keluar malam? Adakah kita anggap anak-anak keluar rumah malam-malam ini sebagai normal dan biasa? Adakah ibu bapa sudah terlalu lenient dalam aspek mendisiplinkan anak-anak sehingga buat apa pun okay? Memang ada pengecualian dalam kes-kes tertentu, di mana telah ditegah, dilarang, dimarah, dipukul pun ada, tapi nakalnya masya allah, tak berhenti. Tapi dasarnya, ibu bapa yang lain pula bagaimana? Adakah anda biarkan anak-anak berpeleseran di luar rumah sehingga malam-awal pagi? 

Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas. Saya jarang menikmati apa itu sleep over di rumah kawan walaupun kadang2 saya jeles rakan lain boleh buat. Keluar malam pun amat jarang sekali melainkan ada aktiviti-aktiviti sekolah. Selain itu, sajer-sajer nak keluar waktu malam memang tidaklah. Malam saya habiskan di rumah, tengok tv atau buat keje sekolah. Maksudnya, jika ibu bapa saya tidak bertegas dan mengikut kehendak saya, mungkin saya pun akan berpeleseran di luar malam-malam. 

Terbaca jugak kenyataan ahli keluarga mangsa yang memberikan izin anaknya keluar malam kerana anaknya mengatakan malam itu ada 'Final Lap'. Ibunya berkata, izinkan sahaja walaupun dia sendiri tidak jelas/faham apa itu Final Lap. Tolonglah, ambik berat aktiviti anak-anak. Kalau tak faham apa anak-anak buat, luangkan masa untuk tanya, selidik. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna...

Pihak polis telah menjalankan tanggungjawab mereka. Telah ada rondaan, teguran, nasihat diberikan kepada remaja ini, amaran pun sudah, basikal dirampas pun sudah. Tapi, sejauh mana pihak polis boleh bertindak? Akhirnya berbalik kepada ibu bapa juga. Ibu bapa mempunyai pengaruh dan kuasa yang lebih besar dari pihak polis utk menghalang anak dari terlibat dengan aktiviti tidak sihat. Takkan tak pernah nampak anak-anak ini join main basikal? Ibu bapa boleh sahaja memberi amaran dan nasihat agar tidak keluar malam untuk bermain basikal, dan menyekat aktiviti tersebut pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti petang atau ketika cuti sekolah.

Komuniti juga berperanan. Terbaca komen netizen dan beberapa video awal sebelum kejadian yg mempaparkan aktiviti basikal remaja ini secara merbahaya di jalan-jalan besar waktu malam/awal pagi. Mereka mengatakan aktiviti ini telah menjadi satu budaya remaja di situ sejak sekian lama. Jadi, apa peranan ahli masyarakat kat situ? Ada tak diadakan mesyuarat, diadakan pelan cadangan dan pencegahan bagaimana mencegah remaja ini terlibat dengan aktiviti berisiko ini? Selain mengharapkan pihak polis, orang kampung/kejiranan ada tak memainkan peranan proaktif berkerjasama dengan polis dan ibu bapa memantau aktiviti remaja di luar? Atau ambik pendirian anak orang bukan anak aku?

Ibu bapa mengakui kewujudan kelab basikal ini dikawsan mereka. Peliknya, takde dipertikaikan aktiviti kelab ini yang mengayuh basikal jauh-jauh malam sehingga awal pagi. Siapa pengasas kelab ini? Adakah dia sedar tentang risiko bahaya yang menunggu masa untuk berlaku? Adakah dia sedar, sedang membawa sekumpulan remaja bawah umur yg masih bersekolah, minor, melakukan aktiviti merbahaya di jalan-jalan besar? Atau main angguk-angguk saja tanpa menyelidik lebih lanjut?

Remaja masih perlukan bimbingan walaupun dari aspek lain merasakan diri mereka telah besar dan boleh membuat keputusan sendiri. Tiada salah mempunyai hobi berbasikal. Tapi perlu dipertimbangkan banyak perkara seperti kesesuaian waktu aktiviti itu dilakukan, tempat, dan sebagainya. Jika kena tempatnya, ibu bapa takkan menghalang. Memang remaja minat berbasikal. Tapi kalau sampai berlumba di jalanan, mengayuh dan beraksi dalam keadaan berbahaya, pada waktu-waktu tidak sepatutnya, remaja boleh fikir sendiri akan risiko yang lebih besar daripada manfaat yg kedapatan darinya. 

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang tidak kena pada institusi keluarga kita pada masa kini? Adakah ibu bapa terbeban dengan pelbagai perkara lain sehingga anak-anak ini dengan sendirinya terabai dalam banyak aspek? Atau ibu bapa masa kini merasakan cukup untuk memberikan keperluan asas, dan biarlah orang lain pula tolong mendidik anak mereka apabila mereka di luar? Apakah ibu bapa sekarang ini kepenatan dengan kehidupan sehingga sudah tak mampu untuk mendidik anak seperti zaman kita dahulu? 

Ini sekadar pandangan saya, kita mungkin berbeza pandangan. Setiap kita dalam masyarakat, perlu memainkan peranan penuh tanggungjawab, dan tak boleh lepas tangan. Insiden ini memberi satu pengajaran bahawa, perlunya semua pihak kerjasama membendung kejadian sama berulang. Kepincangan salah satu pihak, akan menyukarkan masalah ini untuk diatasi. 


Friday, October 21, 2016

Marah yang merugikan


Minggu ini banyak pulak cerita-cerita sensasi di suratkhabar. Panjang juga list kalau rajin nak senaraikan tapi saya nak highlightkan isu kematian seorang lelaki di Terengganu akibat ditikam dengan pisau oleh teman lelaki adik perempuannya. Ditikam akibat pertelingkahan kerana arwah tidak berpuas hati dan mengesyaki bakal adik iparnya itu sebenarnya telah beristeri namun mengaku bujang. Banyak aspeklah yang boleh dikomen sebenarnya, tapi saya nak highlightkan satu jer:

Marah sebentar cuma, tapi kesannya seumur hidup.
Inilah pengajaran untuk kita bersama. Padah apabila menurut kehendak hati. Mungkin akibat kemarahan tidak terkawal, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini, yang membawa kematian. Alangkah baiknya, ketika sedang marah membuak-buak itu, kita tidak melakukan apa jua yang terlintas oleh gerak hati. Dalam kajian psikologi pun, menunjukkan ketika dalam keadaan marah, otak yang bertanggungjawab kepada aspek emosi dulu yang akan terangsang, hanya beberapa ketika barulah otak akal logik mula dirangsang. Pendek kata, emosi>akal rasional. Sebab itulah Rasulullah saw berpesan:

Apabila engkau marah, lakukan beberapa perkara: apabila sedang berdiri engkau duduk, apabila duduk engkau baring. Jika masih juga amarah berterusan, maka ambillah wudhuk.
Apabila kita terus berespons saat kita menerima perkara yang kita tidak suka, kita tanpa sedar sedang masuk dalam zon bahaya iaitu zon beremosi. Kerana itu ada baiknya kita amalkan ajaran nabi kita atau yang biasa orang bagi tips - time out!!! Kita sebenarnya sedang memberi laluan otak yang sedang beremosi itu masa sebelum akal lebih jernih dan rasional mengambil tempat. Semalam di berita dikhabarkan suspek bunuh itu telah pun berjaya ditangkap, ketika sedang keluar dari persembunyian. Dikatakan selepas melarikan diri, dia merempat merata-rata tempat, mungkin tanpa makan minum. Ditemui dalam keadaan tidak bermaya. Barangkali mungkin ada penyesalan juga dihatinya, kalaulah dia bersabar dan tidak menurut kata hati. Nak kata itulah cinta hati sangat, dah ada isteri dan anak. Tak berbaloi-tak berbaloi. 

Saya ada juga terbaca orang screenshot statement arwah beberapa hari sebelum kejadian, mencari isteri kepada suspek ini untuk tampil membantu isu adik perempuannya. Dalam kata-katanya itu, dia macam ditipu suspek yang mengaku bujang sedangkan arwah ini memang tahu suspek sebenarnya telah berkahwin dan dah tahu pun nama isteri suspek. Cuma, masalah besar arwah ialah adik perempuannya tidak mempercayai kata-kata arwah. Ini pun masalah jugak, bila cinta menguasai, maka butalah mata hati. Tapi kalau dah lama bercinta, secara logiknya takkanlah tak perasan apa-apa kot. Apakah telah dimendrem dengan kata-kata manis sehingga sukar membezakan yang benar dan yang dusta. And guys, tolonglah. Jika benar-benar ikhlas, tolong terus terang. Apa yang kita dapat dengan kebohongan?? Bila ketahuan, itu lebih parah kesannya. Dalam kes ini, berakhir dengan kematian. Berbaloikah cinta tersebut jika akhirnya menyebabkan kita masuk penjara sebagai penjenayah? Tak dapat jugak akhirnya untuk bersama. Inilah ibaratanya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Akhirnya daripada ada segala-gala (isteri, anak, kehidupan bebas merdeka, bekerja, dll), kepada tiada apa-apa. Kalaulah, dia tidak menurut kehendak hati ketika itu, bersabar sebentar, mungkin lain kesudahannya. Mungkin lebih baik. 

Cantiknya sabar. Sabar dalam banyak keadaan adalah penyelamat keadaan. Sabar yang sedikit tetapi banyak hikmahnya. 



Saturday, September 24, 2016

Kecurangan siber dan impaknya part 2

Okay bersambung pasal kecurangan siber ini. Saya share beberapa fakta lagi yang saya dapat dari kaji selidik suka-suka yang saya buat baru-baru ini.

7. Medium teknologi perantara untuk berhubung dengan pasangan siber. 

Medium teknologi perantara palng banyak digunakan ialah laman sembang (contoh wechat, whatsapp, telegram, fb messenger). Ini diikuti oleh media sosial (facebook, instagram, twitter dll), selain panggilan telefon dan bersemuka (face to face). 



8. Intimasi kecurangan siber

Soalan seterusnya ialah samada kecurangan siber membawa kepada intimasi fizikal (seperti seks). Majoriti mengatakan tidak, tetapi banyak juga peratusan mengatakan ya iaitu 41.9%. Hampir separuh jugak. Ertinya, risiko itu tetap ada ya, hubungan siber boleh berkesudahan sehingga ke peringkat keintiman fizikal (seks). 


9. Samada pasangan siber anda mempunyai pasangan siber yang lain

Majoriti mengatakan tidak tahu. Mungkin ada spare tayar lain, mungkin tidak ada, sukar dipastikan. Tapi agak besar jugak peratusan yg mengatakan pasangan siber mereka ada spare tayar lain (32.6%) dan 11.6% kata tidak.

10. Kesan kecurangan ke atas hubungan sedia ada

Majoriti mengatakan hubungan seks dengan pasangan sedia ada tidak mengalami perubahan, namun 32.6% mengatakan kecurangan siber menyebabkan hubungan intim dengan pasangan menjadi menurun. Ada yang mengatakan meningkat. Sebab saya ada bagi ruangan 'lain-lain', ada juga responden yg memberi respons yang menarik seperti isteri lagi nak buktikan sapa power. Haha, power rangers!!!



11. Kesan emosi terhadap hubungan sedia ada selepas pendedahan 

Berdasarkan bar chart di bawah ini, saya highlightkan 5 kesan emosi yang paling banyak dilaporkan oleh responden iaitu:


  1. hilangnya kepercayaan
  2. meningkatnya tekanan
  3. masalah komunikasi (e.g. bergaduh, konflik)
  4. penderaann verbal seperti maki hamun, sumpah seranah, perkatan kesat
  5. keyakinan diri menjadi rendah 




12. Komitmen terhadap hubungan sedia ada

Agak menarik bilamana kebanyakan responden mengatakan mereka cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan hubungan sedia ada selepas kecurangan diketahui.  Percentage tak besar tapi mungkin ini yang dikatakan sebagai kadang-kadang apabila berlaku masalah dalam rumahtangga, baru kita sedar bahawa ada yang tidak kena dalam rumahtangga dan ia harus ditangani, atau jika dibiarkan berlarutan, ia membawa kepada perpisahan. Kecurangan sebagai contoh adalah satu 'alarm' yang mengatakan ada yang tidak kena, yang perlu diperbaiki antara pasangan ini. Jika ditangani dengan baik, ia akan memantapkan lagi hubungan tersebut, jika sebaliknya, maka akan membawa kepada rentetan masalah tidak berkesudahan. Ada juga yg mengatakan tiada kesan, ada yang mengakhiri hubungan siber, ada yang mengambil jalan berpisah pun ada.


13. Bagaimana kecurangan siber mempengaruhi persepsi anda terhadap sesebuah perhubungan.

Ini saya tanya secara open ended question. So pelbagai jawapan yang saya perolehi. Ada yang menyesal dengan kecurangan yang dilakukan, Ada yang menjadikan kecurangan pemangkin untuk muhasabah kelemahan diri dan perbaiki hubungan sedia ada, ada yang beranggapan perlunya benteng diri yang kukuh untuk mengelak dari terjebak, perlunya batasan dalam pergaulan. Tapi, ada juga yang mengatakan, "perlu lebih berhati-hati" "ada teman untuk berkongsi/bersembang". Ahaha. Ini, menarik untuk diketahui. "Serial offender" yang nampaknya belum mahu bersara sepenuhnya. Mungkin, ada faktor unfinished business dgn pasangan atau diri sendiri.






Bila tengok balik survey ini ada kelompongan sana sini. Sekadar suka-suka nak cuba google form ini. Tapi sangat appreciate mereka yang menjawab survey pendek saya ini. Tak sangka ada yang jawab. 

Kesimpulan yang saya dapat buat di sini ialah, kecurangan siber sebenarnya adalah satu cabaran besar perkahwinan masa kini, di mana batasan pergaulan tidak lagi dibataskan oleh fizikal, faktor geografi. Kita kini hidup dalam dunia tanpa sempadan. Mungkin serumah dengan suami/isteri, tapi diam-diam ada affair siber dengan orang lain. Duduk elok di rumah belum memastikan apa-apa lagi pada zaman sekarang. Bila ada gadget, segalanya berkemungkinan. Mungkin kita patut berbalik kepada telefon cap ayam. Dewasa ini, meningkatnya kes penceraian disebabkan oleh wechat/whatsapp dll. Bagaimana kita mendefinisikan kecurangan? Ada yg mengatakan, sekadar sembang-sembang tak jadi apa. Tapi ada yg beranggapan, ia juga satu bentuk kecurangan walaupun tidak melibatkan fizikal. Teringat cerita pelajar saya yang mengatakan kes yang beliau handle. Si suami marah isteri kerana isteri 'bersayang-sayang' dalam whatsapp dengan rakan sekerja. Isteri kata 'ala itu biasalah, bukan apa-apa pun. bersayang-sayang tu dalam mesej jer. itu biasa jadi amalan di tempat kerja.' Ha, situlah bahayanya. Bila komunikasi dgn orang lain kita buat sama mcm kita komunikasi dgn suami/isteri. pada anda tiada apa, pada pasangan, belum pasti. 

Jadi berhati-hatilah dalam penggunaan gadget kita. Jangan hanya kerana seketul plastik itu, rumahtangga kita jadi tergadai. Dan, teknologi, jika tidak dikawal, macam-macam boleh berlaku. 

Kecurangan Siber dan Impaknya


Pada masa kini, melakukan soal-selidik boleh dilakukan dalam pelbagai medium. Sebagai penyelidik, saya sendiri terpaksa belajar benda-benda baru, terutama teknologi dan mengambil manfaat daripadanya untuk membuat kajian. Salah satu aplikasi yang saya kira sangat bagus dan berita bagus untuk penyelidik ialah Google Drive ada google forms - boleh buat survey and send survey anda secara online. Of course ada pro and con dari aspek metod kajian, tapi, saya kira masih ada benefits yg banyak, cuma mungkin perlu difikirkan apakah kaedah terbaik untuk penambahbaikan. Kini, kebanyakan kita pandai komputer, mempunyai akses kepada gajet dan internet, jadi ia ada kelebihan tersendiri dalam kemampuan menembusi subjek yang bersesuaian. 

Ok done bagi kuliah free. 

Saya sajer-sajer try menggunakan google forms untuk menjana satu survey pendek yang agak menarik iaitu kecurangan siber. Kenapa topik ini? Kerana, saya ni silent reader di FB Kisah RumahTangga. Sesiapa belum friend KRT silalah yer, ada macam-macam seribu masalah rumahtangga ada kat dalam tuh. Again, as a counsellor and penyelidik, saya selalu try untuk memikir dan menganalisis apa yang saya baca dalam KRT tuh. Salah satu trend baru yang saya nampak dalam isu-isu masalah rumahtangga ialah kecurangan siber. Dulu mak bapak kita datuk nenek kita, takde istilah curang-curang siber nih. Tak wujud pun kecurangan alam maya ni. But nowadays, teknologi baru membawa bersamanya risiko-risiko yang tidak terjangka, dan salah satunya ialah kecurangan siber inilah. 

Tuan-tuan dan puan-puan, 
Jangan anggap bila suami/isteri duduk diam di rumah, segalanya under control. Hmm, sila fikir semula andaian tersebut. Kini, jika pasangan anda ada gajet, spt tablet, komputer, smart phone digabungkan pulak dengan wifi yang laju, aha, itu sudah cukup mencetuskan risiko kecurangan. 

gajet + wifi sudah cukup menjadi punca wujudnya masalah rumahtangga.

Berbalik kepada pembacaan saya terhadap luahan masalah rumahtangga di KRT, campur dengan kes-kes yang saya handle sendiri, juga dengan case study pelajar penyeliaan saya di pusat kaunseling sekitar lembah kelang, kecurangan siber adalah ancaman merbahaya, kerap kali disebut-sebut sebagai punca berlakunya kecurangan, menjadi punca konflik dan pergaduhan suami isteri, yang akhirnya jika tidak ditangani secara baik, membawa kepada penceraian. 

Survey yang saya jalankan secara online berkenaan dengan kecurangan siber ini lebih kepada kerana ingin tahu lebih lanjut, selain nak tengok kadar respons guna online survey macam mana. Saje suka-suki. Di bawah ini saya screenshot kan beberapa hasil dapatan data saya. Okay. Ini paparan muka survey pendek saya. 




Keputusan kajian - saya highlights kan beberapa sahaja yang menarik. 
1. Total responden saya 43 orang. Kira okay untuk saya generate deskriptif analisis. Sbnrnya tak sangka pun akan dapat respons sebanyak ini kerana isu yang saya bawak pun consider sensitif and survey ini ditujukan kepada mereka-mereka pernah curang di alam siber. Tapi survey ini anonymous, meaning that, saya pun tiada maklumat peribadi responden. Berdasarkan data, kebanyakan responden kajian ini menghabiskan masa lebih 6 jam untuk melayari internet bagi tujuan bekerja dan personal. Wow, maksudnya, connection dengan internet itu sentiasa berlaku, untuk tempoh yang lama, mungkin dari awal pagi hingga lewat malam. 


2. Tahap kecekapan menggunakan internet. 
mungkin tak nampak di gambar makna nombor 1-4. Spectrum kecekapan dari 1-4. 1 mewakili tahap kecekapan rendah sehingga 4 mewakili tahap kecekapan tinggi. Majoriti responden berpendapat mereka mempunyai tahap kecekapan sederhana dan tinggi. 

3. Bagaimana kecurangn terbongkar. 

Saya senaraikan list jawapan, namun saya juga memberi ruang untuk responden memberi pilihan jawapan lain melalui ruangan lain-lain. So banyaklah jawapan yang saya terima. Tapi tiga (3) cara paling kerap bagaimana kecurangan ini terbongkar ialah:

terbongkar oleh pasangan
terbongkar oleh ahli keluarga 
terbongkar oleh rakan-rakan/kenalan 

ada juga responden saya mengakui, belum terbongkar lagi. kira masih selamat lah. haha adoi. ada juga yang kata, diri sendiri yang membuat pengakuan tentang kecurangan siber mereka. 

4. Tempoh hubungan siber terjalin 

Majoriti responden mengatakan kecurangan siber mereka berlangsung lebih dari setahun, diikuti beberapa minggu sahaja dan kurang setahun. 

5. Jumlah jam seminggu diperuntukkan untuk berhubung 
Majoriti responden menghabiskan masa sehingga 1-10 jam seminggu untuk berhubung dengan pasangan siber, ada segelintir kecil menghabiskan antara 10-40 jam seminggu untuk berhubung dengan pasangan siber. Maybe inilah yang dikatakan sebagai 'bergayut'. Cuma gayut orang zaman dulu-dulu ada wayar telefon, now gayut takde wayar, tapi mata yang 'bergayut' baca sms, tengok gambar dll. Hmm, harus tukar istilah bergayut itu. 

6. Pernahkah mengenali pasangan siber sebelum ini?


Kebanyakan responden mengatakan tidak mengenali pasangan siber sebelum ini, dan lebih 30% kata kenal sebelum menjalinkan hubungan siber. 

Okay. Saya kena berhenti sekejap. Nak breakfast and doing my laundry. Will be continued. Part 2 menyusul nanti. 

Sunday, April 17, 2016

Isteri yang menyusahkan suami

Mampukah kita menjadi isteri idaman suami? Saya selalu terfikir akan hal ini. Munasabah diri, mencari-cari ruang dan kelemahan apa yang saya ada dan boleh diperbaiki. Kerana saya sedar satu perkara, perkahwinan adalah kerja keras, dan usaha. Kebahagiaan rumahtangga saya perlu dicipta, bukan dinanti/ditunggu hadirnya. Saya hanya mampu mendoakan suami menjadi pasangan saya yang baik, tapi untuk mengubahnya, ia diluar kemampuan dan kawalan. Tapi, saya mampu mengubah diri ini menjadi seperti yang diinginkannya. Mungkin tidak 100% sempurna, tapi sekurang-kurangnya berusaha. Racun rumahtangga ialah ego. Apatah lagi jika ego itu adalah dipihak isteri. Tanpa sedar, kita tergelincir dalam ketaatan kita pada suami, sehingga kita terjerumus menjadi isteri yang nusyuz dan derhaka. Jadilah isteri yang terbaik untuk suami. Saya tidak nampak cara lain selain dari kita kembali kepada Allah swt. Bila hati dekat pada Allah, secara automatis jiwa kita jadi lebih terarah untuk mentaati suami dan saling terbuka dan meredhai kelemahan masing-masing. Perkahwinan bukan sahaja perjalanan dunia, tapi saya melihat ia sebagai perjalanan spiritual. Bila dah rasa settle down, dan mendapat jodoh yang Allah tentukan, perjalanan seterusnya ialah dengan pasangan untuk mencari redha Ilahi. Sama-sama meniti kehidupan yang akan datang untuk lebih istiqamah dan menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Kali ini, hikmatnya berganda kerana dalam perkahwinan itu sendiri begitu banyak pahala tersedia buat suami dan isteri. Bersamalah kita berdoa, wanita-wanita, berniat menjadi isteri yang terbaik buat suami, yang boleh menenangkan perasaan suami, tempat suami merasa aman tenteram, boleh menjadi penyokong suami untuk menjadi muslimin dan imam yang terbaik untuk diri kita. Menjadi penjaga suami dari kemaksiatan, bukan menggalakan suami menghampiri maksiat. 


1. Al -Anaanah:
banyak berkeluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaana:
ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah:
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk berdandan atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dg ibadah-ibadah wajib dan sunnah, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah:
banyak berbicara, bergunjing. Siang malam, pagi sore asik bergunjing terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dg telfon, SMS, internet, BBM dan macam2 cara yang lain . Yg jelas isteri lebih sering menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.

semoga kita tidak termasuk salah dari ke enam golongan tersebut, aamiinn..

kredit: SINI

Friday, March 18, 2016

Drama Cinta dan Fantasi Cinta Ku


Sejak kebelakangan ini, banyak betul drama-drama melayu jam 7 malam yang dihasilkan berdasarkan novel-novel cinta terlaris di pasaran. Macam-macam nama yang saya sendiri pening nak faham. Mungkin sebab saya sendiri bukanlah penggemar cerita-cerita seperti ini. Bukan mudah untuk menarik perhatian saya untuk lekat jam 7 malam semata-mata nak tengok drama. Cuma baru-baru ini satu drama saja yang buat saya rasa nak tengok iaitu Cinta Si Wedding Planner. Walaupun ada jer watak stereotaip kat dalam tu (ex girlfriend psycho dan cinta separuh mati dan jahat nak mampus ahaha), tapi saya boleh pejam sebelah mata demi menghabiskan drama tersebut chewah! 


Seriously kalau tanya saya, saya pun tak tahu novel-novel cinta terlaris di pasaran sekarang ini. Sebab genre kegemaran saya sendiri bukan novel cinta. And saya banyak beli buku genre psychothriller, inspiring stories. Ada jugak beli novel english romantik tapi selalunya tak habis baca pun. Baca beberapa helai dah tinggalkan, dok belek jugak buku lama yang dah ulang baca beberapa kali seperti The Help. Ntah tak jemu baca buku ini. Dah tahu dah jalan cerita, tapi masih siok jugak nak baca. Maybe sebab jalan cerita, perkembangan cerita dan moral cerita ini. 


Satu perkembangan sihat, bilamana remaja mula mendekati diri membaca novel-novel yang ada di pasaran sekarang ini. Kawan sendiri kata, setiap minggu anak remaja mereka minta dibelikan buku novel cinta, baru jer beli tak sampai seminggu dah habis baca. Wah! Untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan kecekapan bahasa memang tidak dinafikan. Tapi, dari sisi yang lain, ia mengembangkan cinta romantis yang tidak realistik. Ia mungkin menyebabkan remaja mengembangkan perasaan cinta yang ala-ala drama dalam tv tentang kesetiaan, keromantisan, pengorbanan, setia sampai mati, dan sebagainya dalam diri remaja. Tambah-tambah lagi drama-drama ini kerap kali menceritakan skrip yang boleh agak jalan cerita, yang tipikal seperti:


  • Lelaki hensem maut! Tetapi ada sedikit angkuh, sombong, namun dalam hati ada taman. Anak orang kaya, bakal mewarisi kekayaan keluarga, pengarah syarikat. Kegilaan ramai wanita-wanita. Penyabar ya ampun dan romantik habis!!! Boleh tak muntah layan awek walau apa jua perangainya waktu itu.
  • Wanita cantik macam bidadari. Suci, polos, selalu jadi mangsa keadaan. Terjerat, terjebak, terperangkap dan banyaklah lagi ter-ter-ter nyalah. Misalnya tertangkap basah, terpaksa kahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. 
  • Perkahwinan paksaan. Walaupun dua-dua benci gila satu sama lain, sanggup kahwin dan banyaklah drama perasaan dalam perkahwinan tersebut. Marah-marah, benci-benci, merajuk, sakit hati, tapi akhirnya ada bibit-bibit cinta. Benci-benci pun "ter" lagi..iaitu termengandung, dalam pada itu terkonflik lagi, salah faham tapi terjatuh cinta dalam masa yang sama. Ter-faham tak apa saya cakap nih? Ahahaha.
  • Watak antagonis jahat nak mampus. Maaf ada kekasaran bahasa di situ. Tapi memang itu watak jahat diprojeksikan. Uik, jahat dia sampai nak upah orang bunuh! Sanggup lakukan apa saja termasuk buat jenayah asalkan dapat balik aweks/pakwe yang dah kahwin tuh. Level konfiden tinggi untuk mendapatkan semula bekas kekasih walaupun ex tu dah tiada perasaan. 
  • Happily ever after. 

Ini kisah benar...
Ada remaja yang beranggapan sebegitulah seharusnya percintaan mereka. Dan sebab banyak tonton drama-drama macam ni, jadinya mereka mengharapkan percintaan itu akan indah dan berkesudahan indah-indah sahaja. kehidupan bercinta yang dibayangkan penuh dengan keromantisan pasangan secara infinite, sikap kesabaran tahap dewa dewi, and kalau ada gaduh-gaduh pun mestinya gaduh-gaduh manja yang sweet sweet gitu, kira gaduh tu gaduh bestlah. Secara tidak langsung, remaja rasa bestnya bercouple, bestnya dapat kahwin awal. Bila saling jatuh cinta, dunia ini akan ditawan gitu. 

Ada banyak kajian menunjukkan bahawa menonton drama cinta ini memang boleh menyebabkan wujudnya ekspektasi yang tidak realistik tentang cinta dan perkahwinan. Jadi, apabila telah berkahwin sebagai contoh, maka masing-masing akan membawa ekspektasi dan jangkaan yang tidak realistik ini, bahawa love conquers all. Jadinya, bila dah kahwin barulah nampak dunia perkahwinan sebenar, dan dunia sebenar itu tidaklah seindah yang dijangka dan diharapkan. Maka bermulalah episod duka lara yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Jika kita lihat pun, statistik penceraian di Malaysia, pasangan bercerai paling tinggi melibatkan golongan berusia muda dan baru berkahwin. Banyaklah faktor penyebab, tapi tidak mustahil, jangkaan dan ekspektasi juga salah satu puncanya. 

Kajian mendapati, mereka yang amat gemar novel/movie romantik ini:
  • percaya cinta mengatasi segalanya
  • mempunyai jangkaan tinggi terhadap intimasi
  • mahu gaya cinta romantik dan passionate 
  • berfantasi tentang hubungan perkahwinan dan majlis perkahwinan
  • mahu berkahwin segera dan kekal dalam perkahwinan
Kajian juga mendapati, wanitalah yang lebih banyak menonton drama/baca novel cinta ini berbanding lelaki, lebih banyak berfantasi tentang sesuatu hubungan, lebih mahukan cinta romantik, mahu kahwin awal, mempunyai jangkaan tinggi terhadap intimasi. 

Hakikatnya..
Cinta sahaja tidak cukup untuk hidup bahagia. Perkahwinan perlukan banyak perkara untuk menjayakannya. Perlu yang terbaik dari kita dan pasangan, kesediaan untuk belajar dan memperbaiki hubungan dari masa ke semasa. Ia usaha keras, ia penuh air mata, suka duka, jerit perih, sabar, pengorbanan dan macam-macam. Dan cinta tidak selalunya indah. 


Bayangkan kalau kita berkahwin dengan membawa jangkaan-jangkaan drama cinta ni semua?? Pengsan saper jadi husband/wife kita!! Jadi, moral of the story, jangan dilayan sangat drama-drama macam ni sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Cukup sekadar hiburan, tapi jangan ditiru bulat-bulat. Jangan pulak lepas tengok drama, mulalah tak puas hati dengan diri sendiri, mula bandingkan keromantikan hero/heroin dengan pasangan, kekayaan hero dengan husband kita yang hutang PTPTN, dll. Lebih baik kurangkan. It just too good to be true. Hargailah seadanya, terimalah seadanya, redha pada yang sedikit, syukur pada yang banyak. In sha Allah moga kemanisan kasih sayang itu ada.



*kajian rujukan - Does movie viewing cultivate unrealistic expectations about love and marriage? - Lauren Galloway. 




Perkahwinan Jarak Jauh: Antara Manfaat dan Risiko

sejauh mana cinta teruji?

Jika ditanya pasangan berkahwin, boleh dikatakan rata-rata mahu tinggal sebumbung dan serumah dengan pasangan masing-masing. Hampir tiada pasangan yang suka dengan keadaan hidup saling berjauhan, terutama yang telah mempunyai anak. Tapi, kini nampak seperti trend bilamana semakin ramai pasangan yang menjalani hidup sebagai 'weekend husband/wife' kerana pelbagai faktor. Saya masih teringat sedikit waktu lalu ketika menjadi panel temuduga biasiswa pendidikan untuk penjawat awam, ada dalam kalangan calon yang ditemuduga mengutarakan isu ini yang dikatakan menjadi penyebab kepada banyak masalah kepada kakitangan awam. Misalnya tekanan psikologi dan konflik perkahwinan (curang dan penceraian). Ini belum kira aspek lain seperti tekanan kewangan akibat kos ulang alik.


Malaysia sahajakah yang mengalami fenomena ini? Kalau ikut pembacaan, ia ketara adalah penyakit masyarakat negara maju/membangun, bilamana berlaku perkembangan pesat dalam ekonomi yang mempengaruhi corak pasaran dan peluang kerja. Pengembangan syarikat ke pelbagai daerah, negeri dan kawasan menuntut kakitangan organisasi perlu bersedia ditempatkan di pelbagai kawasan, sekaligus memberi cabaran kepada pasangan yang kedua-duanya bekerjaya. Kalau dulu mungkin mudah bilamana ramai wanita menjadi surirumah sahaja, jadi perpindahan tempat kerja suami bukan sesuatu yang memeningkan. Tapi macam mana kalau si isteri juga terikat dengan komitmen kerja? Bertukar kerja bukan pilihan yang ada. Justeru macam mana? 


Ada satu kajian menarik dari Sweden yang membuat kajian jangka panjang ke atas pasangan PJJ dan risiko berpisah dalam satu tempoh tertentu. Tapi sebelum itu,jom saya share beberapa fakta menarik tentang PJJ hasil beberapa kajian sedia ada.
  • Pasangan berkahwin dikatakan menjalani kehidupan PJJ sekiranya jarak rumah dan tempat kerja adalah melebihi 30 KM. Wow, rasanya rata-rata sekarang ramai orang Malaysia terutama di kawasan bandar yang memandu ke tempat kerja lebih daripada 30 km jaraknya dari rumah. 
Motif menjalani PJJ. Ada banyak sebab pasangan berkahwin terpaksa menjalani kehidupan PJJ
  • Faktor pekerjaan. Peluang pekerjaan yang lebih baik. Mungkin pekerjaan sekarang ini menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding jika statik di tempat/kerja yang lama. Kakitangan awam sering menjadi pasangan PJJ kerana pertukaran kerja, kenaikan pangkat dan kekosongan jawatan di tempat baru. 
  • Faktor sosial. Mungkin telah lama bermastautin di tempat tinggal sedia ada, dah kenal lama dengan jiran tetangga dan telah rasa selesa dengan komuniti sedia ada. Jadi, mereka sanggup berulang alik jauh semata-mata atas alasan 'social security' dan 'placement attachment'. Saya pernah terjumpa seorang pensyarah yang duduk di Melaka dan berulang-alik ke Bangi setiap hari. Alasan beliau ialah kerana anak-anak selesa di Melaka dan berpindah ke Bangi bukan sesuatu yang mudah untuk famili yang tlh establish di Melaka. Jadi beliau sanggup setiap hari ulang alik dari Melaka seawal jam 6 pagi untuk ke tempat kerja. Fuh!!!
  • Faktor perumahan dan ciri-ciri kejiranan. Dalam erti kata lain, mungkin pasangan merasakan kawasan perumahan di tempat kerja tidak cukup kondusif untuk keluarga mereka atau kerana kerana ketiadaan kawasan perumahan yang mampu milik di kawasan berdekatan tempat kerja. Rasanya ini banyak juga berlaku terutama bagi pasangan yang bekerja di KL. Tau sajalah harga rumah di KL macam mana. Kondominium sahaja dah mencecah setengah juta. Tercekik nak bayar. Pada harga yang sama, boleh dapat rumah tanah yang selesa dan dengan keluasan yang lebih besar di kawasan sub urban seperti Nilai, Bangi, Sepang, Semenyih, Pajam, Seremban dan sekitarnya. Jadi, mereka lebih sanggup atau terpaksa memilih kawasan/rumah seperti ini kerana faktor kemampuan dan keselesaan. Tidak semua orang bersifat urban centered. Seperti saya. KL hanya untuk dijelajahi sesekali. Tapi untuk dijadikan tempat hiburan, tempat tinggal, tempat kerja, memang bukan saya. Alhamdulillah saya bekerja di Bangi.
Apapun motif, situasi ini mempunyai impak ke atas keluarga dan hubungan interpersonal. Impaknya:
  • Menghadkan peluang untuk bermesra dengan keluarga dan kawan-kawan. Yalah dah duduk jauh maka masa pun terhad. Lagi-lagi yang hanya berpeluang balik pada hujung minggu. Yang commute setiap hari pun dah sekian. Bayangkan pergi kerja jam 6.30 pagi, balik ke rumah maybe dah jam 6-7 malam, bila time nak masak, nak tengok anak-anak punyer kerja sekolah, nak ada kualiti masa dengan keluarga? Balik rumah tidur kepenatan dan bangun awal untuk ke tempat kerja, itulah rutin 5 hari seminggu. 
  • Berubahnya peranan dalam rumahtangga. 
    • Pasangan yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja dan./atau di mana anak-anak tinggal bersama perlu bersedia memegang peranan yang lebih berat berbanding pasangan yang tinggal berjauhan dan balik sekali sekala. Pasangan yang tinggal berdekatan rumah akan menguruskan hal ehwal rumahtangga seperti menjaga anak-anak, menghantar anak ke sekolah, membeli keperluan rumahtangga dan sebagainya. 


  • Tekanan. 
    • Bagi yang perlu bergerak jauh dari rumah ke tempat kerja, pastinya perlu memikirkan strategi perjalanan yang efektif. Ini biasanya melibatkan pemilihan mode pengangkutan dan waktu perjalanan. Ini biasa kita nampak setiap hari. Even saya yang bekerja di Bangi. Seawal jam 6.15 pagi jalan-jalan utama sudah sibuk dengan kenderaan yang keluar ke tempat kerja. Malah kawan saya yang bekerja di HKL perlu bergerak seawal 5.30 pagi untuk memastikan dia sampai ke tempat kerja jam sebelum jam 8 pagi. Saya ke tempat kerja jam 7.30 am (kalau tahap rajin) tapi biasanya jam 8.15-8.30 pagi kalau tahap malas. Hehe. Kalau keluar lebih awal, saya akan terperangkap dalam jam di Jln Reko kerana orang ramai yang bekerja di KL, Putrajaya dan menghantar anak ke sekolah. Jam 8 lebih sikit ke atas trafik biasanya lancar dan saya boleh sampai ke tempat kerja dalam tempoh 15 minit dengan kelajuan kura-kura (60-80km sejam).
    • Kajian mendapati perjalanan yang jauh ini memberi tekanan kepada individu, tidak kira samada individu itu travel dengan kenderan sendiri seperti kereta atau pengangkutan awam. Contoh, yang drive sendiri ke tempat kerja selalu merungut jalan jem, jika pagi-pagi dah terperangkap dalam jem, ia boleh ruin our mood for the whole day. Itu belum kira yang naik bas/komuter, tiba-tiba komuter rosak, sangkut. Adoi. Saya pernah alami kejadian sangkut dalam komuter hingga tiket keretapi yang saya perlu naiki batal begitu sahaja. Tak pasal-pasal ada husband jadi mangsa kemarahan. Kena tempias hati panas terbakor. Aahaha.
    • Kajian juga mendapati pasangan yang PJJ ini mempunyai tahap kepuasan kehidupan yang lebih rendah berbanding pasangan yang tidak PJJ. 
    • Tekanan kewangan. Jauh perjalanan, luas pandangan. Macam best jer bunyinya. Tapi dalam realiti sebenar, jauh perjalanan, rabak duit poket - bayar tol yang bertol-tol banyaknya, bayar duit minyak dan belum kira faktor masa yang dibazirkan dalam perjalanan. 
    • Mental distance walaupun wujud mode pengangkutan yang lebih cepat bagi jarak perjalanan jauh. Bayangkan jika berlaku kecemasan misalnya ke atas anak di sekolah, jarak masa yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk ke sekolah akan menimbulkan masalah.

pedihnya merindu..sob sob

Ramalanku benar belaka?
  • Hasil kajian ke atas pasangan pjj sepanjang 5 tahun mendapati bahawa secara puratanya pasangan pjj ini mempunyai kadar bercerai/berpisah yang lebih tinggi berbanding pasangan bukan pjj.
  • Pasangan pjj yang berpjj untuk tempoh yang singkat lebih berisiko untuk berpisah/bercerai berbanding pasangan yang berpjj untuk tempoh lama. Alasannya ialah pasangan yang telah lama berpjj ini telah menganggap pjj sebagai sebahagian gaya hidup, mereka telah menyeimbangkan kos dan manfaat hidup berjauhan dalam kehidupan seharian. Mereka belajar dari pengalaman, matang kerana pengalaman. Mungkin telah menerima keadaan itu dengan redha dan cuba accomodate realiti dengan jangkaan sedia ada. 
  • Pasangan yang pernah ada pengalaman pjj (salah seorang atau kedua-duanya) kurang berisiko bercerai/berpisah berbanding pasangan yang tidak pernah mengalami pjj. 




Kesimpulan
Keputusan untuk menjadi pasangan pjj perlu dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira banyak faktor, memandangkan impaknya yang tinggi ke atas perkahwinan. Bagi yang memilih atau terpaksa memilih pjj pula, kena ada persediaan mental, emosi, sosial, ekonomi oleh kedua-dua pihak bagi memastikan tempoh pjj tersebut dapat diatasi dan ditangani dengan sebaik mungkin, tanpa begitu banyak kesan negatif yang memudaratkan. Jangkaan juga perlu realistik. Ada  juga kita dengar pasangan pjj ni, hari-hari isteri telefon menangis-nangis sebab tak sanggup hendak menempuh alam pjj. Ya sesungguhnya bukan mudah. Saya sendiri pun belum pasti cukup kesanggupan itu. kalau tanya saya pun tak sanggup. Tapi, tak semua orang boleh memilih. Ada orang simply dont have choices. Namun, tidaklah bererti pjj ini memang akan bermasalah. Ada saja yang saya jumpa berjaya menjalani kehidupan mereka dalam keadaan yang baik-baik. Saya kira kedua-dua pasangan kena sama-sama bekerjasama dan mempunyai visi, misi dan jangkaan yg sama. Kalau satu pihak sahaja yang sedia tapi pihak yang lain tidak, itulah yg akan memberikan masalah. Pada akhirnya, buatlah akan yang terbaik. Fight for your marriage and in sha allah moga berkekalan. Ini mungkin sebahagian ujian-ujian hidup. Salute kepada pasangan pjj yg berjaya melalui tempoh ini. Anda dan pasangan memang kuat!



Lagu ini tentang cinta jarak jauh. Favourite song masa kt Melbourne. Ada sentimental value tersendiri. 
Hey there Delilah
What's it like in New York City?
I'm a thousand miles away
But girl, tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can't shine as bright as you
I swear it's true

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice, it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me, girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
And we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school 
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to
Hey there Delilah here's to you
This one's for you

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me.

*sumber rujukan utama: Till work do us apart - the social fallacy of long-distance commuting (Sandow, 2010)

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...