Showing posts with label academics. Show all posts
Showing posts with label academics. Show all posts

Friday, May 22, 2020

WFH Bagi Seorang Wanita Mempunyai Anak Kecil

Salam Sejahtera 

Salam COVID-19 semua,

Diam tak diam dah hampir 3 bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan mudah untuk menjalani PKP bagi kebanyakan kita yang rata-ratanya merupakan pengalaman pertama. Saya tak terkecuali. Ketika mendapat perkhabaran kami di pejabat perlu work from home dan semua P&P berlangsung secara online, ramai yang rasa teruja.

Teruja sebab dapat WFH, heaven kot dapat WFH. Tak perlu pening nak fikir bersiap ke pejabat, dapat buat kerja dalam rumah dengan lebih selesa, tak perlu sibuk nak pakai baju kerja, cukup pakai baju kelawar kek dahnya sambil pakai bedak sejuk kat muka and buka laptop sahaja. Selama ni merasakan WFH adalah sesuatu yang cool, banyak dah dipraktiskan di luar negara, now its time untuk merasai pengalaman itu sendiri.

Heaven..!

Not so heaven after all..

I mean, if you have small kids arounds ... and some more, you are heavily pregnant like me and a husband as a frontliner during this PKP. 

Struggle is real...

Agak mencabar sebenarnya untuk handle kerja dan rumahtangga pada masa yang sama. Tiada boundaries jelas di antara kerja pejabat yang perlu diselesaikan dan melaksanakan tugas-tugas rutin rumahtangga seperti memasak, membasuh baju, menyediakan makanan dan sebagainya. Plus, bila ada anak kecil, yang berumur bawah 5 tahun, lagi terasa struggle tu.

Muaz anak sulung, tiada teman bermain. Jadi most of the time, dia perlukan teman untuk bermain. Kadang-kadang dia okay bermain seorang, most of the time dia perlukan teman, and i mean ME sebagai teman bermain. So, kejap2 dia panggil mintak duduk sebelah dia tengok dia bermain. Kadang-kadang timing tu just not right, masa tu nak kena reply email/kejar deadlines pejabat. Kadang-kadang termarah dia jugak bila sepertinya dia tak faham mamanya ni tengah struggle handle sorang-sorang di rumah and kerja dari rumah lagi. But, eventually rasa bodohnya nak marah dia yang baru 2 tahun lebih. Apa yang dia faham dengan WFH? Apa yang dia faham tentang deadlines tugas mamanya nih? Akhirnya rasa bersalah sendiri. Aku yang tak faham. Aku yang stres sebenarnya. Hmm. 

Lagi-lagi sekarang, P&P semuanya perlu dilaksanakan sepenuhnya secara ONLINE. Kami diberi waktu untuk mempersiapkan diri dengan P&P sepenuhnya online. Sebelum ini memang blended learning diamalkan namun tidak secara total. Bila segalanya perlu diubah kepada online, maka segalanya perlu diubah dari proforma, bentuk penilaian, pengajaran dan sebagainya. Kebanyakan mode pengajaran sebelum ini ialah konvensional, apabila tiba-tiba perlu sepenuhnya online memang terasa juga nak adapt dengan situasi itu. Tak sempat nak refleks apa yang berlaku, it just happened, experiencing and learning at the same time. Masa nilah baru benar-benar kena hadam apa itu platform webinar - zoom, microsoft teams, google meet, google classroom, ukmfolio, whatsapp, telegram bla-bla yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Masa ini barulah kena benar-benar hadam pembelajaran segerak dan tak segerak and belajar cara untuk rakam kuliah dan ppt untuk dimuatkan ke dalam ukmfolio.

Apabila WFH, sudah tidak jelas waktu bekerjanya. Especially di awal tempoh PKP ini. weekend pun dapat email keje, weekend pun kena respons pasal kerja, which is rare dulunya. So, hilang sudah angan-angan makcik pakai baju kelawar sambil gelak dengan bahagianya bekerja dari rumah. Baru terasa wow!! Stresnyer lain macam. Some more, workstation di rumah berbeza dengan di pejabat. Ruangan pejabat seperti memberi mood dan persediaan mental dan fizikal untuk bekerja sepenuhnya fokus. Tak diganggu dengan urusan rumahtangga. And, awal2 tu rasa stres sebab menghadap laptop/dekstop untuk tempoh yang lama dan lebih banyak masa dihabiskan membalas msg kerja. Ini semua kebiasaan baharu yang terpaksa dipelajari dan diadaptasi.

So my kesimpulan ialah, WFH ada baik buruknya jugak. Ada cabaran2 tertentu bagi segelintir orang, maybe WFH not for everybody. But, satu aspek lain ialah WFH ini berlaku semasa PKP. I think kalau situasi berbeza, tanpa PKP mungkin WFH menjadi lebih mudah dan membahagiakan sebab dapat hantar anak ke taska and kita ada masa sendiri untuk fokus kerja di rumah. But now semuanya berkumpul di rumah. Cannot imagine mereka yang ada lebih ramai anak semasa WFH masa PKP ini. Jika semuanya perlu dibuat sendiri tanpa ada orang gaji dan pasangan untuk membantu, memang haru biru.

Apapun, hidup harus diteruskan. Kena belajar untuk resilien and keep looking for solutions. 

Good luck untuk semua mama yang WFH dan ada anak kecil untuk dijaga. 




Thursday, May 3, 2018

Agrotek Garden Resort

Agrotek  Garden Resort -- If you guys looking for a place to chill in the hot weather, yg near to KL or Klang Valley, apart of Janda Baik dll, this place is worth going. Especially yg bawa famili or ada aktiviti team building or else. Tempatnya menarik, sejuk dan masakannya pun sedap. Okay tak nak membebel banyak-banyak. I nak belanja gambar sahaja. Enjoy!!

note: gambar tidak disusun secara kronologi. mode nak cepat nak buat kerja lain.

aktiviti kolaj sebelum sesi kelompok


peserta kami yg paling junior - Muaz!! hehe




entrance agrotek garden resort

refreshing view

port mandi yg best especially yang bawak budak kecik

one of the chalet di sini. lake view agaknya. banyak ikan dalam nie, besar-besar. pekerja sini cakap ikan kat sini akan ditangkap setiap setahun sekali utk dimakan. macam-macam ada, talapia, kelah, koi dll

oops!


kehijauan di merata-rata tempat. sejuk mata memandang



Thursday, August 17, 2017

Menghitung Hari ...







Menghitung hari..
Now dah 38w. Check up pun ada sekali sahaja lagi sebelum due date melahirkan. So far, persiapan barang untuk baby dan diri sendiri dah boleh dikatakan lengkap. Saya pula telah mengambil cuti rehat sendiri 2 minggu lebih awal memandangkan saya nak menyediakan diri secara mental dan fizikal untuk menyambut kelahiran baby. Lagipun emak datang dari kampung, kalau masih bekerja kesian tinggal emak seorang di rumah, dia mesti tak betah sorang-sorang dan juga kerana faktor diri sendiri yang semakin sarat.

Bercakap tentang sarat..
Saya kira saya membuat pilihan betul bercuti 2 minggu lebih awal kerana now memanglah rasa tak laratnya. Berjalan pun dah slow sangat, cepat mengah, sakit pada pelviks,  dan terasa baby ini semakin memberat untuk ditampung oleh badan. Kalau kerja pun, saya kira akan banyak masa dihabiskan dengan tido di dalam bilik (oops!) hahaha. 

So bagaimana cuti 2 minggu ini dihabiskan? Dengan membaca tesis-tesis pelajar yg saya kena review terutamanya untuk pelajar PhD dan master. Ye, kerje pensyarah tidak terhad di ruang lingkup pejabat. Sama saja seperti cikgu, membawa kerja balik adalah perkara biasa. Walaupun tengah bercuti, saya masih kena reply messages2 penting, urusan kerja, pentadbiran dan pelajar-pelajar. Tak boleh sepenuhnya nak offline, kerana ada yang memerlukan respons segera. 

Husband tercinta pergi out station 3 hari. Tuhan jer tahu rasa takutnya jika bersalin pada waktu-waktu begini. Terutama jika berlaku waktu malam/awal pagi. Selalu usap baby dalam perut dan pesan kat dia, keluar timing baik punyer yer, tunggu ayah tau. 

Saya mengharapkan cuti kali ini akan terisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Kerja yang perlu diusai, saya dapat lengkapkan dan pada masa yg sama, dapat meluangkan masa dengan baby baru. Harap saya disiplin. Kalau asyik tidur dan tengok tv, saya kira tak ke mana jugak cuti saya nih. Cuti 3 bulan banyak benda boleh settle jika dimanfaatkan sebaik mungkin. 

Monday, May 8, 2017

Retreat Kelompok Puteri Beach Resort



Tahun ni ber-retreat kelompok di Puteri Beach Resort untuk kali ke-dua. Ini kali kedua memilih lokasi sama. Original location - Melaka, tapi rasanya tempat kurang sesuai dan kami memilih Puteri Beach Resort sebab lebih dekat, cost effective and ada pantai!!! Hotel kat Melaka tu tengah bandar and ada nite market jer. Biasanya retreat akan memilih tempat yang dekat dengan nature, sbb ada outdoor activities and lebih peaceful and condusive untut retreat kelompok.

Kali ni cohort tak ramai, ada 17 pelajar tapi ini tidak menghalang kami untuk berasa seronok dengan aktiviti dan sesi yang dijalankan. One thing yang saya suka tentang retreat ialah kita takkan boleh predict dengan jelas outcomes session kiter. It can be dull, boring or it can be very inspiring and full of surprise. I could say that this time around, it turned out good. Dah a few years buat retreat, dan dah ada sedikit sebanyak melihat hasil sesebuah kelompok yang baik. My words to students for this time around - transform!!

Kali ni husband join sekali datang - and hang around with my students for bbq session. Ni first time dia join. Happy, sekali dengan baby dalam perut ;-) Pagi2, husband sempatlah berjoging ke pantai. Something good for him. Bolehlah dia relakskan minda, and sambil joging sambil menikmati keindahan alam. Boleh jadi good therapy untuk dia.

And kali ni dapat gift yang tak disangka. Ingatkan dapat towel or else, rupanya set body care, yang memang saya suka. Wah seronoknyer. Me and chong dapat set body care from lovely lace and ajib, dapat set dari bodyshop. How cool is that?? Tak tahu pulak lovely lace ada set body care. Try carik kat internet tak jumpa pulak. 






Friday, November 18, 2016

UPSR 2016: Antara Airmata Gembira dan Duka



Rasanya tsunami perasaan sedang melanda dengan hebat ibu bapa dan para pelajar ketika mengambil peperiksaan UPSR masing-masing pagi tadi. Pengharapan yang setinggi gunung Everest telah berkecai dengan bilangan pelajar mendapat straight As mengalami penurunan pada kadar yang mengecutkan. Berikut intipati keputusan UPSR 2016:
_____________________________________________________

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2016 @ 9:49 AM UPSR 2016: 4,896 calon peroleh semua A PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu. Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E. Gred Purata Nasional ialah 2.96.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu. "Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). "Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D. "Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini hari ini. DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77. DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85. DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu. DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil. DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A. DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29. DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus. DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini. DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI PULAU PINANG, seramai 399 calon UPSR 2016 di Pulau Pinang berjaya mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.



_______________________________________

Rasanya ramai anak-anak UPSR kali ini yang bermuram durja. Bukan mereka sahaja yang terkejut dan trauma dengan keputusan kali ini, ibu bapa dan cikgu-cikgu sekolah pun ikut terkujat. Rata-rata gambar kali ini lebih banyak menyaksikan drama air mata kesedihan berbanding air mata gembira. 



Hmm, dunia belum berakhir. Saya kira kita kena lihat dari aspek positif. KBAT adalah perkara baru. Kini, pengukuran adalah berbeza, lebih cekap/tepat dalam menilai kebolehan pemikiran pelajar dalam memahami sesuatu isu. KBAT membezakan dua jenis pelajar, yang memahami apa yang dipelajari, dan yang menghafal apa yang dipelajari. Saya kira, jangan kita membandingkan yang hampir 40,000 dulu yang straight As itu, kerana saya pasti kali ini yang 1% itu mungkin jauh lebih berkualiti. Dan, dalam masa yang sama, ia juga menunjukkan sesuatu, A, B, dan C juga adalah hebat.  

Kerana diperingkat universiti juga, saya dapat melihat perbezaan ketara ini. Peralihan sistem persekolahan ke universiti bagi segelintir pelajar cemerlang adalah sukar. Bila tengok transkrip kami pun ngeri bercampur kagum sebab CGPA masing-masing bombastik i tell you, dengan rata-rata CGPA 3.5 ke atas. Bukan susah nak jumpa yang 4 flat pun. Tapi, bila masuk ke peperiksaan peringkat universiti, ada kalangan yang cemerlang ini tidak perform pun, bila tengok CGPA tinggi, buat kami tertanya2, mengapa? Antara jawapan yang pernah saya dapat daripada pelajar-pelajar ini ialah:

"Dr, kami menghafal. Saya boleh hafal buku teks dari kulit depan ke kulit belakang. Kami belajar strategi menjawab soalan, strategi meramal soalan dan sebagainya. Kami muntahkan balik jer. Tapi bila di universiti, pembelajarannya tak sama. Teknik menghafal sudah tidak relevan, pensyarah minta kami fikir kritikal, which is sesuatu yang jarang dibuat. Nak menghafal buku teks?? Pensyarah senaraikan lebih kurang 10 buku teks rujukan utama!!! Nak hafal macam mana?" Then, kualiti A itu, akhirnya dipersoal kembali. 




Jadi, anggaplah apa jua keputusan hari ini sebagai pembakar semangat untuk ujian-ujian mendatang. Perjalanan masih jauh, ada banyak lagi "UJIAN" yang perlu dilepasi. Dapat straight As pun belum menjaminkan kepastian sebuah kejayaan, kerana kehidupan ini adalah aturan Allah yang penuh berhikmah. Ada banyak elemen-elemen lain yang mempengaruhi selain dari peperiksaan semata-mata. Jadi chill saja. 

Ini juga mungkin satu ruang untuk ibu bapa melihat semula potensi anak. Jangan jadikan anak mangsa untuk melunaskan impian anda yang tidak tercapai. Dia punya kemampuan dan keupayaan sendiri, mulakan dari mengenalpasti potensi tersebut. Berlapang dada jika ia bukan dalam ruang lingkup bidang harapan anda sebagai ibu bapa. Kerana Allah lahirkan anak dengan pelbagai kelebihan, ada yang otaknya, ada yang bakat/kemahirannya. Raikan kedua-dua kelebihan itu, jangan dilihat satu sebagai lebih superior dari yang lainnya. Berapa banyak kejayaan tokoh masyarakat masa kini yang terlahir dari bakat/kemahiran dan bukannya akademik?? Jangan meletakkan tuntutan yang tidak realistik ke atas keupayaan anak-anak. 




Respons ibu bapa dan guru juga sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan dan emosi anak-anak UPSR hari ini. So, ibu bapa, dan guru-guru, tenang-tenang, berikan kata-kata positif, peluklah anak-anak ini apapun keputusan mereka. Berikan mereka kata-kata semangat. Jika kita sebagai ibu bapa/cikgu pun down giler dan menangis and terlalu kecewa, bayangkan perasaan anak yang memandangnya. Lagilah dia rasa down. Janganlah mematahkan semangat mereka. Ini ujian besar yang pertama, jangan biar mereka berasa trauma dengan pengalaman ini disebabkan oleh penerimaan kita selaku orang dewasa. 



Sukses dan kegagalan itu sesungguhnya lumrah. Bukanlah kehidupan jika tanpa kegagalan dan kejayaan. Ia berlaku seiring. Kedua-duanya bisa sahaja menjadikan kita lebih berjaya, namun bergantung bagaimana interpretasi ke atasnya. So, CHILL!! I WILL SURVIVE!!








Saturday, November 12, 2016

Konvokesyen UKM 2016

Tahniah buat pelajar-pelajar UKM dan seluruh Malaysia yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing pada tahun ini. Bagi sesetengah pelajar, tamat sudah dunia kampus, bagi yang lain, mungkin akan mengorak langkah seterusnya untuk mencapai tingkat pengajian lebih tinggi. Apa yang penting, hala tuju perlu ditentukan, langkah perlu diorak. Zaman kini adalah zaman mencabar untuk graduan semua. Dengan keadaan ekonomi semasa, peluang pekerjaan terhad, persaingan sengit. Tapi yakin satu sahaja, berusahalah sebaik mungkin, dan serahkan rezeki kita pada Allah swt. Sebagai kakitangan akademik, saban tahun, menjadi rutin untuk memakai jubah akademik. Walaupun setiap tahun kami ada perarakan akademik, setiap tahun itu kami tunggu dengan perasaan teruja dan gembira. Pertama, sebab meraikan pelajar yang kami telah ajar dan berjaya. Kedua, itulah waktunya melaram jubah masing-masing. Yelah bila lagi nak pakai jubah besar gedabak bersama topi penyek tu kan? Jubah akademik biasanya dipakai untuk majlis-majlis khas sahaja. Memang rarelah. Belum ada yang pakai jubah akademik pergi keje/meeting. Ahaha, ada students gelar topi PhD tu sebagai topi penyek. Apa-apa ajelah. Saya antara pensyarah yang tidak membeli jubah sendiri. Belum ada motivasi nak beli. Mungkin nanti. Now, just enjoy pakai jubah akademik yang UKM sediakan. 






Pelajar yang menerima hadiah dan pingat peringkat universiti pada Majlis Konvokesyen 2016 kali ini: 



Saturday, October 29, 2016

Upgrade workstation di rumah



Setiap orang ada gaya bekerja tersendiri. Saya agak gemar bekerja di tempat yang berbeza-beza mengikut mood semasa. Kadang-kadang saya seperti biasa bekerja di pejabat, namun sekarang saya semakin kerap bekerja dari rumah kerana workload yang bertambah terutamanya bab membaca tesis pelajar dan proposal yang berduyun-duyun datangnya. Hanya waktu senggang seperti weekend ajerlah saya boleh meluangkan masa membacanya. So, jangan ingat hanya cikgu sahaja yang membawa kerja dari rumah, in fact, banyak pekerjaan sekarang, akibat desakan corak kerja yang berubah, memaksa kita bekerja even pada hujung minggu. Tapi takdelah sehingga pulun betul2 seperti waktu bekerja. Nanti stres sendiri pulak. Maksudnya di sini, tetap ada masa diluangkan pada weekend untuk melihat kerja. Tapi kalau kemalasan melanda diri, maka tagline seperti 'peduli apa aku!' akan berlaku. Muehehe. 

Yang penting kemas dan tak serabut
Demi mencari mood rajin, maka saya upgrade sikit workstation di bilik utama. Sebelum ini, meja kerja saya berada di luar tingkat atas, tapi rasa lebih selesa pulak kerja di dalam bilik sahaja. Tapi, meja kerja saya ni telah jadi 'hub' untuk husband dan diriku 'melandingkan' macam-macam benda di atas meja seperti kunci, remote control, cermin mata, purse/wallet, botol air mineral dll. Huhu, sungguh sakit mata ini. Jadi, menganggu jugak mood nak bekerja bila tengok meja serabut gitu. So, saya buatlah plan untuk mencantikkan sikit workstation di rumah ku demi menjemput semangat kerajinan. Biarku seru gitu. Semangat biar ada, rajin or malas itu perkara kedua. Ahaks. 

Bunga dan wanita berpisah tiada
Sorry, saya tiada gambar sebelum dan selepas upgrade. Tiada perubahan ketara pun, melainkan ada bunga pink dan tempat letak buku yang saya beli pada harga lebih kurang RM100+ pasang siap. Takdelah sampai nak convert bilik utama ini jadi bilik study, tapi cukup selesa untuk melakukan kerja-kerja peribadi. Harap lepas ni, saya mendapat aura rajin dan semakin produktif. Aaminn. 


Meh jenguk beberapa style personal workstation yang menarik untuk dijadikan inspirasi:







Personally saya suka workstation yang menghadap tingkap dan ada view. Tapi di rumah, tingkap saya berada pada posisi di sebelah kanan. Jadi saya menghadap dinding, kadang-kadang tengok jugak view di luar. Tidak praktikal kalau saya posisikan workstation menghadap tingkap kerana kedudukan meja akan kelihatan janggal, tambahan pula plug menghadap dinding. Now, dinding workstation masih kosong, maybe saya boleh fikirkan untuk meletakkan gambar yang menarik sebagai hiasan. Itu tunggu bajet seterusnya :-) 

Saturday, September 24, 2016

Kecurangan siber dan impaknya part 2

Okay bersambung pasal kecurangan siber ini. Saya share beberapa fakta lagi yang saya dapat dari kaji selidik suka-suka yang saya buat baru-baru ini.

7. Medium teknologi perantara untuk berhubung dengan pasangan siber. 

Medium teknologi perantara palng banyak digunakan ialah laman sembang (contoh wechat, whatsapp, telegram, fb messenger). Ini diikuti oleh media sosial (facebook, instagram, twitter dll), selain panggilan telefon dan bersemuka (face to face). 



8. Intimasi kecurangan siber

Soalan seterusnya ialah samada kecurangan siber membawa kepada intimasi fizikal (seperti seks). Majoriti mengatakan tidak, tetapi banyak juga peratusan mengatakan ya iaitu 41.9%. Hampir separuh jugak. Ertinya, risiko itu tetap ada ya, hubungan siber boleh berkesudahan sehingga ke peringkat keintiman fizikal (seks). 


9. Samada pasangan siber anda mempunyai pasangan siber yang lain

Majoriti mengatakan tidak tahu. Mungkin ada spare tayar lain, mungkin tidak ada, sukar dipastikan. Tapi agak besar jugak peratusan yg mengatakan pasangan siber mereka ada spare tayar lain (32.6%) dan 11.6% kata tidak.

10. Kesan kecurangan ke atas hubungan sedia ada

Majoriti mengatakan hubungan seks dengan pasangan sedia ada tidak mengalami perubahan, namun 32.6% mengatakan kecurangan siber menyebabkan hubungan intim dengan pasangan menjadi menurun. Ada yang mengatakan meningkat. Sebab saya ada bagi ruangan 'lain-lain', ada juga responden yg memberi respons yang menarik seperti isteri lagi nak buktikan sapa power. Haha, power rangers!!!



11. Kesan emosi terhadap hubungan sedia ada selepas pendedahan 

Berdasarkan bar chart di bawah ini, saya highlightkan 5 kesan emosi yang paling banyak dilaporkan oleh responden iaitu:


  1. hilangnya kepercayaan
  2. meningkatnya tekanan
  3. masalah komunikasi (e.g. bergaduh, konflik)
  4. penderaann verbal seperti maki hamun, sumpah seranah, perkatan kesat
  5. keyakinan diri menjadi rendah 




12. Komitmen terhadap hubungan sedia ada

Agak menarik bilamana kebanyakan responden mengatakan mereka cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan hubungan sedia ada selepas kecurangan diketahui.  Percentage tak besar tapi mungkin ini yang dikatakan sebagai kadang-kadang apabila berlaku masalah dalam rumahtangga, baru kita sedar bahawa ada yang tidak kena dalam rumahtangga dan ia harus ditangani, atau jika dibiarkan berlarutan, ia membawa kepada perpisahan. Kecurangan sebagai contoh adalah satu 'alarm' yang mengatakan ada yang tidak kena, yang perlu diperbaiki antara pasangan ini. Jika ditangani dengan baik, ia akan memantapkan lagi hubungan tersebut, jika sebaliknya, maka akan membawa kepada rentetan masalah tidak berkesudahan. Ada juga yg mengatakan tiada kesan, ada yang mengakhiri hubungan siber, ada yang mengambil jalan berpisah pun ada.


13. Bagaimana kecurangan siber mempengaruhi persepsi anda terhadap sesebuah perhubungan.

Ini saya tanya secara open ended question. So pelbagai jawapan yang saya perolehi. Ada yang menyesal dengan kecurangan yang dilakukan, Ada yang menjadikan kecurangan pemangkin untuk muhasabah kelemahan diri dan perbaiki hubungan sedia ada, ada yang beranggapan perlunya benteng diri yang kukuh untuk mengelak dari terjebak, perlunya batasan dalam pergaulan. Tapi, ada juga yang mengatakan, "perlu lebih berhati-hati" "ada teman untuk berkongsi/bersembang". Ahaha. Ini, menarik untuk diketahui. "Serial offender" yang nampaknya belum mahu bersara sepenuhnya. Mungkin, ada faktor unfinished business dgn pasangan atau diri sendiri.






Bila tengok balik survey ini ada kelompongan sana sini. Sekadar suka-suka nak cuba google form ini. Tapi sangat appreciate mereka yang menjawab survey pendek saya ini. Tak sangka ada yang jawab. 

Kesimpulan yang saya dapat buat di sini ialah, kecurangan siber sebenarnya adalah satu cabaran besar perkahwinan masa kini, di mana batasan pergaulan tidak lagi dibataskan oleh fizikal, faktor geografi. Kita kini hidup dalam dunia tanpa sempadan. Mungkin serumah dengan suami/isteri, tapi diam-diam ada affair siber dengan orang lain. Duduk elok di rumah belum memastikan apa-apa lagi pada zaman sekarang. Bila ada gadget, segalanya berkemungkinan. Mungkin kita patut berbalik kepada telefon cap ayam. Dewasa ini, meningkatnya kes penceraian disebabkan oleh wechat/whatsapp dll. Bagaimana kita mendefinisikan kecurangan? Ada yg mengatakan, sekadar sembang-sembang tak jadi apa. Tapi ada yg beranggapan, ia juga satu bentuk kecurangan walaupun tidak melibatkan fizikal. Teringat cerita pelajar saya yang mengatakan kes yang beliau handle. Si suami marah isteri kerana isteri 'bersayang-sayang' dalam whatsapp dengan rakan sekerja. Isteri kata 'ala itu biasalah, bukan apa-apa pun. bersayang-sayang tu dalam mesej jer. itu biasa jadi amalan di tempat kerja.' Ha, situlah bahayanya. Bila komunikasi dgn orang lain kita buat sama mcm kita komunikasi dgn suami/isteri. pada anda tiada apa, pada pasangan, belum pasti. 

Jadi berhati-hatilah dalam penggunaan gadget kita. Jangan hanya kerana seketul plastik itu, rumahtangga kita jadi tergadai. Dan, teknologi, jika tidak dikawal, macam-macam boleh berlaku. 

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...