Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!
Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, namun jika ada kemampuan, ia wajar dipertimbangkan kerana kualiti tidur antara aspek penting dalam mengekalkan kesejahteraan diri manusia. Kadang-kadang kita tidak punya masa untuk berehatkan diri dengan aktiviti lain, hanya tidur satu-satunya istirehat yang kita ada, jadi agak penting jugak untuk memastikan kita mempunyai tilam yang selesa.
Di Malaysia ada 5 jenama tilam popular. Ia terkenal kerana menghasilkan kualiti tilam yang selesa dan tahan lama.
1. Getha
2. King Koil
3. Goodnite
4. Vono
5. Slumberland
Baru-baru ini, kami menukar set katil dan tilam. Set katil dan tilam sedia ada masih dalam kondisi yang baik namun, ada rezeki lebih Allah bagi jadi kami bercadang membeli set katil dan tilam baru untuk master bedroom. Set katil dan tilam sedia ada kami pindah ke bilik ke 2.
Memang saya zero knowledge bab-bab tilam ni, so saya consult kawan-kawan yang telah membeli tilam sebelum ini. Survey kawan-kawan mendapati ramai yang beli King Koil. Getha tu the best lah, katanya tapi harga pun best jugak. Kira harga bajet telan air liur ajer. So saya and husband pergilah ke Semenyih, tak jauh dari kilang perabot eksport hugo (satu baris) untuk tengok tilam kat situ sebab my friend beli di situ dan harganya slightly murah dari tempat lain. Dalam kepala memang target King Koil dengan bajet tidak melebihi RM5000. Kami jugak dapat free matress cover sekali dengan 2 set bantal dan bantal peluk dari jenama yang sama.
Masa sampai situ saya terus cakap kat salesperson tu brand tilam yang kami nak beli dan survey. Tapi ada jugak kami try tilam2 lain yang ada di sana tapi setelah puas berbaring and menghenyak tilam-tilam sedia ada, memang kami rasa King Koil ni best. Kebetulan tilam king koil yang ada disitu ialah dari Luxury Hotel Collection, meaning that, rasa tilam hotel yang kita dok selalu puji sedap-sedap tu now boleh dibawa ke rumah. Ha best kan. Dari percakapan dgn salesperson, kami diberitahu kebanyakan hotel-hotel di Malaysia memang menggunakan brand king koil sebagai tilam untuk bilik hotel mereka.
Luxury Hotel Collection ini pula ada beberapa jenis yer:
1. Crown Sovereign 500
2. Majestic Elegance 500
3. Crown Sovereign 250
4. Imperial Comfort 200
5. Regal Comfort 100
Yang paling high end class of course yang no 1 tuh. Tapi kami try yang paling popular dan selalu orang beli iaitu Regal Comfort 100, dan Imperial Comfort 200. Regal Comfort 100 ini tilam dalam range medium, maksudnya ia tidak terlalu keras dan tidak jugak terlalu lembut. Imperial comfort 200 pula memang jenis lembut, yang bila baring sure badan tenggelam gitu. Tapi oleh kerana ini adalah luxury hotel collection, tahap keselesaan itu memang terasa seperti tilam hotel. Memula tertarik dengan Imperial Comfort 200, sebab dia range lembut, tapi salesperson advice kata, tilam yang lembut memang best, tapi untuk duduk hotel, memang okay, tapi long term kena fikir jugak, kerana kita guna untuk jangka masa lama, kalau in case nanti kita ada masalah tulang belakang, tilam yang terlalu lembut akan bermasalah kepada kita, tak boleh support tulang belakang dengan baik. So, setelah berfikir-fikir maka kami decided untuk pilih Regal Comfort 100 sahaja bersaiz queen, tidak terlalu lembut macam tenggelam badan tu, tapi tidak jugak terlalu keras, medium. Yelah, setelah memikir bajet dan pelaburan jangka panjang, maka kami pilih no 5 itu. Kalau pilih terlalu lembut kang ada yang sakit belakang, satu hal pulak nak tukar tilam, bukan murah, and bukan selalu bertukar-tukar ni kan. Tilam yang terlalu lembut memang menyakitkan tulang belakang yg sedia sakit. Harga Regal Comfort 100 dalam RM2000+.
Kemudian kami pilih diven pulak. Kami tak pilih King Koil punyer brand, bila tengok-tengok diven kat situ, kami berkenan dengan diven dari brand goodnite, sebab ada laci 2 kat hujung katil, sekali pandang tak perasan, tapi ada laci rupanya, which for me, ada plus kat situ, sbb boleh jadi ruang untuk simpan barang-barang and bilik pun nampak lebih kemas. So, total dalam RM3500+. So misi dikira berjaya kerana bajet kurang dari RM5000 dan dapat barang yang kami puas hati.
Saiz memang kami pilih queen size kerana kami rasa queen size itu lebih sejahtera untuk hubungan suami isteri :-P ahaha
Sebabnya, kalau beli saiz king, kot2 gaduh, masing-masing menjarakkan diri, sorang kat hujung kiri, sorang kat hujung kanan, jadi tidurlah dalam keadaan terasing walaupun satu katil. Tapi kalau queen size, muat-muat untuk dua orang, nak tak nak tidur tersentuh jugak kan. Ha, jadi lebih cepatlah nak berbaik tu bila pura2 terpegang rambut, muka, tangan, kaki dan sebagainya. Haha, taktik tu, taktik kena ada. Queen size jugak menjadikan tidur dengan suami isteri lebih bahagia sebab sentiasa berdekatan/bersentuhan. Itu kami punyer justifikasilah. Lain orang lain pandangan. Mungkin ada orang prefer king size kerana faktor lain. No biggie. Anda punya katil, anda punya hak.
Oh, sebelum terlupa, cara yang betul untuk test tilam ialah dengan berbaring di atasnya, tak cukup sekadar duduk sahaja, kena berbaring jugak. Baru dapat feel sebenar rasa tilam tersebut. Now syukur, kerana tak perlu mengidam tilam hotel dah sebab tilam di rumah pun sama rasanya seperti tilam di hotel. Tidur pun rasa semakin sedap terasa. Syukur alhamdulillah. Mungkin ini sekadar langkah-langkah kecil dalam usaha menjadikan rumahku syurgaku. Biarlah hati lebih dekat di rumah dari dekat di luar. Tidak sabar balik ke rumah dan merasa rumah itu tempat istirehat terbaik, bukannya mega mall dan sebagainya.
Baru-baru ini kami berkesempatan menginap di hotel 5 bintang. Perkara pertama kami buat ialah check tilam yang kami tidur, super empuk okay. Bila kami selak bed sheet, kami tengok tilam yang digunakan ialah King Koil. Hmm.
Tilam ini satu option saja, bukan kemestian. Saya pasti, tilam bukan penentu rumah itu bahagia atau tidak. Ada orang tak bertilam pun, hidup dia lebih bahagia dari orang yang mempunyai tilam-tilam mewah di rumahnya. Tapi jika berkemampuan, mungkin yang sedang berfikir apa yang harus ditambah baik dalam rumah, maka tilam antara yang boleh difikirkan.
Untuk lebih lanjut tentang King Koil
No comments:
Post a Comment