Bila pengantin tak jadi kahwin..
Huhu, panas jugak topik ini. Semalam penuh facebook dengan komen dan pandangan netizen tentang hal ini. Rasanya takder bakal pengantin yang mahu cerita tak jadi kawin yang mengaibkan itu jadi bahan berita utama. Kalau jadi headlines pun, kita nak yang molek-molek, ye tak? Kurang-kurang "Wedding of the year", bukan "Gaduh tak jadi kahwin kerana tak cukup hantaran."
Macam-macamlah pandangan dan pendapat orang ramai kat media sosial. Macam-macam teori ada. Seperti selalu, senang untuk tuduh ini itu sebelum tahu kisah sebenar. Hari ini, lebih hebat, keluar pelbagai versi pulak, versi pengantin pompuan, versi mak sedara pengantin, versi tok imam. Versi kucing jer takdek!!
Tak molah ulas siapa salah siapa benar dalam hal ini. Dengar one side of story, belum cukup untuk kita justify apa-apa. Kita sebagai orang luar, hanya memandang, hanya dapat dengar dan baca setakat yang dikongsikan sahaja. Yang belakang tabir, yang tak sembunyikan, yang disorokkan, itu kita tak tahu. Teringat cerita pelajar-pelajar yang membuat praktikum di majlis agama. Pentingnya mendengar dua-dua versi cerita untuk mencari kebenaran. Of course, setiap pihak ada versi sendiri. Yang kita nampak, selipar terbang, yang kita dengar, kutuk maki hamun, tapi rentetan yang membawa kepada insiden itu, perlu juga kita ketahui. Misalnya, kes pasangan suami isteri bergaduh, isteri buat laporan kat pejabat agama, kata suami tak bertanggungjawab, suka keluar rumah dll. Itu versi isteri. Bila diselidiki, rupanya, suami keluar rumah kerana stress dengan sikap isteri yang suka maki hamun, suka membebel dan suka mengungkit itu ini. Akhirnya demi mengelakkan pergaduhan, suami keluar rumah. So siapa salah? Pada saya kedua-dua cerita relevan. Kedua-duanya ada reasons tersendiri. Kalau nak bertekak siapa salah siapa patut menang, sampai kiamat mungkin tak sudah-sudah isu tuduh menuduh begini.
So??
Pada akhirnya saya kira, kena berbalik semula dengan realiti. Jika ada silap dan salah, ada baiknya muhasabah diri, ketepikan ego dan betulkan silap. Kena fikir semula, apa yang penting, perkahwinan ini atau kepentingan peribadi? Kerana matlamat ini yang akan mempengaruhi langkah kita seterusnya. Ia bermula dengan niat dalam hati. Kalau niat untuk selamatkan perkahwinan, maka hati dan tingkah laku kita akan ke arah itu. Kalau sebaliknya, tepuk dada tanya selera...
Sudahnya,
Saya kira selepas kejadian gaduh di masjid itu, peluang untuk pasangan yang hendak bernikah itu untuk kembali kepada asalnya agak tipis. Of course tekanan orang sekeliling juga main peranan. Jika konflik berterusan, tiada kesudahan, mungkin jalan terbaik ialah terima hakikat bahawa jodoh tiada. Amazing bila kita fikir balik, peristiwa ni. Dah nak kahwin boleh tak jadi. Itu namanya takdir Allah dan jodoh. Bila Allah kata berjodohlah kalian, macam mana halang pun kahwin juga. Begitu jugak, sekuat mana pun kita nak kawin dengan seseorang itu, bila Allah kata itu bukan jodoh kita, buatlah macam mana, tetap tak bersama. Ada baiknya berbalik semua kepada Allah, ketentuan. Kerana didalamnya keredhaan. Dengan redha kita berlapang dada. Tak semua benda kita nak berkesudahan dengan yang kita nak. Kadang-kadang sangat berbeza dengan yang kita harapkan. Tapi, kalau Allah dah tentukan sedemkian rupa, maka tiada guna terusan kita menafikan, boleh sakit jiwa dibuatnya. Langkah paling baik ialah REDHA. Pastinya ada kebaikan yang Allah selitkan dalam setiap musibah. Terpulang pada hati kita, untuk melihat hikmah, atau melihat padah.
Life must go on, sekalipun kita tak menyukainya. Hidup tidak berakhir disini. Saya kira ramai lagi yang berhadapan dengan isu serupa, mungkin tak keluar paper jer. Yakinlah Allah sebaik-baik perancang. Hari ini kita mungkin menyesali nasib, tapi jika kita ada kesabaran, mungkin 10-20 tahun nanti kita akan cakap 'Syukurnya kerana aku bersabar pada perkara yang aku tak suka, ini hikmahnya. Kalaulah aku tergesa-gesa dan ikut hati..." Hikmah itu selalunya tidak datang segera. Kita akan nampak kemudian hari. Yakin saja pada Allah. Dia kan sebaik-baik perancang. Kita nampak hari ini saja, mungkin paling panjang pun firasat kita, 10-20 tahun akan datang. Tapi Allah, pandangan zatnya jauh ke depan, sebelum berlaku lagi. Tarik nafas panjang-panjang, urut dada, cakap pada diri, pasti ada sebab Allah jadikan begini, begitu. Allah, pimpin hatiku untuk sabar, pimpin hatiku untuk yakin, bahawa kau sebaik-baik perancang. Tugas kita ialah, usaha sehabis baik, biar Allah uruskan keputusannya. Yakin, sabar, redha, benda susah nak buat, tapi kena usaha untuk mencapainya.
Moga yang hilang jodohnya, bertemu jodoh yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment