Selama ini, saya merasa konvo di UM dan UKM saja. UKM lagilah banyak kali, itu acara wajib setiap tahun pada musim konvokesyen. Sebagai ahli akademik, kehadiran ke majlis konvo adalah wajib dan ada sentimental value tersendiri. Sebabnya? Feeling tetap sama setiap kali perarakan masuk ahli akademik dan disaksikan oleh beribu-ribu pelajar dan ibubapa mereka. The feeling is priceless. And of course, sebab setiap tahun yang graduate adalah pelajar berbeza-beza. So, kehadiran ke majlis konvo adalah sebagai penghargaan dan rasa gembira kami sebagai staff akademik atas kejayaan dan penat lelah student sebelum dianugerahkan ijazah masing-masing. Bila tengok muka students memasing beratur untuk masuk ke dewan sambil melambai-lambai tangan mereka kepada kita, tetiba itu jugak flashblack perangai sorang-sorang nih, luahan perasaan, struggle, perangai sorang-sorang yang ada kalanya menyesakkan dada, tapi banyaknya memberi memori indah. Akhirnya terpancul di mulut: "dulu kaulah yang nangis bagai nak rak, sebab rasa tak dapat nak buat tesis, now, you see, grad jugak kan? kan? kan?" ahaha.
Majlis konvo besar seperti UKM memang akan masa separuh hari jugak. Seawal 8 pagi dah terpacul di dectar, and paling awal keluar pun nanti dalam pukul 1 petang. Time tuler, control segala ada, maklum duduk depan, lengkap berjubah, and penuh mata memandang. Adoi, perkara terakhir nak dibuat ialah bangun dari tempat duduk and lari ke toilet! So far, takder kejadian tu lagi. Syukur.
Semalam, merasa jugak ke majlis konvokesyen SPRM di PWTC KL. Okaylah. Excitement tu tetap ada walaupun majlis itu sekadar penyampaian sijil latihan. Sejahtera sikit rasa sebab sebagai jemputan biasa pun, jadi duduk agak belakang, bebas keluar msuk toilet. Cuma aircond mak ai sejuk bebenar sampai 2-3 kali jugaklah berulang ke toilet. Majlis pun bermula petang dan cepat tamat kerana hanya melibatkan 100 lebih graduan sahaja. Tahniah pada yang berjaya menamatkan sijil masing-masing. Add value dalam resume kerja masing-masing. Paling penting, supaya ilmu itu terjelma dalam bentuk pembentukan karakter pekerja profesional yang berhemah. Tahniah untuk husband :-)
Bertolak awal ke pwtc sebab nak mengelak dari jem. So tak sempat nak makan pun. Balik dari situ masing-masing lapar so pergilah makan di IOI - The manhattan fish market. Beli jus buah/detox. First time try brand nih. Sedaplah jugak. Ingatkan dia buat kat situ, rupanya dah siap dalam botol. Alternatif jus selain dari Boost yang saya selalu minum.
La Juiceria!!
Beli 4 botol sekaligus. Nyum-nyum!
Sedikit info tentang minuman jus yang dibeli. La Juiceria ini dihasilkan melalui teknik cold-pressed. So saya tertanya jugaklah cold-pressed tu kaedah macam mana pulak? Apa istimewanya berbanding jus biasa yang kita beli misalnya dari kedai makan, kiosk Boost dan sebagainya?
- Terdapat dua cara asas untuk menghasilkan jus iaitu centrifugal dan cold-pressed. DBP kata centrifugal bermaksud daya emparan. Emparan?? Apa-apa jerlah.
- centrifugal dihasilkan menggunakan bilahan kipas berkelajuan tinggi (fast spinning blade) untuk mendapatkan ekstrak jus. cold-pressers pula menggunakan kaedah pulverizer dan a hydraulic press (peranti yang digunakan untuk memecahkan ketulan-ketulan pepejal kepada bahan halus dengan pembelahan di sepanjang muka-muka hablur.) Tu dia, sungguh teknikal bunyinya. Serius tak faham.
- Jika jus yang anda beli dibuat dihadapan anda sendiri seperti di Boost, kemungkinan besar jus dihasilkan menggunakan mesin centrifugal.
- cold-pressing adalah proses khusus yang digunakan untuk menghasilkan jus sihat yang high end quality. Cara dua mesin tersebut bekerja menentukan kualiti.
- centrifugal - bilah mesin pengisar itu menghasilkan haba yang boleh memusnahkan enzim. proses itu juga memaksa udara masuk, memulakan proses oxidation sebelum jus itu siap lagi, yang boleh menjejaskan nutrien.
- cold-pressing process sebaliknya tidak menghasilkan haba, dan cara paling baik untuk mengekstrak enzim dari fiber secara berhati-hati dan perlahan. So, khasiat dari kaedah cold-pressing ini lebih tinggi dan terjaga.
- centrifugal bagaimanapun adalah kaedah menghasilkan jus yang lebih mudah, cepat, murah, dan senang dicuci. cold-pressed jus yg dibotolkan mampu bertahan selama lebih kurang 3 minggu.
Cakap-cakap ni tanpa bantuan visual memang kadang-kadang ke laut. So check this out to understand more.
No comments:
Post a Comment