Sunday, April 3, 2016

Ada apa dengan Hermes?


Saya bukan peminat beg tangan wanita. Saya beli untuk pakai. Itu sahaja. So biasanya urusan membeli beg hanya melibatkan satu prosedur mudah. Beli harga okay, saiz boleh muat barang-barang yang penting (handphone, purse, alat makeup, pendrive, kunci-kunci, pen, kad-kad hospital, lotion tangan, tisu tangan dll), dan saya berkenan. Itu saja. Jarang benar saya ambik pusing bab-bab beg tangan ini. 

Tapi saya tertarik dengan beg tangan mahal ini bila ada baru-baru ini tangkapan ke atas pegawai kerajaan yang disyaki menyalahgunakan duit kerajaan. Antara barangan rampasan ialah beg-beg tangan wanita eksklusif berharga puluhan ribu malah mungkin cecah ratusan. Wow, jarang beg-beg tangan jadi mangsa rampasan polis. Apa istimewanya beg-beg tangan tu sampai orang boleh berhabis begitu banyak wang untuknya? Selain itu, isteri VVIP yang suka mengumpul koleksi beg-beg tangan mahal dan jadi bualan netizen di media sosial. Beg pelbagai warna dikatakan begitu eksklusif dan menjadi hiasan wajib selain barangan kemas. Of course, bila bercakap tentang jenama, yang menjadi fokus ialah beg tangan jenama HERMES. Beg tangan hermes dikatakan adalah yang paling mahal sekali di dunia. Peliknya, golongan elit memang memburu beg tangan ini sebagai koleksi. Ada harga cecah juta-juga. Apalah yang istimewanya dengan beg HERMES ini yer? 


Hermes_Winter_at_last_Igloo


Gambar di atas ini ialah antara paparan dalam laman web/iklan jenama hermes. Kalau tengok gambar ini, ia menggambarkan sesuatu. Ini tanggapan saya jerlah. Berada di kutub utara, semuanya putih, semuanya sama jer. Iglu-iglu pun begitu jugal. Iglu biasanya dibina berwarna putih sebab ia dibuat dari ais. Tapi iklan atas tu menggambarkan iglu tersebut lain pada yang lain. Ia stand out berbanding iglu yang berwarna putih. Dari jauh, anda akan nampak iglu ini berbanding iglu lain. So, agaknya macam tu lah jugak kalau orang tu pakai jenama hermes, dia akan stand out from the crowd. Dia dengan mudah akan diperakui sebagai lain, unik, eksklusif, one of a kind. Pasal anjing kat tepi tu pulak, hmmm apa pulak tu ek? Ahaha. Agaknya, hanya orang-orang tertentu yang deserve keunikan dan ekslusiviti itu. Anjing tu kira jadi gate keeper lah kot. 

Harga beg hermes ni dikatakan paling murah pun harga $1,000 dan paling mahal mencecah $2 juta [sila terbelalak biji mata]. 

Carian internet menunjukkan beberapa sebab mengapa Hermes ni terlalu mahal harganya tetapi menjadi buruan dan igauan wanita-wanita. 

1. Beg tangan dianggap sebagai status dan pengaruh. Beg tangan hermes dibuat dari material berkualiti tinggi termasuklah kulit buaya. Ada diantara beg ini disulam bersama dengan berlian, emas dan batu permata lainnya.

2. Seni pembuatan yang berkualiti dan dihasilkan oleh pembuat beg tangan berkemahiran. Mereka yang membuat beg tangan hermes perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya setahun. Setiap beg tangah hermes pula mengambil masa kira-kira 18 jam untuk disiapkan. Setiap inci beg hermes dibuat dengan tangan, daripada menjahit, memotong, melibat, trimming dll. Tidak dibuat dengan mesin. Bila dibuat dengan tangan ertinya, ia adalah hasil seni yang tinggi, the works of art omputih kata. Kerana itu nilainya amat tinggi.

Hermes-workshop-11
ketelitian adalah kemestian 
3. Beg tangah hermes dibuat daripada kulit buaya dan kulit binatang yang asli. Misalnya, beg tangan buaya. Kulit buayanya diambil dari buaya di Australia. Setiap kulit yang digunakan ada cacat cela sebab nama pun kulit binatang kan. Kesan bergaduh, kesan calar, kesan luka, kecacatan barangkali mungkin ada pada kulit-kulit ini. Namun, pembuat beg tangah hermes ini akan memproses kulit buaya itu sehingga kecacatan itu tiada. Hermes akan memastikan bahawa tiada calar balar dalam rekaan beg tangan kulit buaya mereka. Ini melibatkan satu proses yang sangat rumit dan memakan masa. Ini menjadi satu lagi sebab mengapa produk mereka amat mahal harganya.

1_Hermes_factory.800w_600h

4. Beg hermes mahal bukan sekadar kerana namanya, tapi ia dianggap barang mewah, ia lebih kepada penampilan berbanding aspek fungsi. Jika kebanyakan beg-beg wanita dihasilkan di kilang-kilang, beg tangan hermes dihasilkan dengan tangan, oleh individu berkemahiran tinggi. Mereka dibayar mahal untuk membuat beg tangan hermes. Hermes juga mengupah pereka yang terkenal untuk mereka beg tangah hermes. Oleh kerana dihasilkan dengan tangan, maka tidak banyak yang dapat dihasilkan pada satu-satu masa. Oleh kerana hanya sedikit yang berada dalam pasaran, ini turut mempengaruhi harganya yang tinggi.


Kayanya Victoria Beckam nih. Pakai beg hermes macam pakai beg harga seratus dua ratus



Isteri PM juga pengumpul koleksi beg tangan Hermes
Selain dari orang-orang berpengaruh, jutawan, tokoh politik, keturunan diraja, beg ini juga adalah pilihan selebriti hollywood ternama. So itulah serba sedikit info tentang beg tangan hermes. Honestly, saya mengkagumi beg tangan ni kerana harganya yang tak masuk akal. Tapi untuk bermimpi untuk memakainya, tidaklah. Bermimpi pun saya tak terfikir. Hahaha. 

most expensive birkin bags
Beg hermes yang dikatakan paling mahal. Dipebuat dari rose gold and diamonds berharga $1.9 juta

Apa paling penting?? Pakailah beg ikut kemampuan anda. Yang penting duit dalam beg tu kena ada. Tak guna pakai hermes ratus-ratus ribu, dalam tu ada sehinggit jer!! Ada ngerti?? Biarlah beg murah, tapi duit dalam tu banyak. Ahaha, itu lebih seronok berbanding sebaliknya.

Note: Paling mahal pun coach saja. 



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...