Friday, April 22, 2016

Baik buruk Whatsapp


Sebelum komen, mari baca ini dulu:

Menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit, penggunaan aplikasi media sosial seperti 'Group' WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam. Terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka. Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.

"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular."

Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan.

"(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan. – CARI Infonet 

Kredit : Bernama 


Boleh dikatakan hampir semua orang yang saya kenal ada whatsapp. Ia medium komunikasi sms yang paling popular selain wechat. And memang ditempat kerja saya pun menggunakan whatsapp sekiranya kami perlu menjayakan sesuatu perkara. Itu tidak termasuk group whatsapp peribadi antara keluarga, ipar duai, rakan sekolah, rakan seuniversiti, rakan setaman perumahan, rakan shopping, dan lain-lain. Aiyo, boleh kira tak berapa banyak group whatsapp kita ader??

Memang pernah terdengar kawan-kawan yang mengatakan mereka diwajibkan ada whatsapp untuk senang berkomunikasi dalam urusan kerja. Saya terfikir jugak, habis tu kalau orang tu pakai handphone cap ayam macam mana? And kalau dia menolak untuk menggunakan whatsapp group bagaimana? Adakah itu menunjukkan dirinya bukan pekerja bagus dan bermasalah?? Semacam ada satu tekanan untuk kena ada dalam group whatsapp. Pengalaman saya sendiri menggunakan aplikasi ini, memang ada banyak baiknya kerana ia memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat berjalan lancar kerana apa yang ditulis dapat dibaca oleh orang lain secara serentak dan masing-masing boleh memberi komen dan respons. Tapi buruknya, selalu komunikasi whatsapp ini berlarutan hingga di luar waktu bekerja termasuk hujung minggu. Ini yang bikin tension. 


Saya setuju dengan kenyataan bahawa whatsapp boleh menyebabkan kualiti hidup dan tekanan psikologi jika digunakan berlebihan. Bayangkan, kita dah bekerja 8 jam sehari, malah selalu berlebihan. Bila balik rumah kita nak berehat dan melapangkan minda dari memikirkan masalah kerja. Tapi, teknologi baru seperti whatsapp ini menjadikan ruang kerja dan ruang peribadi untuk keluarga dan diri menjadi semakin kabur. Komunikasi tentang kerja berterusan sehingga ke malam, berlarutan hingga ke hujung minggu. Bohonglah kalau saya kata, kita boleh hidup tanpa memikirkan kerja kalau dah sebagai contoh bos dah bagi tahu dalam whatsapp apa benda perlu dibereskan untuk minggu depan. Kita tak dapat elak untuk fikir tentang kerja. Kejap-kejap sms bunyi, kejap-kejap bunyi. Pitam!!


Macam tu jugak, pengalaman kita bercuti rehat. Tapi, nak tak nak kita akan terlihat jugak, komunikasi group whatsapp kita. Kita akan terbaca tentang macam-macam perkara yang kena dilunaskan, deadlines, meeting, tugasan, dan macam-macam. Walaupun sedang bercuti, kadang-kadang sms tersebut berkaitan dengan kita, dan kita perlu membalasnya dengan segera. Akhirnya, cuti tidak lebih dari sekadar hilangnya badan di tempat kerja tetapi batinnya masih bekerja. Of course, sedikit sebanyak kualiti rehat kita terganggu dan jiwa kita pun tidak tenang untuk bercuti. 


Cuba cakap, sapa yang benar-benar berani bercuti panjang dengan mematikan semua alat komunikasinya? Maksudnya benar-benar cuti tanpa ambil peduli dan rasa kewajipan untuk membalas komunikasi whatsappnya? Yang rasa orang lain takkan marah dia sebab dia dalam mood bercuti dan bukan kewajipan untuk menjawab setiap soalan dalam whatsapp group? Kalau yang benar-benar urgent memang perlu kita respons segera, tapi yang kita boleh tangguhkan, adakah kita berani untuk ignore saja? Itulah dilema hidup dalam teknologi baru. Sepertinya kita kena 'berjaga' dan 'bekerja' setiap masa. Tidur pun jadi tak berkualiti sebab kepala sentiasa dibayangi dengan kerja. 


Itu belum lagi group whatsapp lain. Ha ini pun satu. Bestnya group whatsapp ini ialah info kita sentiasa up to date tapi kadang-kadang ada yang suka berwhatsapp sehingga jauh malam dan perkara yang dibualkan pun remeh temeh saja. Tiada limit dan had masa. And rata-rata kita tidur dengan hp berada di sebelah. Kadang-kadang bunyi whatsapp akan menyebabkan kita terjaga dan terus nak baca whatsapp. 


Strategi:
Terpulanglah kepada cara masing-masing menangani dan menyeimbangkan kehidupan dalam alam teknologi kini. Macam saya sendiri, bukanlah kategori 'talkative' dalam group whatsapp. Saya hanya menyampuk bila perlu. Banyak jugak group whatsapp saya. Biasanya saya mencelah sesekali sahaja, bila perlu dan bila ada masa. Kebanyakan masa saya hanya scroll down sahaja. 


Mute. Macam tau ajer kan. Haha. Pandai orang yang cipta group whatsapp ni fikir tentang privacy. So, banyak jugaklah group whatsapp yang saya bisukan kerana kadang-kadang ada group whatsapp ini terlebih aktif, hiperaktif pulak, sampai jauh-jauh malam and lewat malam pun berwhatsapp lagi. SO saya bisukan terus. Ada yang saya bisukan 8 jam, ada yang kena 1 minggu, ada jugak yang kena setahun. Hehehehe. Aman dunia.


Menghadkan respons berkaitan urusan kerja pada hari bekerja dan waktu bekerja. Ini termasuklah membalas sms pelajar. Jika ada yang rajin sms jauh2 malam time orang tidur nak rehat tu memang saya senyap saja. Tapi esoknya saya akan reply. Macam tu jugak, sms yang dihantar pada hujung minggu. Saya akan reply pada hari Isnin sebagai contoh. Saya hanya reply jika ia benar-benar penting dan perlu respons segera. 


So, dalam baiknya sesuatu teknologi itu, ada buruknya jugak. Tidak salah menggunakan apa jua aplikasi yang memudahkan urusan kita. Tapi jangan sampai kita rasa tertekan dan mengalami gangguan kualiti hidup kerana penggunaan yang berlebihan sehingga menjejaskan kehidupan seharian dan keseimbangan hidup bekerja/ruang peribadi. Ada baiknya jika bercuti, kita offkan saja handphone kita and just enjoy our moment. 


Masalah ini bukan berkaitan dengan whatsapp saja, tetapi lebih kepada telefon pintar. Telefon pintar ini punca segalanya. Ia menjadikan dunia kita tanpa batas sempadan. Orang expect kita available and can be reach at all time. People assume you to read/response to email, to reply to sms, etc 24/7. And its kind of weird if you dont. And maybe you are in big trouble if its about work. To say NO to this application/gadget seems unusual and not normal. 

So kudos kepada sesiapa yang tidak kisah semua ini dan tak peduli apa orang cakap. Tak rasa dia perlu ikut mainstream dan tunduk pada desakan kapitalis berselindung disebalik teknologi. Yang masih mengekalkan kemerdekaan jiwanya biarpun dianggap outliers. Yang tenang-tenang saja menjalani hidup ini dalam mood konvensional. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...